Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Oke, sambung lagi sebelum cite akak menjadi lagi basi..Heehee..

Pagi tu, akak bukak tingkap bilik, wahhhhh!! Rasa macam gadis desa sangat. Mana taknya, bukak-bukak tingkap terus nampak sungai membiru mengalir lesu. Haa kau.. Nampak pulak lagi gunung salji berbalam-balam (betulke ayat akak ni?) kat belakang tu. Lawa hoii!!

Lepas dah amik mood, terus akak mandi dan bersiap. Maklumlah, malam tadi kan tak mandi, terus membuta. Hoho.. Lepas bersiap, terus turun breakfast. Beg semua dah siap-siap kena bawak turun. Kami tinggal satu malam je kat hotel tu sebab lepas ni nak bergerak kat tempat lain pulak.

Yang bestnya, dari cafe tempat breakfast tu, boleh tengok taman kat luar. Cantik betul. Makan pun cepat-cepat je sebab tak sabo nak amik gambar. Kah kah..

Dah makan, jom amik gamba..

Ni lobby…

Ni la rupa hotel kami…

Jom amik gamba kat taman pulak..

Dua jejaka sewel

Lepas amik gamba, akak siap-siap membuang apa-apa yang patut dulu. Malas nak naik bilik semula, akak masuk je toilet kat lobby. Sekali….

Mak datuk, toilet pun lawa.. Ko dah kenapa toilet lawa sangat macam bilik tido ni? Sume jakun lalu dalam toilet pun kitorang amik gambo. Dasar!!

Dah siap semua, lets bergerak! Tapi sebelum tu, sementara tunggu yang lain ready, sempat jugak akak usha kedai kat depan hotel tu. Kedai souvenir. Ingatkan nak beli la barang sikit kat kedai tu tapi dorang ingatkan jangan beli dulu. Nanti ada tempat lagi murah. So, akak pun kensel la membeli.

Sempat gak amik gambo dengan driver bas..

Akhirnya jam 9.30 pagi kitorang pun gerak dari hotel. Destinasi seterusnya ialah Bern. Interlaken ke Bern mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang jalan dari Interlaken ke Bern ni pun bukan main lawa. Memang tasik la sesaja..

Lawanya hoii!!

Lebih kurang pukul 10.10 pagi, sampailah kitorang di Bern. Dan akak baru tau bahawa Bern adalah ibu negara Switzerland. Mati-mati selama ni ingat Zurich sebab Zurich paling glamer. Nampak benau buta Geografi. Haha..

Ohh lupa nak bagitau, Bern ni adalah perkataan German yang bermaksud beruang. Kenapa pulak nama tempat ni beruang?

Sejarah Bern ni lebih kurang macam Melaka la jugak. Lagenda tempatan menceritakan bahawa orang yang menemui Bern ni iaitu Berchtold V, Duke of Zähringen, berikrar akan memberikan nama tempat tersebut mengikut nama binatang pertama yang ditemui semasa beliau berburu. So, binatang pertama yang dia jumpa ialah beruang atau bear atau Bern dalam bahasa German. Gitu.. Lagenda sangatz..

So, ada ke beruang kat Bern ni? Jom tengok!

Moteeep jadi beruang sarkis?

Haa.. Ni tempat beruang-beruang ni diletakkan sebelum dibina sangkar baru yang lebih besar dan elok.

Lepas tu, atas pembiayaan orang ramai, dapatlah beruang-beruang ni sangkar baru yang lagi luas dan selesa. Nama-nama penderma tu diletakkan di atas batu-bata di kaki lima jalan. Cool kan? Tak kisahlah walaupun nama theyols dipijak-pijak. Asalkan ada nama. Ko hado?

Nama-nama penderma

Bukan main besau lagi beruang-beruang ni. Kalau dihimpitnya kita, mau keluar tahik hijau!

Apa tengok-tengok? Ada hutang?

Ni mesti tak buat meni pedi ni

Bandar dorang bersih je. Takdelah nampak sampah bersepah-sepah ke ape. Pastu siap ada benda ni..

Akak rasa ni adalah plastik untuk kutip tahik hanjeng peliharaan dorang. Kotlah tengah bawak anjing tu berjalan-jalan amik angin, anjing tu terberry. So, sila kutip tahik hanjeng anda dan buang ye! Huhu..

Jom sambung amik gamba..

