Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haloooo.. Bertemu lagi kita di Cappadocia bagi menyambung kisah daripada episod sebelum ini di entry Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari I Part II.

Seperti yang tercatat dalam buku itenerary, aktiviti kami di Cappadocia untuk hari kedua ialah naik hot air ballon (belon udara panas). Seawal 6 pagi lagi kami dikehendaki berkumpul di depan hotel sebab van dari syarikat Hot Air Ballon akan datang amik kitorang. Tak silap saya ada 6 buah van semuanya yang disediakan untuk mengangkut kami seramai 94 orang ni. Pagi-pagi buta tu sempatla amik gambo depan bilik dan sekitar hotel.

Depan bilik. Masih bersalji. Sejoooookkk

Salji menimbun

Kucing badan putih, ekor hitam. Ngam-ngam pulak tu ekor dia kaler itam.. Kiut!

Dilek Kaya Hotel & Burcu Kaya Hotel

Aksi wajib!

Syarikat yang kami gunakan ialah Kapadokya Ballons.

Van Kapadokya Ballons

Bila van sampai, nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk dikumpulkan mengikut kumpulan. Kumpulan ini akan naik van yang sama dan bakul belon yang sama juga. Satu van boleh memuatkan lebih kurang 16 orang penumpang.

Masing-masing tengah tunggu nama dipanggil

Perjalanan dari hotel je stesen hot air ballon mengambil masa lebih kurang 15 minit. Bila sampai je kat stesen untuk naik belon tu, perasaan saya sangat teruja melihat belon-belon besar kat situ. Ada yang masih di atas tanah dan ada juga yang dah terbang megah di udara. Sape yang naik pagi-pagi, untunglah dapat tengok sunrise.

Belon yang sedia untuk diterbangkan

Akhirnya kami diarahkan supaya masuk ke dalam bakul masing-masing mengikut kumpulan. Setiap bakul boleh memuatkan 16-20 orang. Bakul dibahagikan kepada 3 bahagian. Kiri dan kanan merupakan bahagian untuk memuatkan penumpang manakala bahagian tengah adalah ruang untuk pilot dan tong gas khas. Jangan ngeri plak bila dengar ada tong gas. InsyaAllah selamat. Hehe..

Memanjat masuk bakul

Pilot tengah cek apa-apa yang patut

Masa nak naik tu, kena panjat bakul tu sambil tetonggeng-tonggeng nak masuk dalam bakul. Mujur ada yang membantu. Akak berat dek. Susah nak angkat badan sendiri. Haha..

Lepas masing-masing dah masuk dalam bakul, bermulalah acara mengamik gamba. Belum terbang lagi masa tu. Tetap jugak nak pose-pose. Masa tu dah terasa bahang api yang membakar kat atas kepala.

Pose sket

Semua sebok amik posisi terbaek

Bila pilot menarik injap untuk menyalakan gas dengan lebih kuat, berderau jugak darah bila dengar api menyala-nyala kat atas kepala. Tapi keseronokan pengalaman pertama mengatasi ketakutan. So redha dan tawakal je.

Pilot tengah tarik injap gas

Api menyala-nyala!

Macam kapal angkasa

Lepas sume dah ready, pilot kami mula menerbangkan belon sambil memperkenalkan diri beliau. Nama dia Serkan dan dia gelarkan hot air ballon dia sebagai Titanic. Dia juga memberitahu kami bahawa dia merupakan pilot kedua terbaik di situ.  Kitorang tanyelah dia sape pilot yang No. 1? Kenapa dia tak jadi No. 1 terbaik? Dia cakap, pilot No. 1 sekarang kat hospital sebab eksiden belon. Hahaha kuang ajo buat lawak plak dia!!

Pilot tengah memperkenalkan diri

Memula belon kami tak naik tinggi. Memain kat bawah je. Adalah dalam 10 meter dari tanah. Bengang je bila tengok belon-belon lain dah terbang tinggi. Rasanya 100 meter lebih jugak dorang naik tu. Jeles!! Pilot cakap dia tak boleh buat ape, memang semua bergantung pada angin. Kami redha je.

