Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Anda hantu kopi? Sehari kafein tak masuk dalam badan, rasa macam ada yang tak lengkap hari anda? Kalau jawapannya ya, KITA SERUPA..KITA SERUPA…

Saya dididik untuk minum kopi sejak dari kecil lagi. Tak lain tak bukan, pengaruh mak saya. Pekat melekat, manis! Manis giler air kopi yang mak saya buat sampai boleh bahagi dua air kopi tu, pastu kita buat satu jag lagi. Bleyy??

Saya ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, saya selalu minum kopi cap ikan emas. Sepeket 30 sen harganya. Tapi sekarang, mak saya peminat Kopi Hang Tuah. Saya pun dah terikut-ikut. Kalau orang lain kata, serbuk kopi Kapal Api paling sedap, try dulu Kopi Hang Tuah. Lagi kaww!!

Tapi yang peliknya, saya tak boleh minum kopi kat kedai makan. Tak kena dengan tekak saya. Sama ada jenis kopi yang digunakan, atau kepekatan dan kemanisan kopi itu yang tak kena dengan selera saya. Sebagai ganti, saya lebih suka memesan Nescafe atau lebih tepat, kopi segera.

Kopi segera ni ada macam-macam jenama. Paling glemer, mestilah Nescafe. Selain itu, ada jenama Indo Cafe, Kopi Radix, Ali Cafe, Kopi Jantan dan macam-macam lagilah. Kalau Kopi O, saya mesti nak jenama Hang Tuah juga. Kalau kopi segera, sudah semestinya Nescafe. Indo Cafe pun layan jugak cuma rasanya lebih pahit. Ali Cafe saya tak layan sangat sebab rasa Tongkat Ali tu kuat sangat. Bila terkucil, pehh!! Bau tak hengat! Najis! Haram!! Huhu..

Berikut beberapa manfaat dari secawan minuman yang bernama kopi:-

Manfaat Kopi

  • Lapan puluh peratus orang dewasa di dunia minum kopi paling kurang sehari sekali.
  • Kafein yang terkandung di dalam kopi adalah zat kimia yang berasal daripada tanaman yang dapat menstimulasi otak dan sistem saraf. Kafein tergolong jenis alkali yang juga dikenal sebagai trimetilsantin. Selain pada kopi, kafein juga banyak ditemui di dalam minuman teh, cola, minuman tenaga (energy drink), cokelat, mahupun ubat-ubatan.
  • Kafein membantu anda untuk berfikir lebih cepat. Cubalah minum kopi atau teh 15 minit atau 30 minit sebelum anda menghadiri temuduga pekerjaan atau membuat presentation kepada boss anda. Hasilnya mungkin akan cukup baik, kerana kafein yang terdapat pada kopi atau teh terbukti mampu memberikan ’signal’ pada otak untuk lebih cepat memberi respon dan dengan pantas mengolah memori pada otak.
  • Kafein mencegah gigi berlubang. Cubalah untuk minum secawan kopi hangat atau teh hangat selepas anda makan biskut, kek coklat yang lazat, buah atau sepotong roti manis. Joe Vinson, Ph.D., dari University of Scranton menjelaskan bahawa kafein yang terdapat dalam minuman ini ternyata sangat membantu membanteras bakteria penyebab gigi berlubang.
  • Kafein mengurangkan derita sakit kepala. Kajian menemui bahawa kafein yang terdapat dalam kopi atau teh (dalam jumlah tertentu) dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Menurut Seimur Diamond, M.D., dari Chicago’s Diamond Headache Clinic, penderita migrain dalam kategori ringan dapat disembuhkan dengan secawan kopi pekat atau secawan black tea. Jadi, sebelum menggunakan ubat cubalah dulu sembuhkan sakit kepala anda dengan minuman berkafein.
  • Kafein boleh melegakan nafas penderita asma dengan cara melebarkan saluran bronkial yang menghubungkan kerongkong dengan paru-paru.
  • Kafein dapat membuat badan tidak cepat letih, boleh melakukan aktiviti fizikal lebih lama, kerana kafein membuat “bahan bakar” yang dipakai otot lebih lama.
  • Kafein boleh meningkatkan rasa riang, membuat kita merasa lebih segar dan bertenaga.
  • Perempuan yang minum dua cawan kopi atau lebih sehari dapat mengurangi risiko terkena pereputan tulang (osteoporosis).
  • Kopi dapat meningkatkan rangsangan mental dan memori kerana kopi dapat merangsang banyak daerah dalam otak yang dapat menyebabkan kita sentiasa terjaga, rangsangan, mood dan konsentrasi. Penelitian di Universiti Arizona menemui bahawa orang dewasa yang minum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibanding mereka yang minum kopi tanpa kafein.
  • Kafein dapat menangkal radikal bebas dan menghancurkan molekul yang dapat merosakkan sel DNA.
  • Kafein juga melindungi jantung dan kanser.
  • Untuk mengurangi risiko menghidap diabetes mulailah meminum kopi. Seseorang yang minum kopi lebih dari enam cawan sehari berisiko rendah diserang diabetes dibanding dengan orang yang tidak minum kopi sama sekali. Demikian kesimpulan sebuah kaji selidik skala besar yang dilakukan pada 80 ribu orang selama 18 tahun di AS.
  • Parkinson jarang ditemui pada orang yang minum kopi secara teratur. Sebuah kaji selidik mendapati penyakit ini ditemui pada lelaki yang tidak minum kopi tiga kali lebih banyak daripada lelaki penikmat kopi.
  • Minum kopi membuat sperma “berenang” lebih cepat dan mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan para ilmuwan Brazil dalam pertemuan “American Society for Reproductive Medicine” di San Antonio, yang mana pembicaraan utama berkisar pada kesan ubat-ubatan terhadap kesuburan kaum adam.

