Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Selepas Subuh tadi, saya menerima panggilan dari seseorang. Nun…Jauh dari tanah Mahsuri, Langkawi. Encik Azam atau panggilannya Adam merupakan seorang berketurunan Bengkulu yang sekarang berkhidmat sebagai anggota polis di Langkawi. Ibunya memang berasal dari Bengkulu dan datang ke Malaysia pada awal tahun 1920an. Mereka menetap di salah sebuah penempatan kaum Bengkulu iaitu Behrang (sila rujuk entry ini). Beliau juga mempunyai ramai saudara mara di Sungai Choh iaitu penempatan terbesar masyarakat Bengkulu di Malaysia (kampung sayalah tu..:D)

Untuk pengetahuan pembaca, Encik Adam bukanlah orang pertama seketurunan dengan saya yang menelefon dan berbual-bual dengan saya. Sebelum ini, kalau boleh saya sebut beberapa nama – Encik Zam dari Shah Alam, Encik Haris dari Kedah, Encik Muslim dari Pahang, Kak Azura dari Subang Jaya, Kak Faridah dari Perlis (berkahwin dengan suaminya yang berketurunan Bengkulu) dan beberapa orang lagi. Terima kasih kepada abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik yang sudi menghubungi saya. 😉 Mereka akan berbual-bual menggunakan dialek Bengkulu dan kadang-kadang saya pulak tercakap Bahasa Rawang. Haha..Yak, aku kak bukan pacak ige, dikit-dikit te bolelah (Terjemahan : Saya ni bukan pandai sangat, sikit-sikit bolehla)

Seperti yang saya nyatakan dalam entry Aku Anak Bengkulu sebelum ini, saya memang berbangga mempunyai darah berketurunan Bengkulu sepertimana seseorang yang bangga sekiranya dia keturunan Mat Saleh, Pak Arab dan sebagainya. Bangga di sini bukanlah bermaksud riak ke ape, tapi entah ye. Tatau nak cakap cemana. Kalau dulu masa kecik-kecik, saya dengar abah, pakcik makcik saya, datuk nenek saya bercakap dalam dialek Bengkulu, ye saya tau lah yang saya orang Bengkulu. Tapi perasaan tu sampai di situ sahaja. Mungkin sebab masih budak-budak. Tapi bila dah besar (dan juga gemuk..huhu), saya tak sangka yang saya akan menulis tentang keturunan kami (walaupun tak lengkap) dan dihargai pula oleh pembaca lain yang berketurunan Bengkulu juga.

Terima kasih sangat-sangat kepada kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik berketurunan Bengkulu atau yang berkahwin dengan orang Bengkulu, yang sudi menelefon/SMS berbual-bual dengan saya. Terharu gitu. Hehe. Bila saya tanye, anak-anak mata sepet tak? Kebanyakannya menyatakan perkara yang serupa. Nasiblah korang-korang yang kawen dengan orang Bengkulu. Merasalah mata anak sepet-sepet. Kuat genetik mata sepet ni rupanya. Haha!

Okeh, teruskan bertamu di sini. InsyaAllah, mana yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk, tanggung sendiri. Haha..

p/s : Encik Azam ada meminta resipi membuat kuih Tat Bengkulu. Balik kampung nanti nak mintak dengan mak lah. 🙂

11 Comments

  1. aunian
    3:44 pm on August 14th, 2010

    Assalamualaikum Uji,

    Nido bezo antara sepet dgn mate terbeliak…..janji bengkulu….hehehe. Buliah nido kite buat glossary bahasa bengkulu lamo2 dptla kite susun.Masa keciiak2 dulu selalu didengar emak2 ngicek” anak kelawai anak muanai” ade sesape leh elaborate? Aku rase uji pun leh buat cerpen bengkulu guna title tu kan.Senang bae…buat cd perbualan bengkulu atau buat cerpen bengkulu pun dah buliah bantu kito lestarikan bahasa bengkulu….alun2.