Kitorang masih belah-belah bawah lagi ni sebab belon lain masih kelihatan dekat dengan kedudukan kami

Jeles tengok belon yang dah naik tinggi

Tak lama lepas tu, angin mula meniupkan belon kami. Wahh!! Makin lama makin tinggi.

Dah mula naik

Mula meninggalkan belon-belon lain

Wooohoooooo!!!

Kelihatan matahari dah mula terang-benderang. Bila pandang ke bawah, nampak rumah-rumah penduduk tempatan bersusun cantik.

Rumah-rumah yang dilihat dari udara

Tak lama kemudian, belon kami dibawa angin ke bahagian lurah gunung. Nasib baik tak tersepit kat celah tu. Huhu..

Nyaris nak tersepit celah ni

Kat atas tu apelah lagi aktiviti nak dibuat selain bergambo, kan? Dengan pemandangan matahari yang bersinar, ada pulak nampak belon-belon lain yang turut sama terbang. Tak kira lagi dengan pemadangan gunung-ganang yang diseliputi salji dan batuan semulajadi dengan bentuk yang macam-macam. Subhanallah!! Cantik sungguh ciptaanMu! Bila menulis ni, tetiba saya rindu kenangan di sana. Rindu sangat-sangat. Rasa nak pegi lagi 🙁

Hepi dapat naik belon. Haha

Banyaknye belon!

Kami...

Lubang-lubang kecil pada batuan adalah tempat tinggal burung merpati

Kasi close-up sket

Lurah-lurah yang masih bersalji

Selain pemandangan gunung-gunung yang masih diseliputi salji, terdapat juga ladang yang luas tapi agak kering. Bila ditanya kepada pilot, rupanya tu ladang kentang, buah aprikot, oat, kekacang seperti almond dan bermacam jenis tanaman lagi. Kalau musim buah, mesti lagi cantik pemandangannya kan..

Ladang luas terbentang..

Pagar berbentuk kuda kot. Ke saje petani kat situ buat corak kuda camtu sebagai hiasan ladang dorang. Huhu

Berkabus

Selepas sejam kami di udara, tibalah masa untuk mendarat. Kami diajar cara pendaratan yang betul iaitu kaki dibengkokkan dan tangan kena pegang kuat-kuat kat handle tali yang diikat pada bakul. Pilot tu bagitau, walau apapun terjadi, tangan jangan lepas dari handle sebab ada kemungkinan masa mendarat nanti bakul tu akan tergolek ke belakang dan kalau tak pegang kuat-kuat, boleh tercampak keluar dari bakul. Uiiiii kecut semua pundi bila dengar.

Tanah lapang untuk cubaan mendarat

Pilot cuba melakukan pendaratan pertama tapi angin makin kuat dan menerbangkan belon kami jauh dari stesen pendaratan yang biasa. Cubaan pertama gagal sebab ada wayar letrik. Kami makin jauh dan kami dapat lihat dari atas, van yang membawa kami tu mengikut je bakul belon kami diterbangkan. Sebab nanti dorang kena kutip kami semula.

Tak lama lepas tu, pilot cuba membuat pendaratan kedua di kawasan tanah lapang. Kami disuruh membengkokkan kaki dan pegang handle kuat-kuat. Tetiba saya dengar bunyi “Bukkkk!!!”. Yeah!! Kami berjaya mendarat. Dah boleh tarik nafas lega. Akan tetapi!!!! Sangkaan saya meleset uols. Tak sampai 3 saat, angin kuat menolak semula bakul kami ke atas. Sudahnya kami terbang lagi. Group lain rasanya dah lama landing dah. Sabo jelah. Van kat bawah, masih tak berputus asa mengikut kami.