Banyak bukan manfaatnya? Jadi mengapa anda tidak mulakan hari-hari anda dengan secawan kopi? 😉

Kita selalu minum kopi, tapi tak tau secara terperinci bagaimana kopi dihasilkan, betul tak? Meh saya terangkan sikit. Menurut Wikipedia, Kopi disediakan daripada biji benih yang digoreng yang didapati dari pokok Kopi. Ia merupakan salah satu sumber utama perangsang Kafeina. Disebabkan ini, kebaikan zat dipertikaikan, kadangkala digelar penyembuh segala penyakit, kadangkala digelar ancaman kesihatan.

Kopi dituai secara meluas di negara tropika dalam ladang untuk kedua kegunaan dalaman dan dieksport kepada negara beriklim serdahana. Kopi merupakan salah satu tanaman utama dunia dan merupakan eksport utama sesetengah negara.

Jenis biji kopi

Terdapat dua spesies utama pokok Kopi;

1. Coffea arabica merupakan kopi traditional, dan dianggap lebih baik.

2. Coffea canephora (robusta) mempunyai kandungan Kafeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai untuk arabica.

Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robustas bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan espresso menggunakan Robusta digoreng garing (dark roasted ).

Salah satu variati robusta yang mahal dan luar biasa adalah Kopi Luwak, Indonesia. Biji kopi ini dikutip dari najis (Common Palm Civet), yang proses penghadamannya memberikan rasa berlainan.

Penyediaan

Pengusiaan

Walaupun tidak diketahui ramai, sesetengah kopi bertambah baik dengan masa; ia menjadi kurang berasid, rasa yang lebih sekata. Beberapa pengeluar kopi menjual biji kopi yang telah disimpan selama 3 tahun, dan terdapat beberapa kedai khusus (seperti Toko Aroma di Bandung, Indonesia) yang usia biji kopi hijau mencecah 8 tahun.

Goreng

Proses pengorengan adalah penting bagi menghasilkan secawan kopi yang berperisa. Apabila digoreng, biji kopi hijau mengembang menjadi sehingga sekali ganda saiz asal, bertukar warna dan kepadatan. Apabila biji kopi menyerap haba, warna bertukar menjadi kuning dan kemudian perang “kayu manis” lembut. Semasa pengorengan minyak kelihatan pada permukaan biji kopi. Biji kopi bertukar menjadi sehingga semakin gelap sehingga pemanasan dihentikan.

Bancuh

Kopi boleh dibancuh dengan pelbagai cara, tetapi kaedah tersebut terbahagi kepada empat kumpulan utama bergantung bagaimana air dicampur kepada serbuk kopi. Jika kaedah membabitkan air lalu hanya sekali melalui serbuk kopi, minuman terhasil; akan mengandungi kebanyakannya sebatian mudah larut (termasuk caffeine), sedangkan, sekiranya air dikitar berulang kali melalui biji kopi (sebagaimana (percolator) biasa), minuman terhasil akan mengandungi lebih banyak sebatian sukar larut yang terdapat dalam biji kopi; oleh kerana ini biasanya lebih pahit, proses ini kurang digemari oleh peminat kopi.

Kopi segera

Secawan kopi kosong.

Kopi segera dan kopi larut telah dikeringkan menjadi serbuk mudah larut atau granula (granules), yang boleh dilarutkan dengan segera dalam air panas untuk diminum. Ia berlainan dengan kopi segar dan pengilangannya disediakan dengan cara berlainan, dengan penyerapan bersungguh hampir kesemua bahan boleh larut daripada serbuk biji kopi. Proses ini sudah tentunya menghasilkan campuran sebatian yang berbeza dengan pembacuhan di rumah; terutamanya, peratusan kafein dalam kopi segera adalah rendah, dan kehadiran komponen perisa pahit yang tidak diingini. Kadang-kala biji kopi gred rendah digunakan.

