Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Selepas Subuh tadi, saya menerima panggilan dari seseorang. Nun…Jauh dari tanah Mahsuri, Langkawi. Encik Azam atau panggilannya Adam merupakan seorang berketurunan Bengkulu yang sekarang berkhidmat sebagai anggota polis di Langkawi. Ibunya memang berasal dari Bengkulu dan datang ke Malaysia pada awal tahun 1920an. Mereka menetap di salah sebuah penempatan kaum Bengkulu iaitu Behrang (sila rujuk entry ini). Beliau juga mempunyai ramai saudara mara di Sungai Choh iaitu penempatan terbesar masyarakat Bengkulu di Malaysia (kampung sayalah tu..:D)

Untuk pengetahuan pembaca, Encik Adam bukanlah orang pertama seketurunan dengan saya yang menelefon dan berbual-bual dengan saya. Sebelum ini, kalau boleh saya sebut beberapa nama – Encik Zam dari Shah Alam, Encik Haris dari Kedah, Encik Muslim dari Pahang, Kak Azura dari Subang Jaya, Kak Faridah dari Perlis (berkahwin dengan suaminya yang berketurunan Bengkulu) dan beberapa orang lagi. Terima kasih kepada abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik yang sudi menghubungi saya. πŸ˜‰ Mereka akan berbual-bual menggunakan dialek Bengkulu dan kadang-kadang saya pulak tercakap Bahasa Rawang. Haha..Yak, aku kak bukan pacak ige, dikit-dikit te bolelah (Terjemahan : Saya ni bukan pandai sangat, sikit-sikit bolehla)

Seperti yang saya nyatakan dalam entry Aku Anak Bengkulu sebelum ini, saya memang berbangga mempunyai darah berketurunan Bengkulu sepertimana seseorang yang bangga sekiranya dia keturunan Mat Saleh, Pak Arab dan sebagainya. Bangga di sini bukanlah bermaksud riak ke ape, tapi entah ye. Tatau nak cakap cemana. Kalau dulu masa kecik-kecik, saya dengar abah, pakcik makcik saya, datuk nenek saya bercakap dalam dialek Bengkulu, ye saya tau lah yang saya orang Bengkulu. Tapi perasaan tu sampai di situ sahaja. Mungkin sebab masih budak-budak. Tapi bila dah besar (dan juga gemuk..huhu), saya tak sangka yang saya akan menulis tentang keturunan kami (walaupun tak lengkap) dan dihargai pula oleh pembaca lain yang berketurunan Bengkulu juga.

Terima kasih sangat-sangat kepada kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik berketurunan Bengkulu atau yang berkahwin dengan orang Bengkulu, yang sudi menelefon/SMS berbual-bual dengan saya. Terharu gitu. Hehe. Bila saya tanye, anak-anak mata sepet tak? Kebanyakannya menyatakan perkara yang serupa. Nasiblah korang-korang yang kawen dengan orang Bengkulu. Merasalah mata anak sepet-sepet. Kuat genetik mata sepet ni rupanya. Haha!

Okeh, teruskan bertamu di sini. InsyaAllah, mana yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk, tanggung sendiri. Haha..

p/s : Encik Azam ada meminta resipi membuat kuih Tat Bengkulu. Balik kampung nanti nak mintak dengan mak lah. πŸ™‚

Sedang saya surf Internet, tiba-tiba saya dapat panggilan dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Kalau tak salah pendengaran saya, Zam namanya (Maaf ‘Encik Zam’, kalau silap).

Dialog di bawah menggunakan dialek Bengkulu.

Encik Zam : Sape kak? Sape name nga?
Alihbahasa : Siapa ni? Siapa nama kau?

Saya : Ikak Ujie
Alihbahasa : Ini Ujie

Encik Zam : Saje bae..Bai bace blog nga
Alihbahasa : Saja-saja..Baru baca blog kau

…Dan seterusnya perbualan kami yang lain menggunakan Bahasa Bengkulu..Untuk pengetahuan pembaca, perkataan seperti “sape“, “saje“, “name” adalah menggunakan ‘e’ pepet..

