Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Tadi saya ada memekak-mekak kat Facebook pasal azam saya tahun 2012 ni adalah nak kurus! Berat gua sekarang 58kg dowh! Dulu paling berat pun pernah cecah 47kg. Tu tahun 2003 dulu la.. 8 tahun nan silam punye cerita. Hik hik. Mana nak kurus kalau hobi sekarang ialah masak dan makan?

Sape nak tengok gamba saya masa kurus dulu? Haha. Kalau uols tanak tengok pon, iols tetap nak tayang!

 

Euuwwww.. Tengok muka sendiri pon rasa nak muntah. Dengan spek separuh pipi. Kurus kering! Hitam legam. Ni rasanya lepas SPM. Tahun 1995. Membuat lawatan muhibbah ke Zoo Negara

Ni tahun 2002 kot. Alahai kurusnya haku. Kaki pun slim je. Masa ni jenjalan ke Langkawi

Ni tahun 2003. Ada Family Day kat A Famosa Water World. Rasanya berat masa ni dalam 48kg. Perut pun kempis je. Tengok jeans yang saya pakai tu. Masih terdapat ruang-ruang udara. Cuba saya pakai jeans tu sekarang. Silap-silap muat sampai betis. Nanges!

Eiiii… nak kurus macam ni balik. Masa ni vontots pun takde. Muka pon ada curve lagi. Ala-ala bujur sirih gichewww.. Hak tuih! Hak hak.. Ni tahun 2004 ke 2005 cam tula.. Kurus kan iols masa ni?

 

Marilah kita saksikan gamba last zaman kurus sebelum badan saya membesar menjadi anak badak..

 

Ni tahun 2007. Masih bekerja sebagai Programmer cabuk. Rasanya berat masa ni dalam 50kg kot. Masih ada sedikit kurus. Dapat kurus macam ni balik pon jadila.. *Matila tak bersyukur.. Kes kes..

Ok, sekarang marilah kita gelak secara berjemaah bila menengokkan Ujie Yang Gemuk pula.. Tapi gelak tu slow-slow sikit. Nanti kecik hati ahkak tau!

Ya Allah! Banyaknya daging kat peha ahkak.. Peha ke kayu balak pon aku tatau la.. Matila mengutuk diri sendirik!

Ni plak pipi dah macam pau kembang. Macam baru lepas cucuk botox pon iya. Maaakkkkkk!! Tolongggggg!!!!

Ya Allah! Ni muka bulat macam bola-bola api! Keji gilerrr!!

Abaikan daging terlebih di sana sini ittewwww… Nak buat sedut lemak boleh tak?

Bahu tebal semacam! Macam pakai pad ragbi pon iye.. Hahahaa… Cemana nak kurus ni woiiii!!???

Penat dah gelakkan saya? Gemuk kan? Beza betul dengan zaman kurus dulu.. Nama je masuk gym la apela. Kalau dah tetiap hari pagi petang siang malam bedal nasik, ape cerrr?? Eeeeiiii… Stress gilerr dengan perangai sendiri. Tapi, gemuk cemana pun, yang penting sihat, kan? Syukur, Alhamdulillah. Okla, bai.. Nak makan.. *Dasarrrrrr!!!! Hahaha

Anda pernah mengalami pertambahan berat badan? Hmm, saya pasti ia suatu keadaan yang menyiksakan kan? Berat badan saya semasa sekolah menengah lebih kurang 45kg. Setelah mula bekerja, paling berat pun sekitar 47kg sahaja.

Walau bagaimanapun, lebih kurang awal tahun lepas, saya mengalami pertambahan berat badan yang agak banyak. Berat saya mencecah 59kg!! Very the anak badaks…Masa tu tensen betul. Bila berjalan, peha bergesel (banyak lemak), nak naik tangga ke tingkat 3 pon rasa dah semput. Mintak nyawa….mintak nyawa….Dagu berlapis, jeans atau skirt jadi sendat, baju pun susah nak butang dan yang paling menghangenkan lagi bila jumpa kawan-kawan, akan keluarlah dialog ni :-

~ Gemuknya ko, Ujie…
~ Besarnya lengan ko!
~ Wahhh..vontot cam Beyonce!
~ Gile kentang!!!