——————————————————————

Mulakan hari anda dengan Nescafe (atau kopi cap Hang Tuah). 1 untuk sekarang, 1 untuk masa depan. Huhu…Daa…

Anda pernah mengalami pertambahan berat badan? Hmm, saya pasti ia suatu keadaan yang menyiksakan kan? Berat badan saya semasa sekolah menengah lebih kurang 45kg. Setelah mula bekerja, paling berat pun sekitar 47kg sahaja.

Walau bagaimanapun, lebih kurang awal tahun lepas, saya mengalami pertambahan berat badan yang agak banyak. Berat saya mencecah 59kg!! Very the anak badaks…Masa tu tensen betul. Bila berjalan, peha bergesel (banyak lemak), nak naik tangga ke tingkat 3 pon rasa dah semput. Mintak nyawa….mintak nyawa….Dagu berlapis, jeans atau skirt jadi sendat, baju pun susah nak butang dan yang paling menghangenkan lagi bila jumpa kawan-kawan, akan keluarlah dialog ni :-

~ Gemuknya ko, Ujie…
~ Besarnya lengan ko!
~ Wahhh..vontot cam Beyonce!
~ Gile kentang!!!

Huh!! Tensen tau…Pernah la jugak guna menatang Osim la, buat sit up la..tak jalan! Saya rasa badan saya naik berpunca daripada pemakanan yang tak betul dan aktiviti yang tak berapa menyihatkan. Saya makan banyak dan lepas tu asyik duduk depan komputer. Lagi-lagi kalau kena stayback kat ofis sampai pagi esoknya. Lagilah tak banyak aktiviti.

Entah macamana, lepas dah berhenti kerja sebagai pekerja yang duduk 24 jam depan komputer dan juga berkat bulan puasa tahun lepas, berat saya turun kepada 50kg dan sekarang Alhamdulillah, 50-51kg je. Berat badan ideal saya sepatutnya 53kg tapi saya rasa, 51kg ni pun dah selesa.

Sekarang saya dah tak makan banyak. Memang saya hadkan pengambilan nasi. Hiks!

Saya berharap, lepas berkahwin dan beranak pinak nanti pun badan saya tak mengembang macam belon. Ngeri siot…Saya tak menghina mereka yang berbadan comel, tapi saya sendiri memang tidak selesa.

Nak menjadi kurus, kena kuat semangat. Kena berazam dan berpantang. Mungkin juga dengan mengikuti latihan dan program yang betul, kita akan dapat bentuk tubuh badan yang kita idamkan. Ingat lagi tak seorang wanita, Mazliwati yang mempunyai berat badan lebih daripada 200kg dan kecoh juga dalam suratkhabar ketika dia meminta pertolongan untuk membantunya menurunkan berat badan. Wanita ini, bukan saja susah nak berjalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiri pun,maknya yang buat. Kesian kan?

Tetapi sekarang tidak lagi, berat badannya sudah turun sebanyak 120kg dan sekarang, hanya tinggal 88kg. Menakjubkan sebab tak sampai setahun pun. Jom kita baca kisah beliau…

Artikel berikut dipetik dari laman web News Straits Times

——————————————————

Mazliwati sheds 120kg and looks a winner


Mazliwati Md Shah cuts a slender figure now compared with the obese person she was a year ago.

KUALA LUMPUR: Just look at her now. Mazliwati Md Shah, 32, who weighed 208kg last year, now tips the scale at just 88kg.

Mazliwati, who is taking a beauty course at a private institution, now even harbours dreams of opening up a beauty salon and selling beauty products.

The biggest sacrifice she had to make to lose weight was to take rice out of her diet for about a year.

“I ate more vegetables and proteins, such as fish and chicken. I also took other food for nutrition.

“All of that was done under a doctor’s supervision. I also did some light exercises.
“My skin is firmer now and my cellulite problem is gone.

“The most visible change is my hip measurement, from 191cm to 86cm now.”

Mazliwati said her battle with the bulge was not yet over.

“My doctor suggests that I should reduce my weight further to 57kg, but I think 65kg is fine,” she added.

Mazliwati now has a social life.

“My confidence level has soared as before I only stayed at home.”

Her health has also improved with her high blood pressure, diabetes and breathing difficulty all gone.

So will she consider marriage? “I will marry but not at the moment as I would like to achieve my dream first,” she said.

——————————————————

Klik untuk baca keratan akhbar / artikel Mazliwati (Bai) :

Berita Minggu : Dulu berat badan 208 kg, kini 108 kg

Harian Metro : Derita kegemukan 10 tahun berakhir

Mingguan Wanita : Bai berjaya kurangkan 100 kg berat badan

Majalah Misteri : Keajaiban telah berlaku pada saya..