Dalam 5 minit jugak kami berlegar-legar di udara sambil pilot terus mencari tempat yang sesuai. Tak lama lepas tu, sekali lagi kami mendarat. Gedebuk!! Bunyi bakul mencecah tanah. Punyelah kuat impact dia sampai topi sejuk yang saya pakai terlucut dari kepala. Pastu terasa percikan pasir masuk dalam mulut. Haha. Apa pun, Alhamdulillah kami selamat.

Belon terdampar atas tanah

Lepas tu, masing-masing memanjat kuar dari bakul.

Masing-masing dah kuar dari bakul

Dah keluar tu, sambung lagi bergambo.

Yeayy!! Alhamdulillah selamat semua..

PruBSN Takaful - No. 1 Company

Bentuk dalam bakul

Mejar Muhammad - Tentera yang jugak merupakan agent

Kapadokya Ballons

Tetiba pilot kami hilang. Rupanya dia pegi carik van kami sebab jalan nak masuk ke tempat pendaratan kami tu, susah sikit. Van tu tak jumpa kot. Haha bayangkanlah entah ceruk mana kami landing.

Lebih kurang 10 minit gak, akhirnya van kami tiba bersama pilot. Lepas tu, lori yang nak angkut belon dan bakul pon sampai jugak. Yang bestnya, tetiba dorang bukak meja, lapikkan dengan pelapik meja. Susun gelas dan tuang jus minuman untuk kami. Kek pon ada. Romantik gilerr breakfast kat tengah ladang tu. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa Turki, kami bersarapan dengan rakus!! Lapar wehhh!!

Lepas tu, pekerja-pekerja syarikat Kapadokya Ballons pun mengangkut belon dan bakul mereka dalam lori. Kami pulak masuk dalam van.

Belon yang nak diangkut

Kemas.. Jangan tak kemas!

Lepas dah minum dan makan untuk lapik perut, kami dibawa balik ke hotel untuk sarapan betul-betul. Bila sampai kat hotel, tengok kawan-kawan yang lain dah ada. Sahla kami bakul terakhir yang mendarat. Kah kah..

Lepas sarapan, kami di bawa pula melawat tarikan di Cappadocia yang seterusnya iaitu Göreme Open Air Museum.

Göreme Open Air Museum

Kami tiba di Goreme Open Air Museum itu pada jam 9.15 pagi. Tiket masuk ke Göreme Open Air Museum ni ialah 15 Turki Lira tapi tiket kami semua telah dibayar oleh PruBSN Takaful.

Tiket masuk

Kaunter tiket. Kena scan dulu sebelum dapat masuk

Bagi saya, Göreme Open Air Museum merupakan sebuah landskap ciptaan Allah yang sangat menakjubkan, diukir sepenuhnya oleh hakisan. Ia diwartakan sebagai tapak UNESCO dan telah menjadi ahli UNESCO World Heritage sejak tahun 1984 lagi.

Di dataran terhakis lembah Göreme ini, terdapat batuan-batuan unik hasil aktiviti gunung berapi jutaan tahun yang lampau. Ditambah pula hakisan oleh angin dan air, menjadikan kawasan ini begitu unik dengan ciri semulajadi batuan yang membentuk tiang, menara dan obelisk (bentuk seperti jarum) setinggi 40 meter.

Batuan berbentuk gua

Di kawasan ini juga dahulunya merupakan tempat kediaman, perkampungan pendita dan bandar-bandar bawah tanah dan kekal menjadi habitat tradisional manusia sejak abad ke-4. Sebab tu kelihatan pintu-pintu pada batuan tersebut. Tapi sekarang dah takde sape tinggal kat situ. Hanya terdapat gereja-gereja kecil yang pernah digunakan pada suatu ketika dahulu. Sekarang jadi muzium je.

Kami dibawa melawat ke tiga chapel (gereja kecil) terkenal di Göreme Open Air Museum ini iaitu Nunnery, St. Barbara Church dan Snake Church. Setiap chapel ni ada sejarah dan tarikan tersendiri. Oleh kerana dalam chapel tu tak boleh amik gambo, so kitorang dengar jela tourist guide tu cerita.

