Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Pada hari raya ketiga lepas, sepupu saya mengajak ke rumah rakannya di Sabak Bernam. Menyelusuri sepanjang jalanraya di sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang, saya melihat rumah-rumah besar tersergam mewah dan cantik. Dibina di tepi sawah padi yang menghijau. Bukan satu dua rumah yang sebesar begitu. Saya rasa lebih 10 buah rumah. Ada yang dibina 3 tingkat siap dengan balkoni dan pagar melingkar mengelilingi rumah! Di hadapan rumah pula bersusun kereta mewah anak-anak di bawah garaj. Dalam hati saya, kalau rumah sebesar ini dibina di Kota Damansara, harganya mau mencecah jutaan ringgit.

Terfikir di benak saya, mereka hanya orang kampung, tetapi rumah mengalahkan kita yang kononnya berjawatan tinggi, gaji beribu dan tinggal pula di kota metropolitan. Cepat-cepat saya tepis dengan membuat rumusan, itulah habuan untuk mereka yang berbudi kepada tanah. Ya, berbudi kepada tanah.

Saya kira, mereka dahulunya hanya petani saja. Bersawah dan bercucuk tanam. Cuba lihat sekarang, hasil penat lelah mereka berpuluh tahun terbayar dengan kehidupan serba mewah yang mereka kecapi kini.

Bagi sesiapa yang pernah melalui jalanraya di Sekinchan dan Tanjung Karang, pasti pernah melihat buah pelam dan jagung bersusun di atas rak, dijual oleh penduduk kampung di sepanjang jalan. Agak-agak, berapa ye pendapatan mereka? Makcik saya sendiri, seorang guru sekolah rendah yang berkahwin dengan orang Sekinchan, juga hanya seorang guru, mampu hidup mewah dengan hasil tanaman pelam dan tanaman-tanaman lain. Kalau pergi ke rumahnya, silap haribulan kita ingat kita pergi ke rumah Pegawai Daerah.

Seorang pakcik saya pula memang rajin menanam sayur-sayuran di belakang rumah. Kacang botol, cili, jagung dan bermacam-macam lagi. Nak makan, petik saja. Jimat dan dijamin kandungannya tidak terkena racun rumpai. Jauh sedikit dari rumahnya, dia bercucuk tanam pisang, ubi kayu, keladi, betik, jagung dan pelbagai jenis sayuran lagi. Untungnya kalau berbudi kepada tanah, tanah jadi subur, kita pula mendapat hasil. Boleh dijual dan juga dimakan. Seronok kan?

pakandak.jpg
Pakcik saya eksyen dengan ubi kayunya

ulat.jpg
Ulat beluncas tengah berposing. Kacau daun betul!

Dalam perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor, kami melalui lagi jalan tadi. Saya asyik melihat rumah-rumah pakcik makcik petani itu. Pasti terbit rasa bangga di hati mereka, walaupun dengan hanya menjadi petani, penat lelah, jerih perih dan keringat mereka mampu menyekolahkan anak-anak hingga ke menara gading dan tiba masanya sekarang mereka menuai hasilnya!

2 Comments

  1. memeang patut kita berbud pad tanah sebab ujung nyawa kit kebali pada tanah jugak..

  2. mazni
    3:31 am on October 22nd, 2007

    Uji,
    Saya setuju, kita punya minat yang sama disitu.. Memeang selalu kalau jalan, saya suka tgk tmpat org. Dan saya pernah bertugas kat situ, tiap hari jalan kat sawah bendang, seronok dan menenangka. Sbb ttu saya tak pernah mengajar kat bandar, sesak mata dan hati.

    Pasal betani ni kena buat sendiri baru ada kepuasan tersendiri. kalau rajin kat bandar pun boleh buat. Banyak sistem yang blh diguna yg menjimatkan ruang. Hidroponik contohnya.
    Above all, sikap yang rajin adalah jawapannya. pada saya kalau gaji cuma seribu dua, baik balik kampung tanam cili, tu pun dapat lebih dari tu seebulan. Berbudi pada tanah lumayan hasilnya sekarang. Belajar tinggi bukan takat cari keja je, tapi mengajar utk kita berfikiran lebih kraetif utk membuat keja dan bagi keja kat org yang tak gi U.

    Fieza,
    apa U nya mail? respon U sikit je. pas tu cerita pasal mati lak. Bederau dara saya. Oops.. darah bkn dara.