Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Meh sambung lagi masa akak tengah bersemangat ni..

Hari ketiga tu aktiviti Free & Easy. So, sukati nak pegi mana. Tapi dorang offer jugak sape nak ikut tour yang dorang sediakan. Harga tour tu HKD450 ~ RM180. Tour tu termasuk pergi Victoria Peak, Madam Tussauds, Ladies Market dan jugak dinner kat Restoran Chinese Muslim.

Akak, PP dan dua orang lagi budak lelaki – Ibrahim & Hadi tak nak join trip tu. Kitorang nak jalan sendiri-sendiri. Sempatlah akak berbalas-balas message dengan penyelamat dari Malaysia. Tanye tempat mana yang patut akak pegi. So, atas suggestion beliau, malam sebelum pegi tu kitorang study dulu jalan-jalan Kat Hong Kong, transport apa nak kena naik dan sebagainya. Memula akak ingat nak masuk Macau. Tapi kang tak sempat pulak nak discover Hong Kong. So, hasrat ke Macau terpaksa dibatalkan. Tu trip lainlah nanti..

So, besok paginya bila dah rasa ilmu penuh di dada, kami memulakan perjalanan kami dengan Bismillah. Huhu.. Tak sure la akak baca Bismillah ke tak. Lupa.. Hiks!

Jam 11.15 pagi kami gerak dari hotel. Stesen MTR paling dekat dengan hotel kami ialah Stesen Tsuen Wan. Jauh gak lah kena jalan.. Sempott.. Nak ke stesen tu, siap lalu dalam mall lagi. Sambil jalan, sambil jeling barang-barang yang dijual. Hihi..

On the way nak ke station MTR


Dalam ni la stesennya.. Cam LRT KLCC gitu..

Lepas semput berjalan, sampailah kami ke stesen Tsuen Wan tu.

Kat dalam stesen ni siap ada vending machine payung.. Cool!


Sempat jugak withdraw duit kat sini..

Lepas dah keluar duit, kenalah beli tiket train. Akak dah baca kat website, untuk pelancong, boleh beli Tourist Day Pass khas untuk pelancong. Murah. Harga HKD55 ~ RM22. Tapi tiket ni dibenarkan untuk naik MTR SAHAJA, sukati banyak-banyak kali dalam masa 24 jam. Satu lagi tiket yang terkenal kat Hong Kong ialah Octopus Pass. Harga Octopus Pass mahal sikit – HKD100 + HKD50 (deposit), lebih kurang RM62 dan dia macam kad Touch & Go. Boleh reload kalau dah abes duit dalam tu. Octopus Pass ni boleh guna untuk naik MTR, feri, bas, tram dan macam-macam lagi. Tapi bila akak kira-kira dan tengok route perjalanan kami, macam tak berbaloi nak amik Octopus Pass sebab kitorang banyak naik MTR je.

Tourist Day Pass

Muka carik makan yang telah dihantar ke Majalah Kuntum untuk disiarkan di ruangan berkenalan. Kahh!!

Destinasi pertama kami ialah salah satu tarikan utama di Hong Kong iaitu Ngong Ping 360°. Ngong Ping 360° terletak di Lantau Peak di Lantau Island. Untuk ke sana, kena amik MTR ke Tung Chung. Sebelum tu kena tukar dulu train kat Stesen Lai King.


Kami naik tren lebih kurang jam 11.45 pagi. Sampai kat Stesen Lai King lebih kurang 10 minit lepas tu. Kena naik pulak ke stesen sebelah atas untuk amik MTR ke Tun Chung.

Kat stesen ni macam kompius sikit. Sebab masing-masing fail baca arah. Haha.. Memula bila tren sampai, kitorang dah masuk dalam tren tu, pastu kitorang keluar balik sebab ingatkan tren tu pegi ke Disneyland. Bila tanya orang kat situ, betul dah sebenarnya tren yang kitorang naik. Berbondong-bondonglah naik balik tren yang sama. Nasib baik tren tu tak jalan lagi. Pheww!



Tepat jam 12.04 tengahari train pun jalan. Sampai Stesen Tung Chung dalam pukul 12.30 tengahari.




Keluar je dari stesen tu, masing-masing melilau carik ATM. Sebab ada pulak yang tak cukup duit. Tadi kat stesen Tsuen Wan tanak withdraw siap-siap. Yang ada Money Changer. Bolehlaa.. Asalkan boleh dapat duit Hong Kong.

