Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Dengan keadaan pasaran saham yang tidak menentu sekarang, ramai di antara kita yang takut nak membuat pelaburan. Dengan kesan daripada keadaan ekonomi global yang terjejas teruk, harga saham-saham mewah tempatan juga banyak yang jatuh merudum. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan juga kepada harga dana-dana Unit Amanah (Unit Trust) bagi semua syarikat Unit Amanah. Ada beberapa orang client Unit Trust saya yang sepatutnya boleh melabur untuk kali ke-2 atau ke-3 melalui potongan KWSP, sudah tidak mahu melabur kerana takut harga saham yang mereka invest akan jatuh dan semakin susut nilai. Saya faham gelodak hati mereka kerana maklumlah, bukan senang nak mengumpul duit, kan?

Bila saya call atau SMS mereka untuk mengingatkan pelaburan mereka seterusnya, ada yang menjawab :-

Taubat aku, Jie

Wat masa ni akak hold dululah. Thanks

No re-investment for this moment. TQ

Saya tak berkecil hati langsung dan apa yang saya buat, hanya memberi nasihat yang terbaik untuk mereka. Walaupun begitu, ada juga yang tak sabar-sabar SMS dan email saya.

Eh, harga DALI (salah satu dana yang diuruskan oleh CIMB WA) turun lagi kan? Bila ko nak datang ofis? Aku punya dah boleh buat next investment, kan?

Eh, aku dengar kat iklan radio, masa ni sesuai untuk invest dalam Unit Trust. Aku nak cubalah.

Salam, Cik Ujie. Saya baca blog awak. Saya nak mula buat investment. Please contact me.

Begitulah. Ada yang berani mengambil risiko. Ada yang tidak. Untuk mula melabur dalam Unit Trust, beberapa perkara perlu difahami dahulu. Seperti yang berulang-kali saya terangkan kepada pelabur-pelabur saya, Unit Trust adalah simpanan/pelaburan untuk jangkamasa sederhana/panjang iaitu sekitar 3-5 tahun. Sekiranya kita berumur 30 tahun, kita mempunyai 25 tahun lagi untuk pencen. Dan kita mempunyai 25 tahun lagi untuk mencarum dengan KWSP. Jadi, apalah sangat 3-5 tahun itu untuk kekal melabur dengan Unit Trust melalui potongan KWSP setiap 3 bulan. Betul tak? Tambahan pula, Unit Trust boleh memberi pulangan yang jauh lebih tinggi daripada apa yang diberi oleh KWSP.

KALKULATOR PELABURAN MELALUI EPF

(anda boleh kira sendiri jumlah yang layak untuk anda melabur)

Satu perkara lagi, Unit Trust merupakan medium terbaik untuk menjana keuntungan yang tinggi dengan risiko yang boleh diuruskan. Ini kerana, Unit Trust bukan terdedah secara langsung kepada pasaran saham. Misalnya bagi dana Islamik paling popular di CIMB Wealth Advisors kerana kestabilan dan pulangan purata yang melebihi 15% setiap tahun iaitu CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund (dahulu dikenali sebagai Dana Al-Ihsan) , terdapat lebih 30 kaunter saham mewah terpilih yang dilaburkan oleh dana ini. Dalam 30 kaunter ni, takkanlah semua yang rugi kan. Ada juga yang untung. Berbanding kalau kita main saham secara direct misalnya kita beli saham-saham yang berkaitan dengan minyak, harus terduduk waktu ni. Yelah, masa harga minyak melambung dulu, sedaplah mengaut keuntungan. Masa harga minyak jatuh, sendiri jawab.

Wajarkah Melabur Sekarang? Dalam Suasana Ekonomi Yang Tidak Menentu?

1. Berita Harian
2. Harian Metro
3. Bernama online
4. Dwindling Trust, The Star_29Oct08

Untuk pengetahuan saudara pembaca, berikut merupakan KLCI performance pada 2006 dan 2007

Bagaimana pula dengan indeks komposit sekarang?

Jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk MELABUR! Ini adalah kerana keadaan pasaran saham yang mengalami kejatuhan kini, mempunyai potensi untuk naik semula.

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN PASARAN KEWANGAN SEMASA?

  • Peraturan 1 : Beli Dana pada harga yang rendah

  • Peraturan 2 : Ringgit Cost Averaging (Puratakan kos pelaburan anda)

  • Peraturan 3 : Melabur dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun)

Melabur sekarang dan tukarkan ketidak tentuan pasaran kewangan kepada peluang pelaburan!

RAHSIA RINGGIT COST AVERAGING
(Purata Kos Pelaburan)

Anda sentiasa membeli pada harga rendah/murah tidak kira apa jua keadaan pasaran dengan melabur secara kerap/berkala!! Dan pelaburan kerap/berkala membuatkan anda sentiasa UNTUNG!!!

Seorang rakan saya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya 2 minggu lepas, bercerita tentang harta yang ditinggalkan oleh suaminya untuk dia dan 2 orang anak perempuan yang masih kecil..

“Kak, suami saya ada beli insurans dari syarikat insurans XXX. Jumlah pampasan RM60,000. Mujur dia letak nama saya sebagai penama, kak. Lega sikit. Bolehlah nak tampung belanja saya dengan anak-anak “

“Baguslah tu, senang sikit ngko nanti”, jawab saya.

Rakan saya itu berumur 24 tahun, mempunyai 2 orang anak yang berusia setahun dan 5 tahun. Suaminya yang baru berumur 31 tahun, merupakan seorang pemandu di sebuah syarikat ternama di Malaysia. Beliau mengalami kemalangan jalanraya sewaktu hendak mengambil bosnya pada pagi 5 November lepas. Selepas koma selama seminggu, doktor mengambil keputusan untuk membuka bantuan pernafasan suaminya. Menurut rakan saya, pada hari suaminya kemalangan itu pun, sebenarnya hanya jasad yang terbaring kaku di atas katil, hakikatnya otak suaminya sudah tidak berfungsi lagi (dead brain) atau dalam erti kata lain, sudah meninggal.

Saya sempat melawat suaminya pada petang hari kemalangan. Bila saya tanya pembantu doktor kat situ, dorang tak nak komen, suruh tanya doktor sendiri. Dari luaran, memang langsung takde luka-luka, patah riuk. Cuma pendarahan dalaman. Otak bengkak dan satu urat terputus. Apelah banyak benar kawan-kawan saya terputus urat otak ni. Erm…

Berbalik kepada cerita harta peninggalan si arwah, menurut cerita rakan saya, ada satu lagi insurans yang memang disediakan oleh syarikat suaminya bekerja, tidak sempat diletakkan nama rakan saya sebagai penama. Insurans tersebut berjumlah 96 kali ganda daripada gaji. Dengan gaji suaminya sebanyak RM1,800, jumlah keseluruhan yang patut diterima oleh rakan saya ialah RM172,800.

Di dalam akaun KWSP suaminya juga, ada dalam RM60,000. Pun tak ada penama. Menurut pegawai KWSP, duit tersebut tidak boleh diserahkan kepada penuntut (rakan saya) sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh kematian. Ini untuk memberi peluang kepada isteri-isteri si mati yang lain (yang tidak diketahui oleh isteri pertama) untuk membuat tuntutan juga. Ingat para suami! Buat penama untuk isteri pertama ok. Ha, yang si isteri pulak, baik cek, suami ada isteri lain tak? Hiks!

Selain daripada insurans dan KWSP yang tidak ada penama, satu lagi harta yang ditinggalkan oleh suaminya ialah sebuah rumah (belum siap). Rumah tersebut atas nama suaminya dan nama kedua ialah nama rakan saya. TETAPI, insurans untuk rumah tersebut hanya atas nama rakan saya, bley? So, disebabkan suaminya yang meninggal dunia, maka tak dapatlah benefit MRTA yang sepatutnya pembayaran rumah tersebut ditanggung oleh pihak insurans.

