Keistimewaan tarikh ini diambil kesempatan oleh housemate saya Nadia Bucuk untuk melangsungkan hari bahagianya – mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Saffian. Majlis pertunangan yang diadakan di Batu Pahat Johor berjaya dilaksanakan dengan ringkas tetapi meriah. Ujie Singh Walia melaporkan dari tapak kejadian.
2.30 petang : Ketibaan saya dan Ayang ke rumah Nadia.
3.30 petang : Ketibaan pihak lelaki. Motip lambat?? Ooo..dorang solat Zohor dulu di surau berdekatan
3.40 petang : Acara merisik dan seterusnya bertunang dijalankan

Perbincangan kedua pihak

Cincin disarungkan untuk menandakan Pian dah ‘cop’ Nadia

Motip tanak lepas tangan mak mertua?

Antara barang hantaran

Bakal pengantin

Suke.. :-p

Menggeletis ko ye.. Hiks

Bakal pengapit – Ayang & Me

Sabar oke…

Bagi chance kat kami pulak

Bersama kedua-dua mak ayah

3 orang rakan serumah

Kami bersama barang hantaran daripada Pian untuk Nadia. Bak sikit!

Ko hingat ko je ada 2 cincin emas??? Aku pun ada..cincin tembaga!

Congrats Bebeh! Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat…
5.00 petang : Bertolak balik dari rumah Nadia dan singgah pulak rumah Ayang
6.40 petang : Bertolak balik ke KL
9.30 malam : Tiba di Kota Damansara dengan selamat. Alhamdulillah
So, tahun baru ni, semoga kita dapat menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan ya. Hihi. InsyaAllah. π
Sorila, cerita pasal hari raya yang dah basi. Tapi ni bukan sebarang cerita. Ni cerita pasal kad raya. Kad raya daripada seseorang yang istimewa..Saya mengirim kad raya kepada orang ini, setelah tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya. So, tunggu punya tunggu punya tunggu, selepas habis bulan raya, barulah saya mendapat balasan darinya.
Inilah rupa sampulnya..

Jangan marah ok..Yang Mulia Cik Suzilah Binti Zainuddin. Hiks
Mesti posmen yang anta kad raya ni bengkekk je. Motif Yang Mulia, tapi duduk umah flat? Hahaha..Sukati aku la..Lalalaa..

Kuning Di Raja
Kuning menyala. Dengan logo kerajaan berwarna keemasan yang timbul. Bereben cantik di tepi. Silalah teka siapakan gerangannya yang menghantar kad raya cantik ini kepada saya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah dia gerangan orangnya…Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Cemana saya boleh menghantar kad raya kepada Sultan Brunei? Inilah namanya pengaruh rakan sebaya. Haha. Kami menghantar kad raya kepada Sultan Brunei dengan harapan masing-masing dapat duwet raya daripada Baginda Sultan. Tapi nan ado pun. Bila membaca pengalaman mereka yang pernah menghantar kad raya kepada Sultan Brunei dan dibalas dengan kad raya berserta cek ratusan dan ribuan ringgit, masing-masing pakat hantar kad raya jugak. Yang dah bertahun hantar kad raya kepada kawan-kawan guna online/sms, tahun ni gigih beli/buat kad raya semata-mata nak bagi kepada Sultan Brunei. Hiks
Tapi tak apelah. Walaupun tak dapat cek duit raya, tapi tetap dapat balasan kad raya. Okla tu kan? Takpe, tahun depan nak cuba lagi. Mana tau dapat Dollar Brunei 10,000. Haha berangan..