Lepas dah tukar duit, bergeraklah kami ke stesen Cable Car Ngong Ping 360°, tak jauh pun dari stesen Tung Chung tu. Tetiba, ada ulat tiket datang kat kami jual tiket. Tah cemana kitorang terpedaya beli. Harga yang mamat tu jual murah HKD10 dari harga yang akak tengok kat website. Untuk cable car kabin biasa (bukan lantai kaca), harga kat website HKD135 ~ RM62. Harga dengan ulat tiket tu HKD125 ~ RM56.

Lepas dah beli baru cuak. Boley??

Selamat Datang dalam pelbagai bahasa

Sempatlah amik gamba dulu sebelum beratur nak naik cable car tu.

Haa kau!! Bergulung-gulung barisan orang yang beratur

Ingatkan bila dah ada tiket tu tak payahlah beratur. Tapi kena jugak.. Aduiiii… Rupanya tiket tadi bukan tiket sebenar. Tu macam voucher. Bila sampai kat kaunter, kena tunjuk passport yang mengompemkan kita ni tourist, baru dia bagi tiket lain.. Gitteww..

Ni baru rupa teket sebenar

Cer teka, berapa jam kami beratur? Yezzah!!! Sejam hoccay! Nak lagi, hari Sabtu. Memang terbaiklah kan. Takpe, mari bertabah.

Akhirnya giliran kami sampai pada jam 1.20 petang.

Bila naik je, kepenatan tadi hilang dan bertukar dengan perasaan teruja. Lawanya view dari dalam cable car tu. Angin bertiup lembut. Sejukkkk je rasa..


Pencawang (ni ke nama dia eh? Belasah jelah) PERTAMA


Jarak perjalanan Ngong Ping Cable Car adalah sejauh 5.7km dan mengambil masa lebih kurang 25 minit. Ia menyambungkan Pusat Bandar Tung Chung dan Ngong Ping di atas puncak Pulau Lantau. Dari atas cable car tu kita boleh menikmati pemandangan panorama Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Laut China Selatan, Tian Tan Buddha Statue atau dikenali sebagai Big Budha serta flora dan fauna Lantau Country Park.



Big Budha

Yeayyy! Sampai dah.. Akhirnya dalam pukul 1.50 petang, sampailah kami ke Ngong Ping 360° kat atas puncak tu.. Panas terik tapi berangin..


Ngong Ping 360° adalah satu projek pelancongan di Lantau Island, Hong Kong. Sebelum ini ia dikenali sebagai Projek Kereta Kabel Tung Chung sebelum dijenamakan menjadi Ngong Ping 360° pada April 2005. Projek ini terdiri daripada Kereta Kabel Ngong Ping, lif gondola yang sebelum ini dikenali sebagai Ngong Ping 360° Skyrail dan Ngong Ping Village – pusat jualan dan hiburan bersebelahan dengan stesen atas kereta kabel itu.

Keluar je dari stesen tu ada kedai jual teh dan tak silap akak ada pertunjukan cara-cara nak buat teh. Tapi macam tak kuasa pulak nak tengok..



Big Budha tengah bertapa


Big Budha ni paling tak boleh blah…


Cubaan meraba bontot Big Budha

Cuaca boleh tahan panas tapi gigih jugak nak merayap ni. Kitorang jalan terus sampailah ke pintu gerbang perkampungan tradisional Ngong Ping.


Tapi kitorang tak masuk pun. Rasanya Big Budha ada kat dalam kampung tu kot. Jadah plak nak pegi melawat, kan? Tengok dari jauh sudah.. Lainlah kalau masjid *Ehem!

Di sepanjang jalan nak sampai ke pintu gerbang perkampungan tu banyak gerai yang jual barang-barang kraftangan. Siap ada mouse yang dalam dia ada labah-labah la, pastu ada rantai, gelang, kipas lipas, macam-macamlah lagi. Tapi akak memandang sepi je barang-barang tu..

Lepas tu kami berpatah balik menuju ke stesen cable car. Sambil-sambil tu sempatlah snap gamba sana-sini..

Cable Car Switzerland

Actually kat kawasan ni dorang letak macam-macam cable car mini dari pelbagai negara. Ada dari France, Swiss dan lain-lain lagi. Sajelah nak tunjuk teknologi cable car dari macam-macam negara tu.

Selain tu, ada jugak Pokok Harapan.. Apa benda la Pokok Harapan tu kan…


Ha, kat tepi pokok ni ada disediakan papan yang kita boleh gantung wish kita yang ditulis di atas kertas yang disediakan. Kena beli.. Pandai betul otak bisnes dorang.. Boleh buat batu chinchin!


