Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Korang dah balik KL? Saya dah ada kat Kotadem ni. Cuti sampai Isnin je sebab petang Selasa saya ada satu presentation.

Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau yang saya dan mak akan balik beraya kat Kuala Selangor kan? Oh, kali ni kami balik Kuala Selangor disertai oleh geng mak, seorang cek mek Kelate bernama Ain dan anaknya. Kan kononnya nak pegi melawat makcik saya kat Putrajaya kan.. Tapi tak jadi. So, plan bertukar pegi naik Bukit Melawati kat pekan Kuala Selangor tu je. Sebenarnya boleh dikatakan tiap kali balik Kuala Selangor memang akan naik ke Bukit Melawati ni, tapi kali ni, mak saya saja nak ajak Ain dan anaknya tu naik Bukit Melawati pulak.

Oleh kerana hari Isnin cuti umum, jadi kami tidak dibenarkan membawa kereta ke atas bukit, sebaliknya dikehendaki naik keretapi yang disediakan. Tiket dewasa RM2. Kanak-kanak 4-12 tahun separuh harga. Kanak-kanak 1-3 tahun PERCUMA.

Mehla kita tengok gamba dari kamera baru iols ni. Konon-konon nak test features yang ada dalam kamera tu. Main belasah je. Cekidaut!

Pemandangan semasa naik ke atas Bukit Melawati dari dalam ketapi – Vivid Colors

Poster Effects

Ni sume Poster Effects

Baitulhilal @ Tempat mencerap anak bulan – Monochrome

Tempat-tempat yang boleh dilawati di atas Bukit Melawati

Ni la rupa ketapi dia

Beruk yang kesepian – Monochrome

Masih menggunakan model yang sama – ni tatau guna features apa tapi kat kamera tu tulis Beach : Shoot natural scenes in strong sunlight

Ni pun features Beach

Cek Mek Kelate, Ain & anaknya

Ni nak berebut anak ke hape?

Happy family!

Mak dan anak. Rasa nak lempang anak dia sebab comel sangat

Rumah api

Pokok yang jadi tempat lepak beruk-beruk

Tangga nak naik ke Batu Hampar

Meriam

Lepas setengah jam kat atas tu, kitorang pun turun. Memula ingatkan perhidmatan ketapi dah abes sebab masa tu dah pukul 6.30. So, kitorang jalan kaki je la nak turun ke bawah. Tengah berjalan-jalan tu, lalu pulak ketapi tu. So, naik jela. Jimat tenaga.

Dah sampai bawah, beli barang sikit, pastu terus balik. Daa.. Tu je.. Babai..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit Sejarah Bukit Melawati

Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, negeri Selangor. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor , menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra , Indonesia.

Bukit Melawati ialah bukit bersejarah dan salah satu tarikan pelancong paling popular di Kuala Selangor pada masakini. Kemuncak ini pernah menjadi kubu yang kuat dan dibina oleh Sultan Ibrahim pada akhir abad ke-17, merupakan satu usaha untuk melindungi negara daripada kuasa-kuasa Belanda yang telah menakluki Melaka.

Bukit yang menarik  ini merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .

Bukit Melawati juga pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

Keistimewaan

Di atas Bukit Melawati terdapat :

* Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
* Rumah api
* Kubu pertahanan
* Beberapa buah meriam lama
* Menara tinjau
* Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
* Makam Sultan dan kerabat diraja
* Batu pancung
* Perigi
* Ratusan ekor lotong

Di bahagian bawah pula terdapatnya :

* Masjid Kuala Selangor
* Taman Alam Kuala Selangor
* bandar Kuala Selangor
* pangkalan nelayan Permatang
* jeti istirahat Kuala Selangor

Nak baki wang dalam bank kekal empat angka atau lebih? Rahsianya : Kurangkan perbelanjaan. Jom laksanakan seruan pepatah Melayu : “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Oleh Aisyah Wahid & Aini Liyana Abdul Hadi

Dipetik dari Cosmo Cash, Cosmopolitan, Oktober 2011

Jimat RM5 ke RM10

Jangan beli sayur atau buah-buahan yang sudah dipotong siap, sebaliknya pilih yang belum dibungkus. Kamu mungkin ambil masa lebih lama untuk memotong dan mendadu, tapi kamu juga yang untung sebab dapat berjimat.

Jimat RM15 ke RM20

Kalau nak tahu, harga satu sesi potong rambut di salun akan termasuk sekali dengan bayaran keringkan rambut. Jika kamu minta rambut dibiarkan basah, jurudandan akan kurangkan bayaran. Atau kamu boleh pergi ke salun dengan rambut masih basah, jadi kamu tidak akan dikenakan caj mencuci rambut.

Jimat RM20

Kongsi “pustaka” iTunes kamu – pergi ke preferences dan pilih share – dengan teman-teman serta rakan sepejabat dan minta mereka lakukan yang sama. Jadi kamu tak perlu keluar duit lebih untuk beli CD sbb kamu dapat akses kepada banyak lagu yang dimiliki mereka.

Jimat RM40 ke RM100

Minta tukang kasut “cantikkan” semula kasut lama milikmu. Kamu hanya perlu keluarkan kira-kira RM5 hingga RM20 untuk menggantikan tapak atau tumit kasut – jauh lebih murah dari beli yang baru, betul tak?

Jimat RM60

Ambil giliran untuk anjurkan parti makan malam seminggu sekali dengan teman-teman baikmu. Kos beli barang dapur lebih murah dari keluar makan di restoran. Hanya sekali saja dalam beberapa minggu kamu perlu masak dan jamu mereka makan di rumah, hujung minggu yang lain kamu dapat makan secara percuma di rumah mereka.

Jimat RM15 ke RM50

Kamu “gilakan” aksesori? Dari beli baru, lebih baik tunjukkan kreativiti dengan menggubah stail baru dari aksesori yg lama dan suaikan dgn personalitimu. Anting-anting tinggal sebelah? Gayakannya sebagai loket. Ada rantai yang sudah lama tak pakai? Berikannya sentuhan segar dengan menggantikan talinya dengan reben mengikut warna kesukaanmu.