Apa yang saya tahu, daripada pembacaan dan pengalaman kawan-kawan saya, semua harta yang tidak berpenama, akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Amanah Raya Berhad akan mengagihkan harta-harta tersebut kepada yang berhak melalui hukum Faraid. Oleh kerana rakan saya tidak mempunyai anak lelaki, maka agihan tersebut mula-mula akan jatuh kepada bapa si mati (bapa mertua rakan saya), diikuti oleh adik beradik lelaki si mati, adik beradik perempuan, ibu si mati, anak perempuan si mati dan akhir sekali barulah kepada rakan saya. Mujur rakan saya ni baik dengan mertuanya. Kalau tidak, tataulah nak cakap. Kesian! Lagipun menurut rakan saya, bapa mertuanya siang-siang lagi dah beritahu yang dia tak nak satu sen pun duit arwah. Tak nak makan harta anak yatim. Dia nak serahkan semuanya kepada rakan saya tu.

Begitu juga dengan insurans yang disediakan oleh syarikat suaminya. Oleh kerana tidak ada penama, sepatutnya pampasan tersebut juga akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Caj yang dikenakan oleh Amanah Raya Berhad untuk proses pengagihan itu ialah 10% daripada jumlah harta tersebut iaitu lebih kurang RM17,000 (pampasan insurans keseluruhan ialah RM172,800). Jangkamasa yang diambil juga bukan sebulan dua. Mungkin memakan masa bertahun-tahun. Tapi Alhamdulillah, syarikat arwah bersedia untuk menguruskan tuntutan pampasan tersebut tanpa menyerahkan kepada Amanah Raya Berhad. Walau bagaimanapun, pengagihan masih mengikut hukum Faraid seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Cuma tak perlu bayar caj Amanah Raya Berhad sampai 10% tu!!

Teringat saya cerita seorang rakan baik saya, Jaja. Arwah ibunya meninggal dunia lebih kurang 3 tahun yang lalu. Simpanan arwah ibunya di ASB saya rasa lebih daripada RM250,000. Tapi setahu saya, duit simpanan tersebut masih tidak diperolehi sampai sekarang. Sebabnya, tak lain tak bukan ASB memang tidak menyediakan penama kepada pelabur-pelaburnya. Oleh itu, menurut Jaja, simpanan tersebut telah diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Proses yang diambil untuk pengagihan memakan masa bertahun-tahun. Kena masuk mahkamah syariah, ikut hukum Faraid, angkat sumpah dan bla..bla..Susah kan? Hmm, tak setel-setel juga sampai sekarang. Kalau ada pembaca atau rakan rakan yang bekerja atau ada pengalaman dengan Amanah Raya Berhad, tolong confirmkan kesasihan cerita ni ya? Mana tau, saya bagi salah maklumat.

Hmm, bagaimana dengan harta-harta anda? Duit simpanan di Tabung Haji, ASB, KWSP, Unit Amanah, semua dah letak penama? Jangan susahkan keluarga, anak isteri yang kita tinggalkan. (Tapi, kalau susahkan sikit suami, takpa. Haha!). Susah sikit-sikit takpelah, tapi janganlah seksa orang yang masih tinggal ni sampai bertahun-tahun, ye tak?

Ni nak promot sikit, sesiapa yang belum ada wasiat ke atas harta masing-masing, saya selaku wakil ejen daripada As-Salihin Trustee Berhad (syarikat yang mengendalikan harta pusaka orang Islam) boleh membantu anda. Boleh hubungi saya di 019-3889306 atau email ujie[at]ujie.com.

Erm, panjang pulak celoteh saya kali ini. Sehingga jumpa di lain masa. Renung-renungkan dan selamat beramal. Tetiba.. 😉