Eh, ada satu gamba yang saya curi-curik amik dalam chapel tu. Haha dasar degil!

Lepas tu, kami diberikan masa setengah jam untuk berjalan-jalan dalam kawasan tu. Dah tentula aktiviti mengamik gambo. Seb baiklah ada jurugambar sukarela yang sudi nak melayan saya. Tengkiu Faizal! Mehla saksikan aksi-aksi mendebarkan ahkak berposing di sana. Hhaha..

Hanjeng!

Ramai-ramai

Merenung nasib

Tengkiu Faizal!

Sempat gak singgah beli souvenir kat sana.

Kedai souvenir

Lepas melawat Goreme Open Air Museum, pada pukul 10.45 pagi kami dibawa pula ke gedung karpet terkenal. Seperti yang kita ketahui karpet Turki merupakan karpet terbaik dan terkenal dengan mutu pembuatannya. Menurut tourist guide kami, lebih 2,000 orang wanita di Turki diupah untuk menghasilkan karpet di rumah masing-masing dan dihantar ke gedung karpet untuk dipasarkan.

Kebiasaannya, sehelai karpet mengambil masa dua bulan hingga 5 tahun untuk dihasilkan. Sebab tu tak hairanlah kalau harganya agak tinggi iaitu paling cikai pun USD500.

Terdapat 3 jenis karpet yang dihasilkan iaitu jenis wool (sesuai untuk digunakan di lantai bilik tidur), jenis cotton (lebih detail, lebih lebar dan tahan lasak serta sesuai digunakan di ruang tamu dan ruang makan) serta yang akhir sekali jenis silk (saiz lebih kecil dan sesuai dijadikan hiasan dinding).

Di sana kami dibawa melihat bagaimana proses pembuatan karpet dijalankan iaitu daripada kepompong ulat sutera yang dijadikan benang, proses mewarna benang dan seterusnya kepada proses menyulam benang sehingga menjadi karpet. Bila tengok awek-awek Turki dengan penuh kesabaran menyulam benang tu jadi karpet, memang tabiklah. Kalo akaklah, agaknya silap sikit je terus haku campak-campakkan benang dengan gunting tu. Hhahaha tak sabar..

Ulat sutera

Dah jadi benang

Benang yang dah berkaler

Tekun

Sabar

Sambil dihidangkan dengan apple tea (teh terkenal di Turki), kami dijampi serapah (fitnatun je) oleh staff kat gedung karpet tu untuk membeli karpet di sana. Adalah dalam 4-5 orang yang terjebak. Paling murah ada yang beli USD900 dan paling mahal yang dorang beli tak silap USD10,000. Penghantaran pulak PERCUMA sampai depan pintu rumah. Akak tengok je. Tak beli pon. Baik akak shopping baju. Haha..

Tengah bagi explanation

Lawaaaaaa... Ni USD1,500 kot

Ko mampooo buat aksi sewel camni kat kedai karpet orang?

Karpet yang dah siap

Karpet yang dibeli oleh Che Wan

Saya tanyelah dorang karpet mahal yang pernah terjual. Nak tau bape? USD1,000,000 yang ditempah oleh Prince of Japan yang mengambil masa 7 tahun nak disiapkan. Satu-satunya corak yang dorang buat. Bape besar tu tak pasti. Agaknya oenuh satu dewan kot.. Uiii…

Kami di gedung karpet tu sampai pukul 1 tengahari dan seterusnya dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang menghadap Pigeon Valley yang lawa sangat-sangat. Sambil makan, sambil teruja. Nak tengok cemana canteknya Lembah Merpati tu? Nantikan sambungan di entry seterusnya..Huhu..

Assalamualaikum.. Ada orang tak? Ada tak yang ternanti-nanti update dari ahkak? Huhu..