“I wish to have a beautifull girlfriend!! ♥ by Jackson”

Katanya.. Banyaklah kau Jackson oii.. Eja beautiful pon tak betul, mesti doa ko tak termakbul! Haha..

Untuk mengisi perut, ada jugak restoran kat atas ni. Yang bawah ni restoran Halal. Jual kebab, Pizza, nasi beriyani. Kitorang tak makan kat sini sebab ingat mahal. Yelah, macam kat Genting tu, kan makanan mahal sikit dari kat bawah..

Kitorang kat atas puncak tu lebih kurang setengah jam je. Pastu kitorang turun. Malas nak lama-lama sebab nak pegi banyak tempat lagi ni..


Ada air terjun okeh..

Laluan bertangga dan air terjun

Haa, nampak tak laluan bertangga tu? Sebenarnya untuk naik ke puncak Ngong Ping ni ada banyak cara. Selain naik cable car, boleh naik kereta, bas dan jugak JALAN KAKI! Trekking la kiranya. Dari bawah nak menyampaikan ke atas ni kalo jalan kaki ikut laluan yang disediakan tu dalam 2 jam lebih kot. Ada jugak akak nampak dari atas cable car tu, orang jalan kaki. Best gak kan? Mesti sejuk je walaupun tengah bersenam!

Haa, kami dah nak sampai ke bawah dah..

Dah, jom balik..

Banyak lagi nak jalan ni.. Ke mana? Tungggu….

Haa.. Sambung lagi ye..

Lepas dah puas tengok show Lion King, kitorang pun keluar carik tempat lain yang boleh diterjah untuk sambung main..

Masih hujan…

Hujan-hujan pun, kami mencuba nasib di Grizzly Gulch. Mana tau boleh main sebab tengok ada je yang tengah terjerit-jerit naik roller coaster tu..

Ni la rupanya.. Outdoor punye roller coaster..

Atas kepala akak tu T-Shirt spare. Dah lencun!

Tengok macam biasa je roller coaster dia. So, bolehlah naik. Sekali!!!!!! Mak aiii rasa nak terkincit.. Dia dah bawak kita ke depan, pastu boleh pulak dia reverse laju-laju. Nangkeroyo cinabeng #%#&!@$# betul! Kusss semangat. Dah la still hujan renyai-renyai. Akak takut je tercampak ke bawah.. Huwaaaaa… Adrenaline rush gitu.. Tapi… BEST!!

Dah turun tu, round-round pulak kat luar tu.. Ada air pancut panas..

Jaga-jaga Cik Salmah. Nak meletup tu..

Haaa.. Menggelegak dah..

Pastu ada pulak lubuk emas gitu..

Kalau bebetul emas kan best. Memang akak kikis sikit

Pastu ada tempat kita boleh amik gamba ala-ala dalam jel. Ni lah akibat mencuri emas.. Hehe..

Dah amik gamba lebih kurang kat Grizzly Gulch, kitorang plan nak pegi tempat lain pulak. Masa makin suntuk. Banyak tempat tak pegi lagi ni.. So, kitorang plan nak melawat rumah Tarzan atas pokok pulak kat Adventureland.

Tu la rumah Tarzan

Cantek kan?

Nak ke rumah Tarzan tu kena naik rakit sebab rumah dia kat seberang sungai.. Ayuh!

Nama rakit ni KALA

Atas rakit

Eksyen je ni.. Padahal pakai enjin

Encik Joe, Ima & PP

Tukang kayuh rakit.. Yelah, kayuh la sangat…

Sampai dah… So, mari kita panjat rumah Tarzan

Kena lalu jambatan gantung la pulak


Tarzan masa kecik bersama mak angkat beliau

Hensem kan? Hai Abang Zan.. Cekci la u ni..

Sebok je si Jane ni..


Pandangan pelantar dari atas rumah Tarzan

Dah puas merayau kat rumah Tarzan, kami berpatah balik ke seberang sana sebab nak naik Jungle River Cruise yang akak tak dapat naik memula tadi sebab hujan lebat..

Moh beratur lagi

Kali ni beratur tak lama sebab banyak botnya..




Memula nampak gajah berendam

Nampak pulak kuda belang

Gajah lagik..

Buaya pulak bertenggek atas batu

Hoii badak! Ko mengantuk ke hape?

Siap ada keluar api dari gua

Memang best lah.. Walaupun binatang-binatang tu patung je, tapi oklah sebab dorang bergerak, mengaum, menganga.. Hehe.. Orang tua pun suka, ape lagi budak-budak. Ye tak?

