Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hoihhh!! Sampailah kita ke bahagian terakhir pengalaman akak ke Bandung…

Hari ketiga di Bandung (Ahad), bermula seawal 6 pagi dengan bersarapan. Hari terakhir tu, kami kena makan cepat-cepat sebab pukul 8 pagi kami kena gerak dari hotel dah.

Kasut yang akak beli kat Cihampelas Walk semalamnya tu..

Tomelkan?

Ceria tak iols? Masa ni baru pukul 6 suku pagi

Dah amik gambar tu, akak pun turun ke cafe untuk bersarapan..

Soto

Pancake yang dimasak dalam pembakar roti..

Bakso paling sedap di dunia yang pernah akak makan. Bila tengok gambar ni, rasa macam tertelan air liur dah.. Uwaaaa… Nak lagi…

Lepas makan, amik gamba kat depan hotel pulak. Amaroosa Hotel..



Dah tu, amik pulak group photo..


Lupa nak bagitau, jaket ni akak beli kat Pasar Baru. Selesa sangat. Harga Rp105,000

Bas group Charlie.

Kat depan hotel, macam biasa ramai yang mencuba nasib mencari rezeki dengan menjual telekung, fridge magnet, beg dan lain-lain. Bila dah saat-saat akhir tu, akak pun jadi Along kat budak-budak yang dah abes duwet. Bila dorang cakap “Jie, pinjam Rp200,000“. Akak tak banyak cakap “Nah, hambek!” sambil hulur kat dorang. Punyelah sakit hati sebab duwet tak habis bershopping semalamnya tu.

Sampai naik atas bas brader ni buat marketing

Alhamdulillah, bila last minute ni, kalau tawar harga, memang boleh dapat giler-giler murah punyalah.. Dah selesai urusan mengangkut beg ke dalam perut bas, kami memulakan perjalanan.. Nampak lah pulak pasar pagi kat kaki lima jalan. Rasa macam nak suruh je bas tu berhenti sebab akak tak puas hati nak abeskan duit! Saksikanlah beberapa gambar yang sempat akak snap dari atas bas..

Selamba je mengait lapik meja. Uols mampooo buat camni? Lawa gilerr..

Baju berwarna warni..

Bantal-bantalan

Lagi baju-bajan..

Dan akhirnya bas mula bergerak lancar keluar dari Kota Bandung menuju Jakarta..


Kota Bandung yang agak sesak dengan penempatan..

Bila dah mula masuk hiway, perjalanan pun menjadi lebih menarik dengan pemandangan indah dari kawasan tanah tinggi.. Seperti yang akak bagitau kat entry lepas, Bandung terletak di kawasan tanah tinggi dan sejuk. Kalau dapat pegi Tangkuban Perahu mesti lagi best. Nak pegi Tangkuban Perahu hapenya, bershopping pon dapat sehari je kan.. Sampai duit rupiah yang ditukar, berlambak-lambak lagi. Akak rasa kalo nak pegi Bandung ni, perlukan masa 4-5 hari. Baru puas nak berjalan dan bershopping.. Okla, abaikan. Barang yang lepas jangan dikenang. Jom layan gamba..

Landasan keretapi. Nampak tak ada ketapi lalu?

Tak nampak? Nah hambek!

Lagi sekali close up!


Ladang teh Walini

Teh

Sawah padi..

Dalam perjalanan tu, bas berhenti kejap kat Hentian Rehat. Bolehlah kalau nak buang air ke, beli makanan/minuman ke. Kat sini akak sempat beli jajan untuk dimakan di dalam bas.

Meriah dengan keropok kerepek

Kulit ikan pun boleh buat kerepek

Sempat pulak Ibu Muna ni buat promosi kat pintu jamban

Dah lepak-lepak dalam setengah jam kat Hentian Rehat tu, kami meneruskan perjalanan ke Jakarta..


Mobil jenazah. Insap…

Keta F1 buatan tempatan.. Kreatif betol dorang..

Hampir jam 12 tengahari, kami tiba di Jakarta. Sampai-sampai je, terus makan tengahari kat Restoran Minang Simpang Raya. Memang cantek sangatlah. Memasing dah kelaparan..

Perkarangan restoran

Makanan beraneka lauk-pauk

Makanan akak..

Lepas makan, rehat-rehat kejap dan kami akhirnya meneruskan perjalanan ke lapangan terbang. Nampak banyak tukang cat kereta kat tepi-tepi jalan macam kat bawah ni…

Pelik betul.. Bukan pelik ape. Banyak sangat ke kereta yang nak kena ketuk/kena cat sampai banyak sangat orang yang bukak bisnes ni kat tepi-tepi jalan?

Tuk-tuk

Dah hampir nak sampai ke airport

Sampai dah Soekarno Hatta International Airport. Sorry.. Blur pulak…

Jemaah umrah dari Indonesia

Tempat menunggu kami Gate E7

Garuda Airlines

Hampir jam 6 petang, kami terbang meninggalkan Jakarta..

Matikan telepon selular anda yach!

Akak dapat duduk kat seat depan sekali. Best gila dapat lunjur kaki..

Babai Jakarta.. Babai Bandung..


Keseluruhannya, akak enjoy trip kali ni tapi tulah.. Tak puas shopping. Sehari je.. Tensen betol. First time akak tensen sebab duwet tak abes. Kena pegi lagi nampaknya.. Jom!!!

is celebrating its

anniversary πŸ˜‰

 

Yes uols.. Sedar tak sedar, dah 9 tahun umur domain ujie.com ni..


Tarikh akak register domain ni – 30 Ogos 2003

Dulu saje je beli domain ni sebab gedik. Tengok orang lain ada, akak pun nak jugak. Akak agak beruntung sebab dapat register domain dengan nama yang akak nak. 4 huruf pulak tu. Sekarang tak dapek dah nak beli domain dengan nama pendek-pendek macam ni. Kurang-kurang mau 6-7 huruf kot.

Dulu domain ni akak guna untuk buat email dan simpan fail-fail besar je. Baru tahun 2007 akak start berblog dengan separa aktif. Dasar pemalas camnilah.. Akak memang salute kat orang yang boleh tulis hari-hari. Jeles pon iye jugak.. Eh, dah 5 tahun ek akak berblog..


Rupa blog akak 5 tahun yang silam..Hiks.. Ujie Mapia konon.. Puiii!!

Hmmm.. 9 tahun eh.. Kalo budak, dah darjah 3! Kah kah.. Tuan tanah gak tak kawen-kawen lagi. Apa nak jadi pon tataula.. Muahaha..

Okla.. Sampai sini dulu. Semoga ujie.com akan terus kekal menyebok di persada maya ni sampai bila-bila. InsyaAllah. Tak sabar nak tunggu umur dia 10 tahun! Heehee.. Ok, gunite semua.. Tata…