Oppsss!! Vavi pun ada?!

Pastu ada la sekumpulan mat saleh tu menjadi mangsa kawan-kawan akak nak bergamba. Akak tak.. Akak rileks je.. Akak tukang amik gambo..

Dah puas tengok beruang, kitorang berjalan kaki pulak ke rumah Albert Einstein. Haa.. Jangan tatau ye. Albert Einstein dok sini tau. Memang kat Bern ni, kitorang kena jalan kaki je. Dari tempat beruang tu, adalah lebih kurang setengah kilometer kot. Ke lebih. Entah. Tak terasa sangat sebab cuaca sejuk. Cer suruh jalan dari Sogo ke Masjid India. tak berkepam ketiak? Haha..

Bangunan-bangunan kat Bern ni semua bentuk bangunan lama. Design pun design lama. Air pancut kat tengah-tengah jalan pun klasik. Tenang je menengonya..

Akhirnya, selepas agak hongeh berjalan, sampailah kitorang kat rumah Albert Einstein. Tak masuk pun. Pose-pose kat luar je sudahhh.. Albert Einstein ni berketurunan Swiss-German dan membesar di sini sebelum dia lari ke USA.

Assalamualaikum Pakcik Albert. Kami datang nak raya.. *matila bagi salam pulak. Hehe

Bayaran masuk

Sape ingat formula ape ni?

Selain Albert Einstein yang kita kenali sebagai saintis dan ahli fizik terkemuka dunia, akak baru tau yang radiation juga ditemui oleh orang Swiss. Pompuan okeh. Ramai jugak saintis dari Swiss ni rupanya ye. Haa, untuk pengetahuan korang, kat Swiss, duit kertas dorang sume gamba saintis atau inventor. Takdelah bubuh gamba sultan ke, politician ke, menteri ke. Haa.. Sume yang bijak pandai je ada muka dia kat duit Swiss.

Ahlil bijaksana dan bijaksini Swiss

Dah amik gambo, jalan lagi. Kali ni kitorang berjalan menuju ke Menara Astronomical Clock pulak. Dari rumah Einstein tu tak berapa jauh. Dalam 200-300 meter camtu kot.

Haa, sampai…

Astronomical Clock ataupun Menara Zytglogge adalah mercu tanda bagi Bern yang dibina pada awal abad ke-13. Ia telah berkhidmat sebagai menara kawalan, penjara, menara jam dan memorial. Sekarang dah jadi salah satu tapak warisan budaya UNESCO.

 

Setiap komponen dalam jam tu ada fungsi dia. Ni akak curik dari Wikipedia je..

Fuh!! Puas berjalan. Abes semua tempat bersejarah kat Bern kami lawat. So, ke manakah destinasi kami seterusnya? Tunggggguuuu…..

Halohaaa… Akak dah balik dari Switzerland.. Sebelum cerita full, biasalah.. Kita kasi hightlight dulu. Ini adalah cara-cara halus untuk mengelat kalau malas nak menulis panjang lebar. Hehe..

Sekali lagi tahun ni akak berjaya meloloskan diri untuk join trip Prudential BSN Takaful. Yeay!! Selepas France & London (2011), Turki (2012), Switzerland merupakan negara ke-4 yang akak berjaya jejaki. Setiap negara ada keistimewaannya sendiri dan trip kali ni memang penuh dengan keputihan (apakah?) dan kesejukan… Ggrrrrgrgrr… Tak percaya? Jom cekidaut!

Bertolak dari KLIA pada 4 Mac jam 2 pagi. Transit di Dubai 4 jam sebelum meneruskan perjalanan dan tiba di Geneva, Switzerland pada jam 2 petang (9 malam waktu Malaysia). Nampak macam kejap kan? Takde makna. Total perjalanan campur transit 4 jam adalah 17 jam ye kawan-kawan. Walaupun hampir seharian tak mandi, tapi bila terpandangkan salji memutih di puncak Alps, terus hilang rasa letih lalu bertukar menjadi teruja. Nah!

Subahanallah!! Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan? – Surah Ar-Rahman

Lepas solat Zuhur di salah sebuah masjid di Geneva, kami dibawa melawat satu monumen terkenal di Geneva iaitu The Broken Chair.