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke Bumi Malaysia jam 7 pagi hari Ahad lepas selepas menempuh perjalanan balik selama 11 jam! Lumpuh pinggang ahkak!

Sorry banyak-banyak sebab ahkak lambat munchol dengan entry pasal Turki ni. Nak tulis entry ala-ala travelog ni agak renyah sebenarnya. Bukan ape. Nak ingat nama tempat (maklumlah, dah tua cepat lupa dek..), nak edit gamba, nak sumbat gamba lagi. Mujur saya jenis yang akan tulis notes dalam handphone atau buku kecik supaya tak lupa apa-apa aktiviti saya semasa melancong. Jadi saya rujuk je kat situ.

Pastu time rajin, nak gakla letak info serba sedikit pasal tempat yang dijejak tu. So kena Google la pulak. Tapi demi pembaca saya yang sudi baca blog mengarut ni, saya bertabah jua menulisnya. So, sila baca setiap hurup, baris, perkataan, ayat, perenggan dan nota bacaan seperti titik, koma, titik dua bertindih dan sebagainya sampai habis ye. Hiks!

Kan? Dah tiga perenggan tulis bunga-bunga, tak masuk-masuk lagi cite pasal Turki. Keji sungguh!

Seperti yang telah saya poyo-poyokan di FB sebelum ni, bahawa saya akan melancong ke Turki bersama dengan Trip Prudential BSN Takaful. Sebelum tu tengkiu saya ucapkan kepada semua client Takaful yang amik plan takaful dari saya (walaupun ada yang saya paksa! Kah kah) dan jugak tengkiu kepada kampeni yang saya sayangi Prudential BSN Takaful yang bagi saya peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar mereka.

Oh sebelum tu nak jugak cite sikit kekejian saya pasal tersilap tarikh nak ke Turki ni. Oleh kerana saya tak datang briefing yang diadakan oleh pihak travel agent (sebab saya pegi Banda Acheh masa tu), jadi dalam sepengetahuan saya, trip ke Turki ni adalah pada 12 Mac, hari Isnin malam. So bila mak saya tanya, kawan-kawan tanya, saya bagitau dorang yang saya akan ke Turki pada Isnin malam. Nampaknya ramalanku salah belaka.Rupa-rupanya, memang lah peginya hari Isnin tapi nak kena berkumpul kat KLIA pada hari Ahad malam sebab flight ke Turki tu adalah pada hari Isnin, jam 12.30 pagi! So bila dah tau yang hari Ahad dah nak kena berkumpul kat KLIA, barulah saya terhegeh-hegeh nak carik traveller chargerlah, balik Sungai Choh jap jumpa maklah, amik baju kat dobilah dan macam-macam lagila benda nak kena buat. Sape yang salah? Sendiri lah kan? Rasain!

Eh dahlah! Banyak benar merepeknya ni. Mari start sekarang! Baiklah, marilah kita bersama-sama menyelusuri perjalanan saya ke Turki baru-baru ini.

Saya ke KLIA dihantar oleh anak buah saya Didi sebab sepanjang 7 hari trip saya nanti, saya nak tinggalkan keta saya kat dia untuk dia repair. Saya gerak dari Kotadem lepas solat Asar, lebih kurang pukul 5 petang dan berjanji akan bertemu dengan Didi di Perodua Balakong. Selepas kutip Didi di Balakong, saya singgah pulak rumah member di Kajang dengan tujuan nak meminjam baju sejuk beliau. Akak ada 3 helai je dek. So, kebas lagi 2 helai dia punya. InsyaAllah cukupla bekalan akak nak berpoyosing di Turki kelak. Kah kah!!

Dah amik baju, teruslah kami ke KLIA. Sampai kat KLIA lebih kurang jam 7.30 malam walaupun kami dijadualkan untuk berkumpul di sana pada jam 9 malam. Semangat lebey bak kata Syahir. Ada aku kesah? Biarr arr!! Huhu..

