Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ohooooohoiii!! Korang mesti dah selalu pegi KL Tower (Menara KL) kan? Kalau orang lain dah biasa naik KL Tower, semalam barulah first time akak menjejakkan kaki kat situ. Eh ekceli kali kedua. KL Tower memang akak pernah pegi. Tapi kat dataran dia je. Tahun 2005. Masa tu tengok konsert kumpulan Dewa. Cuma naik atas KL Tower tu yang first time. Lunch kat situ dengan group MDRT training.

Kitorang gerak dari opis Wangsa Maju lebih kurang kul 1. Dalam 20 minit sampai. Memang ngam-ngam waktu lunch. Lunch buffet dia start pukul 12-3 petang kot. Harga buffet sekali dengan caj naik menara tu ialah RM88. Sekali sekala bolehlah. Kalo tetiap hari, tokey kelapa sawit pon gulung tikar. Hehe.. Tapi akak ingat lepas ni nak bawak mak akak la. Mesti dia suka pose-pose amik gamba atas tu..

Cakap banyak pon tak guna. Marilah menyaksikan kejakunan akak kat atas sana..

20130314-235200.jpg

20130314-235356.jpg

20130314-235427.jpg

20130314-235440.jpg

Sewel! Amik gamba dalam lif. Hhuhu..
20130314-235459.jpg

20130314-235528.jpg

KLCC dari KL Tower. Bukan henpon akak yang problem. Memang KL berdebu dan berjerebu semalam..
20130314-235605.jpg

20130314-235511.jpg

Di antara spread buffet yang ada.. Sume lazatzzz sekali..
20130314-235619.jpg

20130314-235635.jpg

20130314-235710.jpg

20130314-235553.jpg

20130314-235649.jpg

20130314-235659.jpg

20130314-235804.jpg

Kat atas tu, kalo sesapa yang gayat memang seram jugaklah. Sebab cermin dia memang boleh nampak view kat luar dengan bawah sekali. Dah la berpusing. Ada gak member yang pening-pening. Oleh kerana akak menumpukan perhatian kepada makanan, so akak tak rasa pening. Haha. Dasarr!!

20130315-003221.jpg

Lawa lampu dia..20130314-235851.jpg

Da nak balik dahhh..
20130314-235900.jpg

Overall, makanan kat sini sume sedap-sedap belaka. Tapi disebabkan akak tidak berperut stokin, so makan sikit pon dah kenyang. Sape yang memang boleh sumbat banyak, memang berbaloi-baloi makan kat sini. Kalo tak sempat lunch, boleh jugak amik pakej hi-tea – RM68 nett atau dinner – RM198 nett. Sekali sekala meraikan orang tersayang, apa salahnya kan? Nak tau lebih lanjut, boleh godek kat sini Atmosphere 360.

Sedikit info tentang Menara KL yang akak cilok dari Wikipedia..

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dimulakan pembinaannya pada tahun 1991 dan telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.

Ok daaa..

Haloooo.. Walaupun dah berjanji dengan seseorang nak upkan entry ni minggu lepas, akak telah memungkiri janji ittew.. Nape ntah liat betul jejari gemok ni nak menaip. So, inilah dia…

Aku sudah tidak percaya padamu lagi. Lebih baik engkau segera angkat kaki..

Gituuu.. Masuk-masuk je tarik key lagu dangdut Sheeda..

Sebenarnya akak dengan beberapa orang kawan ada meeting kat Janda Baik ni. Masa memula organizer bagitau meetingnya dibuat kat Janda Baik, akak ingat kat tempat biasa PruBSN selalu buat training tu. Ada sungai, ada camp site tu. Rupa-rupanya bukan kat situ. Tapi nunnnnnnn kat atas puncak paling tinggi (akak rasa lah)Janda Baik. Tak sangka rupanya ada banglo mewah kat atas sana..

Jalan nak naik ke sana boleh tahan scary. Kalau keta akak, rasanya macam keluar asap kot. Haha.. Agak curam nak naik. Bila nak turun tu memang kena free gear. Jaga brek je. Haa ngeri tak?

By the way, bila sampai kat atas tu, wahhhhh pemandangannya cantik sangat. Saujana mata memandang dengan bukit-bukit hijau. Nampak kebun-kebun sayur. Awan gemawan dan langit membiru. Cewah!

Ohh lupa. Nama tempat tu ialah Saufiville Janda Baik. Bila akak Google, rupanya dulu banglo ni dijadikan istana hinggap oleh pemiliknya tapi sekarang dia dah komersilkan jadi resort untuk disewa. Harga satu banglo dan harga bilik-bilik kejap lagi akak canangkan.

Kami bergerak dari ofis PruBSN Wangsa Maju dalam pukul 12.30 tengahari. Sampai sana lebih kurang 1.30 petang. Tujuannya nak makan sambil nak meeting. Kellass kau Jah! Sampai-sampai je terus order. Oleh kerana kita order baru dia masak, so amik masa jugaklah nak siapkan. Apa lagi. kenalah amik gambo dulu. Heehee..

Now, sila tengok gamba dulu oke..

Tantek kan?

Bukit menghijau

Lagi..

Lepak dulu

Air je yang baru sampai..

Cepatlah. Dah lapo ni

Akhirnya makanan pun sampai. Sorry, disebabkan lapar, gamba tengah makan tak sempat amik. Haha.. Harga makanan, standard restoran mewah (kot?!). Akak amik nasik goreng seafood RM16.90. Nasik goreng kampung dengan ayam RM19.90. Nescafe panas RM5 camtu. Tempat makannya kat beranda banglo tu je. Menghadap swimming pool dan taman. Memang layannnn!!!

Lepas makan, barulah kami start meeting. Sejam lebih jugaklah. Lepas meeting makan lagi. Kali ni kitorang order cekodok pisang dengan cucur sayur pulak. So sebenarnya agenda kat sini agenda makan je. Meeting tu sebagai sampingan. Kah kah!

Lepas dah makan dan meeting, barulah akak berjalan-jalan dalam banglo tu jenguk-jenguk bilik yang ada. Ada 6 bilik. Setiap bilik berharga RM260-350 satu malam (weekdays) dan RM360-450 satu malam (weekends). Nak tengok apa rupa biliknya? Jom!

Bestnya tido

Boleh terjun swimming pool terus

Ni bilik paling besar

Bilik air

Bath tub

Jom tengok luar rumah pulak..

Agak buruk. Wakakka..

Fragrant Garden

Pemandangan jalan masuk dari banglo

Sebelum balik tu, sempatlah kami amik gamba ramai-ramai..

Sebelum lupa, rate bilik ya..

Ni pulak website rasmi dia Saufiville

Ok daaa…