The Broken Chair merupakan simbol bagi mangsa perang yang terkena periuk api yang mana biasanya mangsa periuk api ni hilang sebelah kaki kan. The Broken Chair ni pulak memang betul-betul dibina di hadapan bangunan  United Nations Office, Geneva.

Dah sudah tu, kami dihangkut pulak ke Jet d’Eau iaitu air pancut tertinggi yang terletak di Tasik Geneva. Tinggi air pancut ni ialah 140 meter. Memang lawa la gila! Haha…

Wooohooooo!!

Kat sekitar-sekitar air pancut ni jugak terdapat tarikan istimewa yang lain iaitu English Garden dan Floral Clock.

Floral clock yang sedang direnovate

Bestnya kalau dapat lepak ye..

Dah sudah tu, kitorang makan malam dan dibawak balik ke hotel – Suisse Majestic.

Hari kedua kami dibawak melawat kilang membuat coklat Cailler. Memang memborong habis! Kat sini je beratus-ratus hengget dihabeskan membeli cokelat. Fengsan!

Lepas kenyang makan cokelat dan makan tengahari, mohle kita mengimbau zaman silam dengan melawat istana lama – Château de Chillon yang dikelilingi oleh Tasik Geneva.

Cantik kan?

Lepas mengimbau kenangan silam, kitorang dibawak pulak melawat landmark Tasik Geneva di Vevey iaitu The Giant Fork berhadapan dengan Nestlé Alimentarium Museum.

Ko mampu makan Maggi pakai gerepu ni?

Sambil tu boleh jugak menikmati pemandangan Tasik Geneva yang mengasyikkan dengan kehadiran beburung dan itik-itik berenang-renang ke tepian. Bangau pun ada. Memang cool!


Tak jauh dari situ ada tempat pembuatan jam mewah – Lionel Meylan. Akak tengok harga sume ribu-riban. Selain jenama Lionel Meylan ni, macam biasalah. Ada Omega, Hublot, Rolex dan lain-lain jenama mewah yang tak pernah akak tau. Hiks! Nampak sangat tak mampu nak beli. Sob sob..

Ni dia peralatan segala macam skru untuk buat jam handmade

Lepas setel, makan malam dan balik ke hotel semula. Kami menginap dua malam di Suiss Majestic Hotel ni..

Nak tengok view dari balkoni bilik akak? Nah!!

Ko tak menanges tengok view macam ni pagi-pagi? Superb!

Ni pulak rupa hotel akak dari belakang..

Lepas dua hari di Geneva, tibalah hari ketiga yang ditunggu-tunggu iaitu menjejakkan kaki ke puncak Alps iaitu di Glacier 3000. Untuk ke sana, kami menaiki keretapi laju sehingga sampai ke stesen Gstaad. Kat situ ada terminal cable car untuk bawak kitorang ke puncak gunung.

Sepanjang perjalanan tu, memang yang akak nampak keputihan, keputihan dan keputihan. Haha.. Memang putih sesaja. Akak bayangkan kalau akak memang duduk sana, mau menggigil-gigil.. Tapi bila kat KL panas sikit dah komplen. Dasar tak bersyukur! Hiks..

Salji tinggi sampai rumah pun tenggelam

Lepas naik cable car, sampailah akhirnya kami ke puncak Glacier 3000. Actually, ada lagi pusat peranginan yang lain di pergunungan Swiss Alps ni bagi mereka yang nak mengalami experience dengan aktiviti salji iaitu Zermatt Matterhorn. Tapi yang kitorang pegi ni nama dia Glacier 3000. Kat puncak ni ada restoran, boleh main ski, naik kenderaan salji dan macam-macam aktiviti lain. Cabaran dia cuma kesejukan je. Kalau boleh tahan dengan kesejukan melampau, silakan join aktiviti salji yang ada. Akak memang tak tahan. Gila kau! Dahlah suhu -7. Angin pulak bukan sepoi-sepoi bahasa, ni dah macam ribut. Sampai ada lah kamera yang terbang.

Sejuk tetap jugak nak pose gediks!

Dari puncak Glacier 3000. Lawa gilzzz!! Macam dalam cite Hindustan..