  2. aunian
    3:53 pm on August 14th, 2010

    amun: kalau
    kelokudai: nanti dulu
    arok:cari
    pedioparo: ape-ape ajer

    tu sbgai permulaan.Samada serawai atau bulang boleh share n tmbh perbendaharaan bahsa bonde kite.ajak2la sedaro maro kongsi supaya cpt di himpunkan hasil2 yg dterima.

  3. fey
    2:57 pm on June 4th, 2011

    hai sis.blogger,..
    nak tanye,kturunan bengkulu is that a race in malaysia or org dari tmpt name ,bengkulu(indonesia)? coz if it bengkulu,indon, nk tahu bhasa die camner je..:)

  4. Ujie
    10:14 am on June 6th, 2011

    Yup,datuk nenek kitorang dtg dr bangkahulu indonesia. So, skrg ada sebahagian bermastautin kat sungai choh, ade kat behrang..ada kat gemas. Nak cakap type of race pun boleh gak kot sbb macam orang jawa, asalnye mestilah dr kepulauan jawa kan.. Cam tu le..:-)

  5. Farhana
    12:21 pm on May 7th, 2012

    Assalamualaikum..Kak Ujie.. Salam kenal dari sedaro di gemas..

    Banggo nian rasonyo bilo ado anak bengkulu yang nulis pasal bengkulu ni..
    Sekedar berkongsi : aunian , nenek ko ngecek maksud anak kelawai anak muanai tu anak perempuan & anak lelaki.. biasonyo kalau tengah marah, org tuo dulu2 slalu ngecek lok itu.. =)

  6. Anna
    3:24 am on August 25th, 2012

    Arwah nenek saya keturunan bengkulu and memang dia dilahirkan dekat sana n keluarga dia pindah behrang masa dia kecik lagi. keluarga kami ada salasilah keluarga yang ditampal kat dinding rumah arwah ni. just nak tau, semua yang keturunan bengkulu memang ada salasilah keluarga ke?

  7. Ujie
    6:59 am on August 25th, 2012

    Tak sure yg tu. tp beruntunglah anna ada salasilah keluarga. At least boleh tau susur galur. Mcm saya, takde pulak nampak tampal gamba ke ape kat rumah nenek tu. tp kalau rajin maybr boleh buat kajian sendiri. Pegi sendiri ke bengkulu ke.. Pakcik saya pernah sampai ke bengkulu. Mungkin ada saudara mara kami yg masih hidup tinggal kat sana.

    Btw Anna,

    Nga pacak kècèk bengkulu diyè? Hehhe

  8. maimunah bt mohd amin
    12:23 pm on September 3rd, 2012

    Aslmkm Uji, kakak ni anak bengkulu, asal dari Sg. Merab,Kajang,Selangor. Setahu akak ado sadaro maro kat Sg. Choh, nenek sebelah mak asal dr Sg. Choh. Bila tengok muko uji mcm anak2 nenek umi yang jugo asal dari sana,mungkin sedaro rapat ngan Uji. Harap dpt bekenalan lbh rapat.

  9. eykin
    3:25 pm on September 6th, 2012

    salam .. saya pon salah sorg anak bengkulu .. mak pnya kg dkt sg merab dalam …

  10. pencinta agung
    11:25 am on March 28th, 2013

    Asslamualaikum kak ujie, saya nak minta kak ujii buatkan mini kamus untuk belajar/pelajari bahasa bengkulu..Saya ni cucu bengkulu tapi satu apa pon tak pandai..sangat nak belajar bahasa bengkulu ni..Kampung nenek kat sungai choh,tapi dah lama sangat tak balik sana..minta jasa baik akk atau sesiapa yang boleh terbitkan kamus mini tu..Kalu dapat bahasa komunikasi la..Search dalam gugel ada..tapi tu tak tahula sama dengan bahasa sg.choh atau ada dialek dia..tolong ye kak ujie.kalu tak buatkan segmen Belaja bahasa bengkulu ke..tq..:)

  11. Ujie
    7:28 am on April 6th, 2013

    InsyaAllah. Doakan