Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Tahukah anda bahawa, memilih pasangan hidup umpama memilih lane yang paling lancar dan paling clear di LDP (Lebuhraya Damansara Puchong)? Hmm..Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah maksud perumpamaan yang saya suke-suki je cipta ni kan? Perumpamaan ini timbul di benak saya semasa sering berulang alik dari Damansara-Putrajaya sewaktu masih bekerja di syarikat lama. Sambil drive sambil layan blues, kata orang. Lebuhraya Damansara Puchong adalah lebuhraya yang menghubungkan antara Damansara dan Puchong (off course la). Info dari Wikipedia sila klik di sini.

Pernahkah saudara saudari menggunakan LDP? Pernahkah saudara saudari menggunakan LDP pada waktu puncak (pergi dan balik kerja)? Pernahkah saudara saudari menggunakan LDP pada waktu hujan? Jika semua jawapan bagi soalan di atas ialah “TIDAK”, maka apa yang boleh saya beritahu di sini ialah barangsiapa yang biasa melalui LDP, perlulah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, mesti pandai mencilok dan mesti pandai mengagak keadaan jalan.

Jadi, semasa saya sedang memandu di LDP, terutamanya di sekitar kilang Motorola dan Western Digital, Kelana Jaya serta di IOI Mall, Puchong, ketangkasan memilih lane yang paling laju amat diperlukan. Anda cuba bayangkan, ketiga-tiga lane di LDP sedang sesak teruk. Lane satu, langsung tidak bergerak. Lane kedua bergerak sederhana laju dan lane ketiga paling laju. Jadi sudah tentu kita akan memilih lane ketiga. Walaupun begitu, lane ketiga ini belum tentu terjamin kelancarannya sehingga anda sampai ke tempat yang ingin dituju. Sedang kita syok-syok drift di lane ketiga, tiba-tiba ada pula seekor kura-kura sedang menikmati pemandangan jalanraya mengganggu mood kita. Jadi, kita pun masuk lane kedua dengan harapan perjalanan kita menjadi lancar. Sebaik saja kita menukar ke lane kedua, tiba-tiba lane kedua pula langsung tidak bergerak (rupanya ada accident di depan). Anda sudah tersilap pilih lane. Anda mula bagi signal ke kanan untuk masuk semula ke lane ketiga. (ya, sikap manusia memang tidak sabar). Begitulah seterusnya sehingga anda berpuas hati.

Jadi apa kaitan dengan memilih pasangan? (semenjak dua menjak ni saya rasa macam jiwang pula!) Sepertimana yang anda juga tahu, memilih pasangan hidup bukan suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang kita rasa pasangan kita itu sudah sesuai dengan diri kita, tapi akhirnya timbul juga masalah. Kadang-kadang kita rasa perhubungan dengan pasangan kita lancar sahaja, tapi akhirnya putus juga. Kadang-kadang, orang yang kita tidak suka pada mulanya, akhirnya serasi pula dengan kita. Begitulah kehidupan.

Adakah anda nampak kaitan memilih pasangan hidup ini dengan memilih lane yang paling laju di LDP? (atau saya sorang je syok sendiri?) Anda harapkan orang yang anda pilih untuk berkongsi hari tua anda, berkongsi suka duka, berkongsi gelak tawa (walaupun anda tidak ada gigi dan memakai gigi palsu) adalah orang yang tepat. Anda memilih pasangan anda dengan berhati-hati, memilih dengan sebaik-baiknya. Anda juga mendapat restu keluarga. Tapi, jika pilihan yang anda buat ini masih tidak menemui bahagia, anggap saja ia sebagai cabaran hidup yang mesti ditempuhi. Tentu anda pernah dengar atau baca “Marriage is a gambling”. “Perkahwinan itu satu perjudian”. Bukan berjudi ya, tetapi perjudian hidup. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Cuma kita boleh berusaha dan berdoa agar Allah kurniakan kehidupan yang baik-baik sahaja kepada kita.

Saya mengaku saya pernah tersilap dalam memilih pasangan. Saya anggap saja ini dugaan Allah kepada saya. πŸ˜‰ Dan saya tak akan berhenti mencari lane yang paling lancar di LDP! Hahah! Oh ya, sekejap lagi saya akan ke Putrajaya untuk berjumpa client. Saya akan menggunakan LDP hari ini. Sambil tu boleh layan blues.

Sekian sahaja untuk hari ini. Sila tinggalkan pendapat anda sekiranya anda bersetuju atau tidak dengan saya.

p/s: Anda juga boleh tukar LDP kepada KESAS, NKVE, PLUS, Federal Highway mengikut kesesuaian anda. Hiks!

5 Comments

  1. maizarul
    6:06 am on October 9th, 2007

    Apa yang engkau merepek ni??? Baik kau balik, kau tolong mak kau masak lepas tu bagi kitorang makan, faham ayu buntal???

    Hehe, sori nak interfrem sekejap. Hi-way ke, Lo-way ke, itu semua cuma penghubung je. Yang penting adalah destinasi. Bagi saya, saya selesa ikut jalan yang saya tau dan familiar tapi kadang2 kena lalu juga jalan yang tak pernah dilalui atau jalan yang kurang biasa dilalui. Saya selalu mengambil iktibar dari pepatah “malu bertanya sesat jalan”. Kalau tak biasa jalan tu kena la cari map/peta dan bertanya kepada orang yang tau jalan tu atau ajak kawan buat teman. Kalau tak de gak orang nak temankan, kena la tawakal. Insyaallah sampai. Kalau tak mau susah-susah, tak payah pegi je la.