Setel berjungle cruise, masa tu dah pukul 6.30 petang. Hari pun dah mula gelap.. Waktu Malaysia dan Hong Kong sama cuma sana cepat gelap.

Melintas pulak kat Fantasyland tapi tak masuk pun

Bila tengok hari dah tak hujan, kitorang pegi lagi sekali ke Toy Storyland sebab nak jugak naik RC Racer bentuk U tu.. Pastu kat situ nampak jugak macam ada payung terjun askar tu. Nampak macam best jugak..

Lantai masih basah-basah

Memula kitorang naik Toy Soldier Parachute Drop sebab nampak macam tak mencabar sangat.


Kenalah beratur ye..

Bila dah naik… Haa kau!! Rasa nak tetinggal sepende kat atas tu. Memula dia naik tu oklah, slow je. Bila dia turun tu, zaaaassssssss!!!! Rasa bontot tak jejak kat seat. Adoiiiinya pun!!! Padan muka kan.. 6-7 kali jugaklah dia turun naik tu.. Hadoii!

Tak serik-serik ni, nak jugak naik RC Racer tu..

Malas cakap banyak, tengoklah video ni..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=__xEzZ1FX2Y[/youtube]

Haaa.. Game ni paling biadap!! Haku rasa melayang-layang je kat atas tu. Memang kecut perut sangat hoiii!!! Lagi ngeri dari roller coaster rasanya. Nampak je macam simple, ke depan ke belakang. Akan tetapi!! Ngilu apejadah sume akak rasa. Dah la masa tu akak tengah batuk. Dua minggu jugaklah tak elok-elok. Lepas turun je dari RC Racer tu,  terus akak rasa macam sakit jantung. Sampai jumpa doktorlah bila balik KL. Doktor kata otot dada akak bengkak. Haha, rasanya selain batuk, penangan RC Racer ni jugaklah kot..

Lepas dah sakit dada semua tu, Encik Joe kata nak belanja makan. ALHAMDULILLAH!!! Orang nak belanja, jangan ditolak.. Huhu..


Kitorang makan kat Tahitian Terrace dalam Adventureland..


Kat sini jual makanan halal. Ada laksa, nasik semua. Sedap jugaklah..




2 set laksa, dua set nasik, 2 air. Total HKD366 atau RM150. Tak pengsan kau??!!


Lepas makan, kitorang jalan laju-laju ke Sleeping Beauty Castle semata-mata nak tengok pertunjukan bunga api. Show setiap hari start pukul 8 malam. Show dia 15 minit je tapi memang sooooo amazing!!

Belum start lagi masa ni..

Punyelah ramai manusia. Memasing amik angle mana paling lawo nak amik gamba nanti..

Actually kalau nak tengok show ni tak boleh dekat-dekat sangat sebab nanti tak nampak semua bunga api tu terbang. Kena jauh sikit. Baru cun!

Haa, start dah!

Lawa kan?

Untuk kesan lebih dramatik, opkoslah akak ada amik video..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=t541d9k6VMU[/youtube]

Hoihhh!! Puas ati sangat-sangat… Tourist guide kitorang dah pesan awal-awal, tengok bunga api tu dari entrance je sebab nanti ramai sangat orang keluar. Takut berebut-rebut nanti lambat sebab nak kena sampai kat bas pukul 8.30 macam tu.



Bye Hong Kong Disneyland.. Ada rezeki, panjang umur boleh datang lagi..

Ada stesen MRT kat luar

So, berakhirlah lawatan kitorang ke Hong Kong Disneyland. Best! Puas! Nanti boleh repeat sebab akak teringin nak duduk kat Hotel Disneyland. Huhu..

So, apa souvenir yang akak beli dalam tu?

Ni je….


Macam biasa.. Fridge Magnet..

Ok, ni harga tiket..

 

Ticket Type

Standard Day Ticket

Designated Day Ticket

General Admission Ticket
(aged 12-64)

HK $450

HK $450

Child Ticket
(aged 3-11)

HK $320

HK $320

Senior Ticket
(aged 65 or above)

HK $100

HK $100

Admission Valid Days

Standard Day Ticket is valid on all days during validity period, except Designated Days. Designated Day Ticket is date-stamped and valid only on that specified date.

HKD100 ~ RM40. Ni harga untuk 1 Day Pass. Kalau untuk dua hari lagi murah. Boleh cek kat website rasmi kat sini. Waktu operasi pulak dari pukul 10 pagi-9 malam.

Ok.. Daaaa….