Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

is celebrating its

anniversary πŸ˜‰

 

Yes uols.. Sedar tak sedar, dah 9 tahun umur domain ujie.com ni..


Tarikh akak register domain ni – 30 Ogos 2003

Dulu saje je beli domain ni sebab gedik. Tengok orang lain ada, akak pun nak jugak. Akak agak beruntung sebab dapat register domain dengan nama yang akak nak. 4 huruf pulak tu. Sekarang tak dapek dah nak beli domain dengan nama pendek-pendek macam ni. Kurang-kurang mau 6-7 huruf kot.

Dulu domain ni akak guna untuk buat email dan simpan fail-fail besar je. Baru tahun 2007 akak start berblog dengan separa aktif. Dasar pemalas camnilah.. Akak memang salute kat orang yang boleh tulis hari-hari. Jeles pon iye jugak.. Eh, dah 5 tahun ek akak berblog..


Rupa blog akak 5 tahun yang silam..Hiks.. Ujie Mapia konon.. Puiii!!

Hmmm.. 9 tahun eh.. Kalo budak, dah darjah 3! Kah kah.. Tuan tanah gak tak kawen-kawen lagi. Apa nak jadi pon tataula.. Muahaha..

Okla.. Sampai sini dulu. Semoga ujie.com akan terus kekal menyebok di persada maya ni sampai bila-bila. InsyaAllah. Tak sabar nak tunggu umur dia 10 tahun! Heehee.. Ok, gunite semua.. Tata…

Semua orang pasti mengimpikan untuk menggenggam segulung ijazah, memakai topi dan jubah graduasi lalu diraikan dalam suasana gilang gemilang konvokesyen selepas bertungkus-lumus belajar. Bagi yang berkemampuan dan cerdik pandai, bolehlah 3-4 kali merasai pengalaman itu. Manakan tidak. Habis Diploma, konvo. Habis Degree, konvo lagi. Buat Masters pulak, lagi sekali konvo dan seterusnya apabila mencapai peringkat tertinggi dalam pendidikan iaitu PhD, hambek kau konvo lagi sekali..

Walaupun begitu, mungkin bukan semua orang bernasib baik. Ada yang lepas Degree terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga pula (akaklah tu). Ada pulak yang lepas SPM, terus carik kerja demi sesuap nasi. So, dalam hidup ni, mungkin ada orang yang tak pernah bermimpi langsung untuk naik ke pentas memakai topi dan jubah grad.

Namun, Alhamdulillah di PruBSN, kami para agent diberi peluang untuk mengalami momen indah tersebut. Selepas bertungkus lumus menghadiri kelas di hujung minggu, menelaah buku setebal novel yang dipenuhi dengan fakta-fakta perancangan kewangan serta menjalani peperiksaan pada ketika otak sudah berkarat, akhirnya kami diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah (Poyo tak ayat? Ala-ala majlis kahwin artis suam-suam kuku. Hiks!)

Yes uols!! Akak telah meng’konvo’kan diri sekali lagi. Hanya selepas 12 tahun. Ya! 12 TAHUN selepas konvo terakhir kat UTM dulu. Hiks.. Semuanya berlaku semasa PruBSN mengadakan Mid Year Congress 2012 pada 12 Julai lepas di Berjaya Times Square Hotel. Kebetulan pula, kami batch pertama yang mengambil kursus Syariah Financial Planner ni dah pass 2 module dari 7 module keseluruhan. Menurut Malaysian Financial Planning Course, kami dikehendaki lulus Module 1 dan mana-mana satu module lain untuk layak digelar Affiliate Financial Planner dan diraikan dalam masjlis konvokesyen. Lalu PruBSN mengambil kesempatan ini untuk turut meraikan kami. Yeay!!

Seawal jam lapan pagi, kami dikehendaki ke bilik khas dalam Berjaya Hotel tu untuk bersiap sedia memakai jubah dan topi. Memang teruja la.. Maklumlah, dah lebih 10 tahun akak tak sarung jubah konvo. Huhu.. Sebelum tu, sempat lagi amik gamba dulu kat backdrop destinasi trip PruBSN seterusnya tahun depan iaitu Switzerland!






Lepas dah puas amik gamba kat situ, baru la tehegeh-hegeh pegi ke bilik bersiap..






Sementara menanti masuk ke dewan tu, akak pon saje berjalan-jalan tengok gerai jualan buku dan tempat pemeriksaan kesihatan yang disediakan di luar dewan. Jom test darah!




Akak tak mencarut oke.. Tu nak bagi misi tu cucuk jari amik darah. Huhu



Paras gula dalam darah. Normal!





Paras kolesterol. 6.0. TAK OKE. Borderline 5.2! Uwaaaaa


Tekanan darah.. OKE!


Result

Dah sudah tu, barulah masing-masing reti nak masuk dewan. Acara dimulakan dengan upacara menyerahkan sijil dan scroll kepada kami. Sebelum tu, sempat lagi berposing-posing lagi kat tempat duduk masing-masing. Hiks!






Pastu barulah MYC dimulakan.. Takyah citer pasal ni eh.. Panjang nak taip. Haha lagipun ni bukan fokus utama entry ni.. Huhu.. Tapi jap, sikit maklumat, PruBSN Takaful sekali lagi mendahului carta operator-operator takaful seluruh Malaysia bagi suku tahun pertama 2012. Dah ada yang No. 1, buat ape lagi nak yang No. 2? Begituuu akak sempat buat promosi.. Haha..


Oke, pastu masa break untuk minum pagi, kami amikla gamba sepuas-puasnya sebelum jubah dan topi kena dipulangkan jam 11 pagi. Kah kah.. Kalau tak, bayarla sendiri sewa jubah dan topi tu..



Ok daa… Bai!