Encik Zam berketurunan Bengkulu juga tetapi sekarang menetap di Shah Alam. Cuma saudara-maranya ramai di Sungai Choh. Keturunan Bengkulu, seperti juga Jawa, Banjar, Bugis merupakan keturunan yang berasal dari Indonesia. Cuma taburan etnik kami tidaklah seramai kaum Jawa, Banjar dan sebagainya. Di Malaysia, penempatan etnik Bengkulu paling popular dan paling ramai adalah di Kampung Sungai Choh, Behrang dan Gemas.

Menurut laman web Persatuan Bengkulu Malaysia, perkataan BENGKULU berasal dari BANGKA HULU yang bererti PINANG HULU (pinang yang hanyut dari hulu sungai). Ia adalah sebuah Provinsi di Selatan Sumatera, Indonesia yang telah dibentuk pada 18 November 1968 dan penduduknya menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) Provinsi Bengkulu pada 18 November setiap tahun.

Dari daerah inilah nenek moyang kami berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu (atau Malaya ketika itu). Tumpuan mereka ialah di Selangor yang mereka kenali dengan nama Klang. Kapal layar (perahu bercadik) dari Bengkulu berlabuh di pelabuhan Klang yang di beri nama Port Swettenham semasa zaman penjajah British. Penghijrahan orang Bengkulu ke Malaya bermula pada tahun 1890an dan awal tahun 1900an iaitu semasa Bengkulu di bawah jajahan Belanda.

Tempat yang diterokai ialah di Kampung Sungai Chu (sekarang Sungai Choh) di daerah Hulu Selangor, di Sungai Pagi, Behrang, di Sungai Merab, Sungai Kembong dan kemudian ke Gemas, Negeri Sembilan. Walaupun Gemas merupakan tempat terakhir didatangi oleh orang Bengkulu namun disini sajalah mereka memberi nama Kampung Bengkulu kepada kampung mereka hingga kini.

Masa berlalu dan ramai orang Bengkulu berkahwin campur dengan suku kaum lain seperti Jawa, Minangkabau, Bugis dan lain-lain lagi; terutama selepas Perang Dunia Kedua. Ini mengakibatkan penghijrahan anak-anak Bengkulu ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka tahu dan tetap mengenang asal keturunan mereka.

Suatu ketika dahulu, Majalah 3 pernah membuat liputan mengenai keturunan Bengkulu di Malaysia. Tak salah saya tahun 2000, begitulah. Masa tu, glamer lah kejap Kampung Sungai Choh. Hiks! Dalam liputan tersebut, diceritakan tentang ciri-ciri keturunan Bengkulu yang bermata sepet seperti Cina, berkulit cerah dan berhidung mancung. Yang lekat pada saya, SEPET sahaja. Berkulit cerah dan berhidung mancung tak sangkut siot. Haha. Ni mesti ikut mak saya yang berketurunan Minang + Bugis Kuala Selangor. Oh ya! Saya berketurunan Bengkulu dari sebelah arwah bapa saya.

Selain mempunyai bahasa tersendiri, kaum Bengkulu juga mempunyai makanan popular iaitu Tat Bengkulu, Ocong-ocong dan Bebotok.

Kuih Tat Bengkulu yang dibuat oleh mak saya. Hazab nak masak kuih ni..Phew!



Gambar ocong-ocong yang dicurik dari web lain



Gambar bebotok ini juga dicurik dari web lain



Terdapat juga individu-individu yang agak dikenali berketurunan Bengkulu seperti Erra Fazira, Ustaz Ismail Kamus dan Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (orang kuat bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad b. Mohd Taib). So, walaupun etnik Bengkulu seco’et je, tapi glam la jugak. Haha.

Oklah, cukuplah setakat ni dulu. Bacaan lain tentang keturunan Bengkulu bolehla tengok di bawah ni:-

Persatuan Bengkulu Malaysia

Anak Bengkulu