Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambungan daripada Cinta Duda & Janda – Episod I.

Ms. J pernah meluahkan perasaannya kepada saya bahawa dia takut untuk memberi komitmen walaupun hormon miangnya mencanak-canak. Ada beberapa sebab dia cuba menolak perasaannya. Pertama, dia bertanggungjawab menjaga ibu bapanya. Begitu juga dengan Mr. D yang tinggal bersama keluarga. Sekiranya ditakdirkan mereka berkahwin, sudah pasti salah seorang daripada mereka mesti berkorban. Sekiranya Ms. J berkeras mahu terus tinggal bersama ibu bapanya, Mr. D terpaksa meninggalkan keluarganya pula. Begitulah sebaliknya. Cara lain, kedua-dua mereka mesti berkorban. Bila saya tanya Ms. J, katanya tidak sanggup.

Sebab kedua, anak sulung Ms. J tidak membenarkan ibunya berkahwin lagi. Dia tidak mahu tempat ayahnya digantikan oleh lelaki lain. Jadi, Ms. J tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan tidak memperdulikan perasaan sang anak.

Sebab ketiga, Ms. J sudah biasa hidup sendiri, menguruskan hal diri sendiri. Apabila berkahwin semula, sudah pasti kebajikan suami, makan minum, kain baju hendak dijaga. Menurutnya, dia sudah lama tidak meng’iron’ kemeja lelaki. Hehe.

Sebab keempat, Ms. J masih perlu menjaga hati bekas suaminya kerana sejak perceraian mereka, bekas suaminya mengalami masalah kemurungan. Mereka bercerai kerana keluarga suami. Jadi, bekas suami Ms. J bukan melepaskan Ms. J sepenuh hati. Bayangkan jika bekas suaminya tahu yang Ms. J akan berkahwin lain, silap haribulan pasti Ms. J akan diparangkan! Choyy!

Jadi kekangan-kekangan ini, sedikit sebanyak membantutkan perasaan ingin bercinta semula yang sedang bercambah di dalam hati Ms. J. Ibarat kata, “ditelan mati emak, diluah mati ayah“. Tersepit di antara kehendak hormon sendiri dengan perasaan orang lain di sekelilingnya.

Berlainan pula dengan Mr. D. Kalau boleh, besok juga dia ingin berkahwin dengan Ms. J. Biasalah..Lelaki..Hehe. Lelaki kebanyakannya mendahulukan perasaannya dan kemudian baru ambil kira perasaan orang lain. Betul kan?

Apabila Ms. J meminta pendapat saya, saya minta dia timbangkan sendiri. Yelah, dia yang akan berkongsi hidup dan melalui hari tua bersama lelaki itu. Saya, hanya boleh menjadi pendengar dan menokok tambah saja. Keputusan akhir masih dia yang perlu putuskan. Kalau dia tidak sanggup melalui hari tua bersendirian dan ingin ber’baby’ baru, kahwinlah. Jika tidak, cantas segera perasaan cinta yang baru nak tumbuh itu. Bukan apa, jika disemai, dibaja dan disiram tetapi di pengakhiran cerita mereka tidak boleh hidup bersama, lagi bertambah parah. Dua jiwa terpaksa dikorbankan. Jiwa Duda & Janda.

Saya tahu, Ms. J membaca blog saya ini. Akak, saya doakan akak dapat buat decision yang terbaik untuk hidup akak. Saya doakan apa juga keputusan yang akak buat, akan membawa sinar bahagia dalam kehidupan akak nanti. Makan nasi minyak, jangan lupa jemput orang tau. Walaupun Mr. D tu VVVVIP, janganlah pulak mintak hantaran sampai RM444,444 macam Dato’ Roslan dan Kerabat Pahang, Puteri Shahanaz tu. Hiks! Akhir kata, bila nak langsung?

Mendengar sendiri kisah ini dari mulut tuan punye badan, Ms. J, saya terasa betapa susahnya bercinta semula selepas mengalami kegagalan pada perkahwinan pertama. Banyak hati perlu dijaga. Banyak perkara perlu diambil kira. Apa pendapat anda? Mungkin Ms. J akan membaca pendapat anda nanti. Patutkah dia berkahwin dengan Mr. D atau tidak?

4 Comments

  1. hamba allah dari melaka
    3:34 am on October 11th, 2007

    For my opinion, manusia di lahir dengan fitrah(Sebab tu semua umat Islam wajib bayar zakat Fitrah selagi hidup mahu pon miskin ataupun kaya) ,manusia mempunyai naluri hati dan perasaan, kasih sayang dan sebagai nya…Namum, Adalah lebih baik untuk mencari jawapan dengan meminta dari ALLAH seperti doa dan lebih penting SOLAT ISTHIARAH! sekiranya petunjuk yg diberi tiada dlm 3 hari berturut2..takdelah maksudnya atau pun petunjuk itu memberi petunjuk yg jelas tetapi mendatangkan lebih keburukan akhirnya..elok lah jgn teruskan hajat..andai baik, cepat2 lah kawin..perkara baik kan..:), and..kekadang pentunjuk di beri tak melalui mimpi tetapi melalui gerak perasaan yg sangat2 ke arah itu..Solat Isthiarah bukan hanya untuk mencari jodoh saja, macam2 lagi..nak beri nama anak ke sesuai ke tidak, nak cari keja ke dan sebagai nya..

    Jawapan saya : Terima kasih encik Zaki di atas nasihat tersebut. Ha, Ms. J, jangan lupa buat solat istikharah ok

  2. teratai berkembang
    6:40 am on October 11th, 2007

    ok disebabkan hamba Allah dh citer psl solat, saya tokok bab lain lak kan.. X boleh ke kalo tak kawen? Nyusahkan jelah..hehehe. bukan apa, dh biasa idup sorang kan tetiba lak nk idup bedua, bertiga takut nnt tension. cam ade pengalaman je aku ni. Sbb kalo tolak bab nafkah ni, kalo la tahan kan.. single n solo lg bagus kot. tak byk kaco bilau.

    but still la ade buruknya kan, cam bila dh tua2 nnt tak de saper jaga, xde tmpt luah perasaan n mcm2 la kan. tp pokok pangkalnya ikut kita lah sama ada mampu/sanggup atau tidak idup sendirian. ikutkan, dlm kubur pun sorang..hissh!! panjangkanlah umur aku lagi.. Amin..

    selamat mencuba! kene cuba baru tau kan..Gd luck

  3. miss maLAtOpp
    2:20 pm on October 17th, 2007

    emmmm cinta tu indah tapi kadang2 sangat menyakitkan..
    bagi saya perkahwinan itu satu CERITA yang xpasti cmane kesudahannya……ape2 pun ms J kene tanye anak2 2..adakah dorang bersedia berayah baru?

  4. mazni
    3:26 am on October 23rd, 2007

    Kadang2 ada yg kena berkorban dan dkorbankan.Tapi lumrah hidup memang begitu, tak kawin mlm2 kira siling, haru gak. Cabaran dan dugaan adalah laluan hidup kite kat dunia. Apa yg lebih ptg kita jelas dgn kemahuan dan sanggup hadapi cabaran. Woiii falsampah gua…..