Ni citer hari Sabtu lepas (24 haribulan). Akak buat open house untuk kawan-kawan akak. Pehhh!!! Fennat giler hooiii!! Sape yang biasa buat open house tu memang taula penat dia cemana kan.. Penat satu, pastu hausnya macam tengah bermusafir di padang pasir..
Akak, tetiap tahun buat open house, mesti setiap kali tetamu terakhir meninggalkan rumah, akak dah berazam dalam hati “Adui penatnye!!! Tahun depan tobat tanak buat open house lagi!!“. Tapi dasar tak serik-serik, kan.. Mesti tahun depannya akak buat jugak.
Samalah macam tahun ni.. Konon tanak buat, tapi buat jugak akhirnya. So, Sabtu tu, celik je bijik mata akak terus start masak. Nasib baik ada pembantu. Tengkiu bebeh!!
Pembantu akak ni, akak dah kidnap dia Jumaat malam, bawak dia pegi beli barang-barang kat Pasaraya Sri Ternak Selayang. Masa tu dalam pukul 11 malam kot tapi jalan nak ke pasar pun still jem. Apa sumorang tak reti-reti tido ke??!!
Kat pasar tu, amik itu, amik ni, kaut itu. Kaut ini. Memang heaven beli barang kat situ. Suke!!! Yang bestnya lagi, Sri Ternak ni dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Haaa kau!! Sepanjang tahun dibuka katanya..
Balik dari pasar, tengah-tengah malam tu jugak kitorang berdua sediakan bahan-bahan untuk nak masak besoknya tu.
Banyak tak? Banyak kan? Tetapi!!! Rupanya banyak lagi barang yang tertinggal macam kacang tanah, plastik sampah dan barang-barang penting yang lain. So, besok pagi-paginya tu, akak telah mendera mental dan fizikal member akak tu untuk berjalan kaki je pegi pasar. Dengan alasan yang kami kena eksesais sebab raya ni dah makan macam jin. So, kena buang lemak.
So, dedua ekor ni tadi berjalan kakilah ke pasar yang jauhnya dari rumah akak hampir 2km pegi balik. Dengan mengendong barang-barang seberat 10kg sorang, tataulah kami ni buat keje bodoh ke keje bangang. Wakakakaa.. Penat hooii!!!
Sambil jalan kaki sambil gelakkan diri masing-masing yang dah serupa Minah Indon balik pasar. Hik hik..
Selepas masak hidangan utama yang mencabar, kami berdua sempat pulak keluar kejap ke Wangsa Maju sebab nak pegi kenduri kawen adik member akak. Dengan semua jalan dan highway jemnya, keluar pada waktu ini adalah satu lagi kegilaan di sini. Agaknya semua pakat keluar pegi open house dan kenduri kawen kot.. Akhirnya pukul 3 lebih baru sampai umah orang kawen. Bleh?
Bersama kakak pengantin – Dr. Syahi
Lepas makan lebih kurang, laju-laju balik semula ke Kotadem. Memang ilang akal tak sedar diri, banyak lagi nak kena masak dengan rumah berkecah tak kemas lagi nih.. Masterchef Australia pun gulung apron kalau tengok kitorang berdua. So, sampai rumah dah pukul 5 petang!! Menggigil oii kuah lontong tak masak lagi..
Walau bagaimanapun, sebagai penonton setia Masterchef Australia, Masterchef US, Top Chef, Cupcake Wars dan rancangan masak-memasak yang lain (kecuali Hello Bro! Tolong Masak! Huhu), kami berjaya menyediakan semua hidangan sebelum tetamu pertama muncul! Mari saksikan hidangan kami…
Inti sandwich
Agar-agar Milo
Puding karamel
Daging masak hitam
Nasik impit dan kuah lodeh
Bubur jagung
Spageti
Sandwich
Fruit punch cocktail
Sambal ikan bilis
Rendang ayam pencen
Akak start bukak pintu pukul 7 malam macam tu. So, masa tu adalah dalam 2 family member akak yang sampai. Masa tu bolehla bernafas lagi sambil berborak-borak.
Start pukul 8.30 dah bertambah lagi sikit tapi masih boleh handle. Masuk ke separuh masa kedua, hahhhh kau!! Rumah akak dah macam pusat penempatan mangsa banjir! Penuhhhhhh tak boleh nak bergerak membuat aksi bebas. Sampai ada yang sound “Tahun depan kau bukak khemah depan rumah la Jie“. Hahahah biadap mereka itu. Ni baru kawan-kawan. Nasib baik akak tak combinekan dengan sedara mara akak macam tahun lepas. Kalau tak, lagi koma haku dibuatnya..
Pastu ingatkan tanaklah melakukan pembaziran macam tahun lepas, so masak taklah banyak sangat. Sekali! tak cukup okeh! Siap kena masak mee dengan nasik impit pulak satu round lagi sebab makanan yang tinggal dah tahap kritikal.. Ibarat Pusat Darah kehabisan darah gitu..
Ni tak sampai separuh je mangsa banjir yang kelihatan. Hihi
Anywayyyyyy… Akak happy sangat dorang datang. Sampai ada yang dua tiga kali tambah spageti air tangan member akak tu. Siap merisik-risik tanya member akak tu dah ada bofren ke belom. Sorry geng, she’s already taken!! Hehe..
Bila dah pukul 11 malam macam tu, dah surut sikit tetamu. Yang tinggal geng-geng Sungai Choh je. Bolehla borak-borak. Pukul 11.30 semua tetamu balik. Pembantu akak pun dah balik, dikidnap oleh member lain yang datang malam tu. Lepas sume dah balik, terus akak bukak uniform, sauk mee dalam mangkuk besar yang tinggal dua tiga urat tu, bawak air depan TV, makan sambil terbongkang la haku kepenatan depan TV. Kemas-kemas boleh buat besok!!
So, tu jelah cerita akak kehausan di openhaus rumah sendiri. Ok, daaa…