Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hola!!

Kenapalah akak dilahirkan pemalas sebegini rupa? Entry banyak yang tertunggak. Walaupun takde sape yang tertunggu-tunggu entry tu tapi akak kena tulis gak. Sebagai kenangan di hari tua. Gituhhh..

Takpela, nanti akak buat slow-slow. By the way, akak balik dari Trip PruBSN ke Bandung, hari Isnin lepas (1 Julai). Kan akak bawak mak akak pegi trip tu, so malam tu mak akak tido kat Kota Damansara la kiranya. Cadangnya nak hantar dia balik Bukit Beruntung besoknya tu.

Pastu, pagi Selasa tu, kitorang keluar brekpes roti canai kat kedai depan tu je. Sambil-sambil tu mak akak cakap nak melawat Istana Negara. Saje nak jalan-jalan. Agaknya rindu kot tempat keje lama dia. Hehe..

So, lepas brekpes, kitorang balik rumah akak. Lepak-lepak lagi sambil tengok TV. Dah dekat nak tengahari tu, akak ajaklah mak akak bersiap-siap. Mohle kita keluar.

Akak memang nak ke KL, hantar barang-barang yang member akak pesan dari Bandung. So, keluar je dari Tol Jalan Duta tu, teruslah akak menghala ke Istana Negara. Sampai-sampai je, Ya Allah! Panas berdenting!! Ada gak tourist dari luar negara…

Jom layan gamba..

20130706-100247.jpg

20130706-100301.jpg

20130706-100311.jpg

Tak lama tu dengar macam suara orang berkawad. Rupanya pertukaran pengawal keselamatan berkuda daa. Akak pun amik video, tapi haku tak tekan button record. Boleh?? Hampehhh betol!!

20130706-100501.jpg

20130706-100512.jpg

20130706-100527.jpg

20130706-100544.jpg

20130706-100556.jpg

20130706-100622.jpg

20130706-100638.jpg

20130706-100653.jpg

20130706-100707.jpg

20130706-100722.jpg

20130706-100746.jpg

20130706-100757.jpg

Tengok mak akak. Ceria je kan? Haha

Dari Istana Negara tu kan boleh nampak Menara KL. Akak cakap kat mak akak, nak bawak dia melawat Menara KL pulak. Happy bukan main dia sebab dia selalu je bagi hint suruh bawak dia ke situ. Jomla mak oiii!!

Lepas hantar barang kat kawan akak, kitorang teruslah pulak menghala ke Menara KL. Mujur ada parking kat dalam tu. Kalau hari cuti tak sure penuh ke tak. Maybe kena parking luar la kot.

So, layan gambar kat Menara KL plak okeh..

20130706-101208.jpg

20130706-101223.jpg

20130706-101233.jpg

20130706-101253.jpg

Tiket untuk naik ke Observation Deck untuk dewasa (pemegang MyKad) ialah RM29 dan untuk kanak-kanak dan warga emas ialah RM19. Kalau tourist kena bayar RM39. Kitorang tak amik pakej lunch atau hi-tea. Kalau dengan makan sekali, lain la pulak harganya..

20130706-101509.jpg

Jom naik!!

20130706-101634.jpg

20130706-101646.jpg

20130706-101657.jpg

20130706-101710.jpg

20130706-101732.jpg

Pastu mak akak cakap “Cuba ko amik gamba mak berlakon konon-konon tengah teropong, dik”. Ok, mommy. Action!!!

20130706-101925.jpg

20130706-101938.jpg

Happy je dia. Akak dah tak larat berjalan dah masa tu. Akak suruh dia je meronda keliling deck tu. Akak duduk je kat bangku yang disediakan kat situ. Mak akak pun merayap-rayaplah sorang-sorang. Siap interview Mak Guard yang jaga kat atas tu lagi. Hahaa. Mak, mak.. Siap suruh amik gba dorang berdua. Layankan aje..

Lebih kurang setengah jam kat atas tu, kitorang turun. Nak cepat-cepat keluar dari KL. Takut jem orang balik kerja. Lebih kurang pukul 4 macam tu, kitorang balik. Akak hantar mak akak balik Bukit Beruntung.

Akak happy sebab dapat happykan dia. Selagi ada hayat di kandung badan, jomlah kita happykan mak ayah kita masing-masing, kan? Macam akak, dapat happykan mak jela. Abah dah lama meninggal. Dapat kirim doa je. Semoga rohnya tenang di sana..

Daaa… Chiow!!

Cuti Raya Cina kan lama.. 4 hari. So, macam biasa akak dan mak akak mesti balik Kuala Selangor.. Aktiviti kat kampung macam biasalah, makan tido. Pastu petang Isnin tu kitorang tengok muvie kat LFS, One Plaza Kuala Selangor. Anak buah dengan sepupu akak semua pakat tengok cite Hantu Kak Limah. Akak tak minat, so akak sorang-sorang je tengok cite Cina- Hotel Deluxe. Yang kelakonye, akak sorang je Melayu yang tengok. Yang lain, penuh dengan orang Cina la.. Huhu.. Ada aku kesah?

Ha, sebelum tengok muvie petang Isnin tu, sepupu akak dengan anak buah akak turun sungai sebab nak menangguk anak udang. Tapi dah nak dijadikan rezeki, banyak pulak dorang dapat udang galah. Udang galah sepit biru. Bawak balik lebih kurang 15 kilo! Tak percaya? Nah!!

Akak pun nak enterframe

Amacam?

Like dotter, like mother.. Mak uols mampoo pose macam mak akak?

Inilah tokei udangnye – anak buah akak A’e

Alhamdulillah, semua udang galah tu abes terjual.. Huhu..

Oh ya! Ada member akak sampai bergaduh (tipu) sebab udang ni. Bukan bergaduh ape. Saja nak konfemkan yang ni udang galah, bukan udang harimau. Walaupun rupa nampak sama, tapi berbeza sebenarnya. Perbezaan utama, udang galah dok dalam air tawar (sungai). Udang harimau pulak duduk dalam laut. Kepala udang galah besar dan keras sikit. Kepala udang harimau agak nipis. So BW, listen!! Yang ni kompem udang galah hoccay! Huhu..

Besoknya pulak (Selasa), sepupu akak iaitu mak si A’e telah menggeletek nak pegi pulak menangguk udang sendiri.. Dan hasilnya…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Lagi AMPAT KILO!! SO total dua hari dekat 20kg la.. Alhamdulillah..

Dua orang member akak pon order sekilo sorang.. Mari kita timbang..

Bungkus siap-siap

Akak pun telah meletakkan beberapa keping gamba udang kat Instgram.. Dan berjaya mendapat 18 LIKES.. Kah kah…

So, tu jela cite raya cina dan udang akak.. So, kalo bagi kaki pancing tu, mehla datang kampung akak, Kg Kuantan Kuala Selangor.. Ada berani? Untuk umpan dan sewa sampan, bolehla call sepupu akak 017-386 7376 (Kak Kiah)

Daa…