Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Besok hari Ahad, makcik saya akan melangsungkan perkahwinan anak lelaki dia. So, saya ditugaskan untuk membuat Puding Triffle untuk meja pengantin. Dah baper bulan dah dia pesan supaya bila dekat-dekat nak sampai hari majlis tu, datang rumah dia untuk buatkan triffle tu. So, petang semalam saya dengan sorang member pegilah umah makcik saya kat Padang Jawa.

Sebelum pegi umah dia, saya dah siap-siap dulu beli bahan-bahan untuk buat triffle tu kat Tesco. So, bila sampai je rumah dia, saya mula sinsing lengan buatkan triffle tu. Oleh kerana nak membuat triffle (part kastard dia) ni sedikit hazab, saya dan member saya pun bergilir-gilir mengacau kastard tu selama 1 jam! Sabo jela..

Ni lah hasil dia..

Menggiurkan tak?

15 cawan triffle

Sebelum ni saya pernah tepek resepi nak buat triffle ni. Takpe, saya tepek lagi sekali.. Ni yang lama punye sebab semalam masa buat tu, saya tak sempat nak amik-amik gambo.. Nah!

Bahan-bahan

1. Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)

2. Tepung kastard (Bird’s Custard)

3. 1 tin susu cair Ideal

4. Jelly Nona – carik yang strawberry atau raspberry. Baru lawa kaler merah

5. Cocktail campuran

6. Gula

7. Air

Cara-cara nak buat

1. Potong kek gulung kepada 12 bahagian.

2. Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).

3. Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.

4. Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.

5. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.

6. Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.

7. Kacau campuran tadi sampai larut.

8. Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit.

9. Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, saya sampai bawak kerusi duduk tepi dapur. Lenguh siot tangan nak mengacaunya.

10. Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.

11. Biarkan sejuk selama 10 minit.

12. Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.

 

13. Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.

14. Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.

15. Sejukkan dalam peti sejuk.

16. Sendiri pikirla. Mustilah MAKAN TIME. Sedap makan masa sejuk.


Trifle yang saya letakkan dalam bekas kecik sesuai untuk dimakan sekali ngap sahaja!

Selamat mencuba!

 

Haha! Saya baru balik dari Padang Jawa. Menjadi Cikgu Norkiah Hanum. Cikgu kelas masak-memasak macam dalam cerita Masam-masam Manis. Hiks!

Sebenarnya saya dijemput oleh makcik saya untuk mengajar sekumpulan surirumah untuk membuat Triffle. Biasanya setiap hari Selasa, mereka akan berkumpul di Tadika Padang Jawa untuk kelas memasak. Dalam sebulan tu, 2 kali mereka akan diajar oleh seorang guru yang didatangkan dari KEMAS dan lagi 2 kali tu, pandai-pandailah mereka nak jemput sesiapa. Takpun, di antara mereka juga kadang-kadang yang jadi cikgu. Kongsi-kongsi resipi kata orang.

Kelas memasak tadi bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Anak murid saya semuanya 13 orang tadi. Sorang satu saya bagi salinan resipi. Senang kalau mereka nak buat sendiri nanti.

resipi
Salinan resipi

Bahan-bahan untuk membuat triffle, saya dah beli siap-siap di Giant Kotadem. Mujur periuk belanga, senduk, sudu, dapur masak semua dah tersedia di Tadika tersebut. Jadi senang kerja. Yang bestnya lagi, saya tunjuk sikit-sikit je. Makcik-makcik tu lah yang bergilir-gilir mengacau kastard – part yang paling menyeksakan. Huhu. Lenguh weii. 4 orang makcik-makcik bergilir-gilir pass senduk. Huhu..

Setelah bertungkus-lumus selama sejam, akhirnya siap jugak. Dan terima kasih juga kepada peti ais yang ada kat dalam Tadika tu. Kira complete macam rumahlah. Senang nak sejukkan triffle. Bila dah sejuk, makcik-makcik tu bawak balik sorang sikit. Triffle tu kan lembut, so, korek pakai senduk dan masukkan dalam plastik. Belasah jelah, janji sorang sikit dapat merasa. Sorry, takda gambar sebab henpon saya kong plak. Tensen siut!!

Dan yang paling best, tetiba saya dapat upah! Haha! Ingatkan tolong ajar gitu-gitu aje. Tak sangka pulak ada saguhati. Blehla, kaver duit minyak.

Ye, saya jadi Cikgu Norkiah. Cikgu kelas masak-memasak. Bukan pompan kabaret yang menyanyi di Copa Cabana Nite Club, ok..Huhu…