Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

UPDATED 28 MAC : Rakan saya, Dekda forward gambar mayat perempuan yang digantung tu ke HP saya. Seram jugak bila tengok. Rambut menutup muka. Bercoli putih dan berseluar dalam hitam. Nak letak gambar tu kat sini, takut timbul isu berbangkit pulak..

———————————————–

Semalam, mak saya call saya pagi-pagi. Bergossip..

“Dik, semalam mak lupa nak bagitau, ada orang kena bunuh kat Sungai Choh. Mayat dia kena gantung kat pokok. Ala, depan rumah Cikgu Zainiah lama tu. Yang semak samun tu.”

Terkejut saya dibuatnya. Sebab lokasi pembunuhan tu memang tempat saya dan kawan-kawan saya, masa kecik-kecik dulu main nyorok-nyorok. Masak-masak. Nauzubillah. Nampaknya kampung saya dah tak selamat lagi. Isk.

Mungkin anda semua pun ada baca suratkhabar atau tengok TV pasal kes pembunuhan tu. Mula-mula polis suspek, mangsa dirogol dan dibunuh, tapi suratkhabar hari ini pula mengatakan mangsa tidak dirogol. Erm, dan mangsa pun tak dikenali. Mungkin warga asing, Indonesia. Berita lanjut di sini -> Kejam! Kejam! Kejam!

Suspek belum diketahui lagi sama ada penduduk kampung saya sendiri atau orang luar. Menurut kawan saya, Dekda yang tinggal selang satu rumah dari tempat kejadian beliau boleh nampak pokok tempat mayat digantung tu dari beranda rumahnya. Seram juga rasanya. Aiyyokk!! Dekda…Huhu…Menurut Dekda lagi, adik iparnya merupakan orang kedua yang nampak mayat tersebut tergantung, selepas saksi pertama, mekanik tu. Pada pagi itu, adik ipar Dekda baru pulang dari Perodua.

Walau apa pun, saya berdoa agar keluarga saya dan kawan-kawan saya terlindung daripada perkara-perkara kejahatan ni. Amin…