Huh!! Tensen tau…Pernah la jugak guna menatang Osim la, buat sit up la..tak jalan! Saya rasa badan saya naik berpunca daripada pemakanan yang tak betul dan aktiviti yang tak berapa menyihatkan. Saya makan banyak dan lepas tu asyik duduk depan komputer. Lagi-lagi kalau kena stayback kat ofis sampai pagi esoknya. Lagilah tak banyak aktiviti.

Entah macamana, lepas dah berhenti kerja sebagai pekerja yang duduk 24 jam depan komputer dan juga berkat bulan puasa tahun lepas, berat saya turun kepada 50kg dan sekarang Alhamdulillah, 50-51kg je. Berat badan ideal saya sepatutnya 53kg tapi saya rasa, 51kg ni pun dah selesa.

Sekarang saya dah tak makan banyak. Memang saya hadkan pengambilan nasi. Hiks!

Saya berharap, lepas berkahwin dan beranak pinak nanti pun badan saya tak mengembang macam belon. Ngeri siot…Saya tak menghina mereka yang berbadan comel, tapi saya sendiri memang tidak selesa.

Nak menjadi kurus, kena kuat semangat. Kena berazam dan berpantang. Mungkin juga dengan mengikuti latihan dan program yang betul, kita akan dapat bentuk tubuh badan yang kita idamkan. Ingat lagi tak seorang wanita, Mazliwati yang mempunyai berat badan lebih daripada 200kg dan kecoh juga dalam suratkhabar ketika dia meminta pertolongan untuk membantunya menurunkan berat badan. Wanita ini, bukan saja susah nak berjalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiri pun,maknya yang buat. Kesian kan?

Tetapi sekarang tidak lagi, berat badannya sudah turun sebanyak 120kg dan sekarang, hanya tinggal 88kg. Menakjubkan sebab tak sampai setahun pun. Jom kita baca kisah beliau…

Artikel berikut dipetik dari laman web News Straits Times

——————————————————

Mazliwati sheds 120kg and looks a winner


Mazliwati Md Shah cuts a slender figure now compared with the obese person she was a year ago.

KUALA LUMPUR: Just look at her now. Mazliwati Md Shah, 32, who weighed 208kg last year, now tips the scale at just 88kg.

Mazliwati, who is taking a beauty course at a private institution, now even harbours dreams of opening up a beauty salon and selling beauty products.

The biggest sacrifice she had to make to lose weight was to take rice out of her diet for about a year.

“I ate more vegetables and proteins, such as fish and chicken. I also took other food for nutrition.

“All of that was done under a doctor’s supervision. I also did some light exercises.
“My skin is firmer now and my cellulite problem is gone.

“The most visible change is my hip measurement, from 191cm to 86cm now.”

Mazliwati said her battle with the bulge was not yet over.

“My doctor suggests that I should reduce my weight further to 57kg, but I think 65kg is fine,” she added.

Mazliwati now has a social life.

“My confidence level has soared as before I only stayed at home.”

Her health has also improved with her high blood pressure, diabetes and breathing difficulty all gone.

So will she consider marriage? “I will marry but not at the moment as I would like to achieve my dream first,” she said.

——————————————————

Klik untuk baca keratan akhbar / artikel Mazliwati (Bai) :

Berita Minggu : Dulu berat badan 208 kg, kini 108 kg

Harian Metro : Derita kegemukan 10 tahun berakhir

Mingguan Wanita : Bai berjaya kurangkan 100 kg berat badan

Majalah Misteri : Keajaiban telah berlaku pada saya..