    Kalau salah jalan buat la u-turn dan cari la jalan yang betul. Elakkan jalan yang jam, tapi kalau jam juga kena la banyak2 bersabar. Sama gak dalam kehidupan, semua orang tak nak cari problem, tapi kalau dah bertembung juga settle la sebaik mungkin dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.

    Namun begitu, ingatlah, jalanraya bukan tempat berlumba. Patuhi had laju dan undang-undang yang di tetapkan. Kalau nak lumba jom pi trek.

    Sekian.

    p/s pakai keta hyundai tu lagi ke?

  2. teratai berkembang
    4:22 pm on October 9th, 2007

    memandangkan topik ko ni dh merepek so, aku mkn kerepek dulu lah! aku ni kalo lenjan kete dlm erti kata lain drive la, suka guna lane kanan tak pun tgh. lane kiri tu cam slow la boring. beh baik naik lori kontena je.. hahhaha aku jln2 kat kl ni kira pro gak la sbb dulu ingat leh jd pemandu teksi tp sbb result spm meletup so kene la melanjutkan pelajaran. tup2 keje lak dlm econ.. apa yg aku merepek ni.. ni sume kerepek punya psl la ni..

    ok, beerbalik pd jln yg kita diskusi ni, aku bawa kete tak ingat. suka je bawa laju2 kan tp tetap maintain kekontrolannya.. makna kata tak de la langgar peraturan.. tp aku penah xcident la. tak teruk pun setakat radiator kete bocor je sbb tercium bontot teksi. so, aku tak leh la nk marahkan kete idaman aku tu b4 result spm kuar.. hahha.. aku melawak la ngoks!! tp kejadian xcident tu benar la sib baik aku tak apa2 n kete pun ade insuran n aku pun ade lesen.

    berbalik pd realiti kehidupan ni, tak kira la ngan sape kita nk jumpa, nk kawen, nk bercinta ke sume tu ade nasib2 sdr.. kadang2 idup kita tak mcm kita harapkan tp cam maizarul ckp la kan kene gak tempuh. ade yg manis, ade yg masin, ade yg pahit, ade yg tawar tu sume dh ditentukan oleh kita sdr dgn izin Allah.. nk patah balik tak boleh tp kita masih sempat utk mulakan idup baru.. kalo la leh jd baby balik kan best!!

    tp, apa2pun kan kalo dh terbabas kat ats jln raya tu pandai2 la tepon saper2. tak pun yg kat blkg tu pakai tali pinggang.. hahhaa.. ujie aku dh start merepek ni.. hhahaha ko paham?? aku tak paham.. hehehhe dh laa mengarut je lebih..

    pokok pangkalnya berhati2 d jln raya di musim perayaan ni.. byk mato2 tu..(JPJ) nnt amik gamba kete wat salah naya je.. n pd u dh kecewa pd kehidupan kini, masih ade jln utk anda teruskan idup.. kalo putus cinta ke, bercerai ke, anggap je la laki/pompuan yg anda jumpa akan dtg beh baik drpd yg ade ni.. sekian, wasalam..

  3. mazni
    3:06 am on October 23rd, 2007

    Jie,
    Jawapan pada semua tu ialah takdir. Kite hanya berusaha utk mencari yang tebaik macam kat highway tapi masih berlaku kemalangan juga. semua itu adalah zat Allah yang menggerakkan diri kita tapi bukan untuk berserah kerana Allah letakkan doa sebagai pengubah nasib bagi orang berusaha.

    Nape ni? macam orang kecewa je… jodoh sekarang bkn cam dulu, umur bkn penghalang tapi hati yang baik adalah yg dipandang. Ujie kena bersemangat sikit. Maybe kena kurangkan brutal tu sikit, orang kata ape.. main wayang. ala.. LDP pun bleh jam kan? Kite pun same gak… kadang2 jem.

  4. noor
    12:31 am on November 24th, 2007

    hmmmm the story so nice.i bersetuju dengan you, walaupun kita tak kenal tapi i rasa itu lah khidupan dan dalam kehidupan setiap etik kita mesti belajar. saya pun rasa macam tu dalam peilhan samada pemilihan penggunaan jalan atau un pemilihan hidup. ekadang kita dah rasa sesuai sangat tetapi ada masalah d hadapan….cue lepas tu kitkna amil langkah yang seterusnya…iayalah macam you yang kemdiann mnuar lane…begitu lh kehidupa kan…
    hahahah sebenarnya i sedang mencari map untuk ke kelanajaya. i bekerja di putrajaya tapi my parents tinggal di batu pahat johor. i nak hantar my parents menunai kan haji so nak hantar mereka ke kelana jaya…tetiba terjupa story ni….ok gak kan…
    ok semoga selamat dalam pencarian…

  5. saya budak mentah
    3:12 am on December 8th, 2013

    =).
    insya allah akak akan jmpa org tu.
    sy doakan akak bahagia dunia akhirat.
    amin