Ibu & Anak.. Alhamdulillah, Abang Din layak bersama-sama trip PruBSN pada tahun ni. Congrats bro!

Tak lama kemudian, saya lihat ramai kawan-kawan yang lain mulai tiba. Jam 9 malam, kami mula beratur untuk check-in luggage. Lama jugak nak tunggu. Maklumlah, trip kali ni, seramai 94 orang yang akan bersama-sama ke Turki.

Bersama kakak-kakak yang hebat-hebat!

Setel semua, saya dan beberapa orang lagi lepak-lepak di KFC sebelum diarahkan masuk ke waiting room. Penerbangan dijadualkan pada jam 12.30 malam.

Lepak kat waiting room sebelum boarding

Tepat jam 12.30 malam, pesawat MAS yang kami naiki mula mengembangkan sayapnya. Selepas dua jam perjalanan, kami mula dihidangkan dengan makan malam (ke sahur?). Dalam pada mengantuk-ngantuk tu, belasah la jugak.

Makannnnnnn.....

Lepas makan, saya cubalah pulak tengok movie yang ada disediakan dalam flight tu. Saya tengok Bini-biniku Gangster. Tolooonngggg!!!! Nak muntah okeh. 15 minit tengok, saya dah terlelap. Terjaga semula bila credit line tu dah naik. Cemanalah cite ni boleh box office? Eiii!!

Lepas tu, saya tido sampailah lagi sejam setengah nak mendarat, kami dihidangkan pulak dengan sarapan pagi. Dorang bagi 2 option. Nasik lemak dengan omelette. Boleh tak bila sampai kat seat kitorang, nasik lemak dah abes? Tinggal omelette je. Omelette pun omelettela.. Mementanglah nak ke Turki, takut kempunan tak dapat makan nasik lemak seminggu, semua pakat pilih nasik lemak.. Huhu

Kami tiba di Atatürk International Airport, Istanbul pada jam 6 pagi. Masa tu, hari dah terang sebab waktu Syuruk kat sini pukul 6 lebih.

Welcome to Istanbul

Istanbul

Selain penerbangan antarabangsa, Atatürk International Airport juga menempatkan penerbangan-penerbangan domestik. So, setibanya di airport tu, kami dijadualkan pula menaiki penerbangan domestik menggunakan Turkish Airlines ke Cappadocia [baca : Kapadokiya] pada jam 9.50 pagi.

Senarai negara yang memerlukan visa sebelum dibenarkan memasuki negara Turki

Motip nama ahkak jadi Suzil????

Selesai urusan check-in, kami dinasihatkan untuk menukar duit US dollar (dah ditukar siap=siap kat Malaysia) kepada matawang tempatan iaitu Turki Lira. Untuk pengetahuan uols, kat Malaysia ni susah nak dapat Money Changer yang ada Turki Lira. Kalau ada pun, mungkin Turki Lira yang dorang ada tu, note yang lama punya. Takut nanti bila dah tukar kat Malaysia, rupa-rupanya tak diterima bila sampai kat Turki nanti. So better tukar US Dollar je. Bila sampai kat airport Turki, baru tukar USD tadi kepada Turki Lira. Ngertih??

Money Changer - AKBANK. Abang kepada AMBANK... Hiks..

Tourist guide bagitau kalau nak tukar kepada Turki Lira pun, tukar dalam USD50 je untuk belanja beli askrem ke, jagung ke. Kiranya untuk belanja barang yang kecik-kecik jela. Duit yang lain biarkan je dalam matawang USD sebab dollar pun diterima pakai di kebanyakan kedai di sana.

Lepas dah tukar duit semua, kitorang lepak-lepak lagi sementara tunggu boarding time. Ada pulak awek Turki tunggu kitorang sambil bagi buah tangan selamat datang (welcoming gift) kepada kami yang merupakan Turkish Delight (sejenis manisan), roti dan air. Ni kira breakfast kitorang lagi sekali la ni.

Hello Istanbul!

