Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hari Sabtu lepas akak balik Kuala Selangor sebab anak sepupu (anak buah) akak sambut besday. Walaupun sedara mara je yang ada, kecohnya macam kenduri satu kampung.

Ni la budaknye…

Aiman

Kek Boboiboy

Dalam banyak-banyak anak buah akak, Aiman sorang je yang panggil akak “Kak Ujie“. Sepatutnya dia kena panggil Cik Ujie la kan. Oleh kerana Aiman telah menjadikan akak rasa muda, maka mari kita bagi dia hadiah.. Hik hik.. Ni hadiahnya..

Pedang berlampu yang akak beli kat i-City..

Happy je budak ni dapat pedang berlampu. Siap ada bunyi-bunyi lagi konon-konon tengah berlawan. Idokle mahal beno. Tapi yang penting dapat gembirakan hati dia..

Bila sebut pasal hadiah ni, teringat pulak masa masih kat sekolah rendah dulu. Kalau cikgu maktab datang buat praktikal kat sekolah, bukan main suka lagi. Lepas tu, bila cikgu tu dah habis praktikal dan kena masuk balik maktab masing-masing, mulalah sorang-sorang jadi sedih. Yelah, biasanya cikgu-cikgu maktab yang datang ni lawa-lawa dan hensem-hensem. Bila dorang blah, pemandangan kat sekolah menjadi lesu semula. Boleh? Heehee..

So, sebagai menghargai jasa dorang selama 3 bulan tu, kita kenalah bagi hadiah. Untung-untung dorang ingat kat kita dan selalu hantar surat. Dan berdasarkan analisa akak sendiri, hadiah paling legend yang mendapat tempat pertama untuk dibagi kat cikgu maktab ialah…. Tak lain tak bukan…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ye.. Pen Kilometrico. Sebatang kalau tak silap 35sen. Tiga batang sehengget. Pen merah kena bagi lebih sebab senang cikgu guna nak tanda buku.. Huhu..

Hadiah paling legend di tempat kedua, ketiga dan keempat jatuh kepada…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tisu kotak

Sabun kotak

Ubat nyamuk

Cuba perhatikan.. Apakah persamaan ketiga-tiga hadiah di atas? Mengapakah agaknya hadiah-hadiah ni menjadi pilihan? Ye.. Sebab dia dalam kotak. Lantaklah kalau isi dia sabun ke, ubat nyamuk ke, tisu ke.. Asalkan kotak.. Senang nak balut. Nanti hadiah tu akan jadi lawa je bila dah dibalut. Bley? Heehee.. Elleh, jangan nak tipu la.. Uols pun mesti ada buat macam ni gak. Mujur gak bagi hadiah-hadiah ni.. Kalau yang ni sape nak jawab?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kotak Sanita

 

Rebah tepi tong sampah!

 

One Comment

  1. seri
    4:14 pm on January 23rd, 2013

    hahahahaha tergolak den tgk yg last skali…