Dah turun dari puncak tu, destinasi kami seterusnya yang juga menjadi tempat kami bermalam untuk malam ketiga iaitu di Interlaken. Bandar ni dinamakan sebagai Interlaken sebab ia terletak di antara dua tasik iaitu  Tasik Thun dan Tasik Brienz. On the way nak ke Interlaken tu, masing-masing tido sebab kepenatan main-main kat atas Glacier 3000 tu. Sedar-sedar je dah sampai. Tapi sempatlah akak snap beberapa gambar sepanjang perjalanan tu sebelum rebah dan tewas melawan rasa mengantuk. Huhu..

Tengok je dah sejuk. Apatah lagi nak duduk dalam tu..

Di Interlaken, kami diraikan dengan Gala Dinner dan malam penyampaian sijil serta hadiah. Lepas makan malam, terus balik hotel.

Ni pulak pemandangan dari tingkap bilik hotel akak di Interlaken.

Sungai dia bukan main bersih laa..

Siangnya tu (hari keempat), kami check out dan terus menuju ke satu lagi bandar di Switzerland iaitu Bern. Kat bawah ni salah satu pemandangan yang akak amik dalam perjalanan ke Bern. Tasik sesaja…

Akhirnya sampailah ke Bern. Bern adalah perkataan German yang bermaksud Bear atau beruang. Sebelum ni akak ingat ibu negeri Switzerland ialah Zurich. Salah rupanya. Ibu negeri Switzerland ialah Bern okeh. Kat sinilah terletaknya bangunan-bangunan kerajaan dan pusat pemerintahan dorang.

Oleh kerana nama Bern ni adalah bermaksud beruang, jadi mana beruangnya? Ada uols.. Ni dia..

Gemuk dan montel. Kalau kena hempap, memang tak syak lagi akan Innalillah..

Kat Bern ni, kami kena jalan kaki je. Walking tour gitu.. Memula melawat rumah yang pernah didiami oleh Albert Einstein. Ala, saintis terkenal tu.

Dah sudah tu, berjalan kaki lagi sampai ke Zytglogge atau Astronomical Clock Tower.

Dah amik gamba kat sini, berjalan lagilah kami ke restoran untuk makan tengahari. Setel makan tengahari, kami dibawak pulak ke destinasi berikutnya iaitu Lucern. Kat Lucern, kami melawat Lion Monument.

Nampak tak muka singa tu macam sedih? Ada cerita di sebaliknya. Tungguuuu…

Kat Lucern ni, kami dibiarkan selama lebih kurang 2 jam untuk bershopping. Kalau terlepas untuk bershopping souvenir kat Lucern, alamatnya gigit jarilah sebab lepas ni akan terus ke Zurich. Kalau dah kat Lucern (bukan bandar besar) pun souvenir sampai 20-30 hengget sebijik, kat Zurich sendiri mau ingat. Har har har haramzadahey!

Dah pokai di Lucern, terus kitorang bergerak ke Zurich. Masuk je Zurich, memang kena mengadap traffic jam. Dengan orang balik kerjanya. Dengan kereta banyaknya. Sabo jelah. Sampai ke restoran untuk makan malam pun dah agak lewat. Di Zurich kami menginap di Swissotel Zurich. Memang mewah!

Di Zurich, pada hari kelima, ada satu lagi tempat yang ditunggu-tunggu untuk dilawati iaitu The Rhine Falls. Air terjun terbesar di Eropah.

Nantikan gamba-gambar poyo seterusnya.. Huhu..

Sebelah petang, kami diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri. Ada yang amik train untuk ke bandar. Akak naik tour bus je. Jimat. Haha.. Kami dibawa ke tengah-tengah bandar Zurich. Kat sini menempatkan semua gedung-gedung mewah macam Rolex dan jenama-jenama terkenal yang lain. Kat sini jugak ada bank Switzerland terkenal iaitu Credit Suisse dan UBS. Orang ada-ada je simpan duit kat sini.

Besoknya hari last di Zurich sebelum balik KL, lepas sarapan akak jenjalan kat pasar tani (sukati je bagi nama) kat tepi hotel tu. Meriah. Sayur-sayur dan buah-buahan bermacam bentuk. Bunga-bunga segar. Ayam babi sume ada. Ikan je akak tak nampak. Haha..

Kami check out lebih kurang jam 11 pagi. Terus bergerak ke airport dan sampai KL petang Ahad 10 Mac.

So, ni dulu point-point penting yang akak akan ceritakan di entry seterusnya. Bila tu? Wallahua’lam. Geggegee.. Doakan akak rajin. Vavai…