Awek Turki yang chun!!

Air Tin Tamek

Tak lama tu, tibalah masanya kami menaiki pesawat Turkish Airlines. Pesawat mula bergerak meninggalkan landasan pada jam 9.50 pagi dan kami dijadualkan sampai ke lapangan terbang domestik Nevsehir Kapadokya Airport pada jam 11.30 pagi.

Sebaik sampai, kami terus dibawa makan tengahari di restoran gua iaitu Altinocak Cave Restaurant.

Altinocak Cave Restaurant

Gua beb.. Gua..

Ruangan nak masuk dalam restoran

WC yang bermaksud Water Closet atau Tandas!

Toilet dorang bersih je..

Ruang dalam restoran gua

Dinding gua yang diukir

Siling gua

Ala-ala rak gituhh..

Mamat ni tengah gendong tangki wine. Bley?

First time makan makanan Turki, belasah ajelah. Sup, roti, salad, ikan panggang dan nasik. Nasi dorang lain sikit. Dorang masak dengan butter dan garam. Nampak macam pulut pon ye jugak. Last sekali kami dihidangkan dengan pencuci mulut iaitu buah aprikot yang dah dijerukkan.

Sup dan roti

Salad

Kacang panggang

Nasik dan ikan panggang

Jeruk aprikot

Haa... Hambekk!! Penuh meja batu ni..

Lepas makan, kitorang bergambar-gambarlah sekitar restoran gua tu. Bumbung restoran tu siap ada tumbuh rumput bagai. Maklumlah, gua kan.

Pokok apentah ni. Abes kering bila musim sejuk

Atas bumbung restoran ni siap ada rumput

Dinding luar restoran gua yang ditebuk dengan ukiran geometri

Pokok yang gondol

Lampu di atas bumbung

Bersama agent paling berusia di PruBSN! 62 tahun kalo tak silap umur Tuan Syed ni..

Motip akak silang kaki cenggitu?

Kat situ jugak kami nampak beberapa ekor kucing. Gemok-gemok. Bersih je. Tapi kami syak kucing tu bukan kucing bela. Kucing jalanan je. Ntah cemana boleh gemuk pun tatau lah. Haha

Gumuk kan? Kucing ye.. Ahkak slim!!

Rasa nak lempang sebab gemuk.. Haha

Ni pon gerammm..

Walaupun idung comot, tetap comel!

Lepas makan, tibalah masa untuk check in-hotel. Kami menginap di Dilek Kaya Hotel. Kaya bermaksud cave atau gua. So orang kaya bolehlah kita panggil orang gua. Hahha jangan marah ye orang-orang kaya. Heehee..Dalam perjalanan ke hotel, kami menikmati pemandangan yang cukup indah di Cappadocia ini..

Gunung-ganang

Cantek kan?

Boleh tak malas nak letak caption? Korang tengok jela.. Haha

Bila sampai kat hotel, kami diberikan kunci bilik masing-masing. Hotel tu ada 3 tingkat. Bilik saya di tingkat bawah sekali. Keliling hotel tu, semua gua-gua. Lawa sangat pemandangan. Sebelum tu, meh tengok bilik saya..

Cenderamata dari PruBSN berupa towel yang disulam nama kami.. *Terharu

Roomate saya - Rosmemy

Selepas meletak beg dan barang-barang, kami dibawa untuk melawat tarikan pertama di Cappadocia iaitu underground city (bandar bawah tanah). Salah satu ciri unik di Cappadocia adalah terdapat begitu banyaknya underground city iaitu lebih daripada 100 buah perkampungan.

Walau bagaimanapun, tidak kesemuanya dibuka untuk pelancongan. Tetapi Alhamdulillah kami dapat melawat salah satu daripada underground city tersebut.

Apakah rupa underground city tersebut, nantikan episod seterusnya malam besok. Ahkak dah tak larat nak membebel. Dah pukul 3 pagi nih… Tido dulu ye.. Hiks.. Daa….