Semenjak dua menjak ni, bila selak suratkhabar saja, mesti penuh berita tentang pilihanraya. YB ini melawat kawasan situ. YB itu melawat kawasan sana. YB ini bagi janji itu. YB itu bagi janji ini. Jalanraya pun sudah cantik di sesetengah tempat. Hiks! Serupa, ulang tayang cerita pilihanraya dulu-dulu. Sama! Kan? Dengar cerita pilihanraya akan diadakan bulan Mac nanti. Betul ke?
Balik ke Kuala Selangor semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, kelihatan poster-poster kempen pilihanraya sudah mula digantung. Kawan saya cakap, upah gantung poster tu mahal juga. RM10 satu poster. Wow!! Boleh buat duit betul.
Pilihanraya tahun 2003 yang lepas, saya mengundi di kawasan Hulu Selangor. Di Kampung Sungai Choh lebih tepat. Pusat pilihanraya di Sungai Choh bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh. Sekolah rendah saya dahulu. Pilihanraya lepas, saya mengundi Barisan Nasional (Dato’ Zainal Abidin Hj. Sakom-Guru Besar saya semasa sekolah rendah agama dahulu) untuk DUN dan pembangkang (Dato Ismail Kamus) untuk Parlimen. Barulah ada check and balance. Hehe. Undi adalah rahsia? Alaa, dengan pembaca blog ni tak apa. Lagipun, kalau ada orang marah pun, apa hak dia? Betul tak?
Saya tak sabar nak mengundi lagi pada pilihanraya tahun ini. Anda semua sudah mendaftar ke? Jangan lupa tunaikan kewajipan anda ya! Untuk cek daftar pemilih, sila klik sini!
Yang mana satu pilihan anda? Hiks!

Sudah lebih seminggu saya selesai menghadiri kursus PROSPER Siswazah dan baru hari ini saya berkesempatan untuk bercerita tentangnya. Jangan marah haa….
Kursus yang dijalankan selama 3 hari di Delta Inn, Seksyen 3, Shah Alam tersebut memang banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Selain, pengalaman diberi makan 6 kali sehari (dulu, semasa sekolah saja dapat makan macam ni), saya juga didedahkan tentang cara membuat business plan yang betul. Kami diajar dari A-Z bagaimana untuk menyediakan proposal perniagaan termasuk membuat Akaun Untung Rugi dan Cash Flow yang betul. Saya bukanlah datang dari latarbelakang akaun dan pada mulanya terkial-kial jugalah membuatnya. Walau bagaimanapun, selepas memahami konsep, ermm, boleh tahan juga ya. Tidaklah susah sangat. Menyesal pula tak ambil subjek Akaun semasa SPM dulu. Hiks!
Saya difahamkan kos bagi seorang peserta untuk kursus selama 3 hari ini ialah RM600 tetapi kami hanya membayar RM50 sahaja. Yang lain ditanggung oleh pihak PUNB. They are sooo generous!! Hehe. Kursus PROSPER Siswazah ini dihadiri oleh lepasan ijazah atau diploma yang berumur tidak lebih daripada 30 tahun sahaja dan pinjaman maksimum yang dibenarkan ialah RM50,000. Sekiranya saudara pembaca ingin memohon pinjaman lebih daripada RM50,000 untuk memulakan perniagaan, saudara pembaca haruslah memohon pinjaman di bawah kategori PROSPER Runcit dan kategori ini tiada syarat khas seperti mestilah lepasan ijazah/diploma dan tiada had umur.

Saya dan Illa tengah boring tunggu kelas start
Yang seronoknya, kursus ini dihadiri oleh mereka yang sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Jadi, saya bertemu dengan ramai perserta-peserta muda yang sudah ada perniagaan sendiri. Salah seorang, tidak silap saya seorang cek mek molek berumur 26 tahun dari Kelantan, mempunyai perniagaan roof coating yang satu-satunya mengimport material tersebut dari Korea. Seorang lagi, peserta lelaki yang sudah mempunyai ladang kelapa sawit sendiri dan mempunyai 20 orang pekerja. Mereka belum berumur 30 tahun pun tetapi sudah mempunyai perniagaan yang berjaya!
InsyaAllah, saya dan smart partner saya, Illa Sabry akan mempunyai perniagaan kami sendiri. Kami memerlukan modal RM100,000, jadi saya dan Illa perlu berkongsi kerana seperti saya katakan tadi, seorang pemohon PROSPER Siswazah hanya dihadkan kepada RM50,000 sahaja. Harap-harap semunya berjalan lancar. Doakan ye. π