Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Waahhh…belum berkahwin, belum menjanda, saya dah sibuk-sibuk buka topik Cinta Duda & Janda pula. Advance betul. Hahah!

Seperti yang kita tahu, tiada seorang pun pasangan yang berkahwin, yang telah melafazkan ikrar perkahwinan untuk sehidup semati, inginkan gelaran janda atau duda. Lebih-lebih lagi ketika usia perkahwinan baru mencecah beberapa tahun. Tetapi, semua alur kehidupan ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t (walaupun kita sudah berusaha sehabis daya dan bertawakkal). Ada pula yang telah hidup bersama lebih 30 tahun, dikurniakan 18 orang anak, 45 orang cucu masih juga boleh melalui detik hitam perceraian ini.

Tidak kira sama ada bercerai hidup atau mati, gelaran yang diterima oleh pasangan yang ditinggalkan pastilah Janda atau Duda. Jika janda tersebut masih cantik lawa, gelaran tambahan yang diterima olehnya ialah “Janda Meletop“. Hehe. Kalau duda yang masih hensem pula, “Duda Rebutan, Terhangat di Pasaran“.

Berbanding janda, kebanyakan duda biasanya tidak betah hidup bersendirian lama-lama. Apa orang kata, “Kubur isteri baru nak tumbuh rumput, sudah berangan-angan beristeri baru” (kahwin baru pakai duit insurans isteri pula tu) Lain pula dengan kebanyakan perempuan yang menjadi janda. Contoh paling hampir ibu saya sendiri. Apabila arwah abah meninggal dunia 23 tahun yang lalu, ibu saya masih bersendirian sehingga kini walaupun ketika bergelar janda dia masih lagi MALATOPS. Baru berusia 41 tahun ketika itu.

Janganlah marah wahai Encik Lelaki. πŸ˜‰ Jangan pula anggap saya feminisme ya. Saya menulis berdasarkan pemerhatian dan pembacaan serta sedikit pengalaman daripada orang yang rapat dengan saya.

Cukuplah mukaddimah tentang janda dan duda di atas ya. Kisah yang akan saya bawakan sebentar lagi merupakan kisah benar yang akan saya tukarkan nama watak dan tempat kejadiannya supaya tidak akan disaman di kemudian hari. Hiks!

Biar saya namakan mereka Ms. J (nick name yang comel untuk Janda) dan Mr. D (encik Duda). Ms. J merupakan seorang usahawan wanita berjaya di bandar S berusia 39 tahun dan Mr. D seorang VVVVIP (punyala banyak “V’, maknanya Mr. D ini seorang yang ternamalah) di sebuah syarikat terkemuka di KL. Berusia mungkin 42-43 tahun. Ms. J telah berpisah dengan suaminya lebih kurang 2-3 tahun yang lepas. Begitu juga Mr. D, berpisah dengan isterinya lebih kurang 2 tahun.

Buat pengetahuan pembaca semua, selama berpisah dengan suaminya, Ms. J belum pernah dating dengan mana-mana lelaki lain untuk mengisi kekosongan hatinya. Beliau sibuk menguruskan perniagaan dan 2 orang anak serta menumpukan perhatian kepada ibu bapanya. Mr. D pula, dengan gelaran VVVVIPnya, dengan jawatan tinggi yang dipegang di syarikat terkemuka serta sibuk menguruskan projek-projek besar, saya andaikan juga tidak keluar dating dengan mana-mana perempuan. Tambahan pula dia juga tinggal bersama ibu bapanya, sudah pasti perhatiannya lebih kepada mereka.

Begitulah kehidupan Ms. J dan Mr. D selama 2 tahun sejak berpisah dengan pasangan masing-masing. Sehinggalah kecanggihan teknologi Internet menemukan mereka. (korang jangan tak tau, orang tua jaman sekarang lagi advance berchatting di Yahoo Messenger). Sejak berchatting di YM, bertukar-tukar gambar (mana aci, bagi gambar zaman muda-muda), maka Ms. J dan Mr. D mula terasa ada tindak balas kimia (chemistry la tu) di antara mereka. Sanggup bersengkang mata berchatting dari tengah malam hingga ke sahur (Malam Lailatulqadar ada tunggu tak?) Hiks. Mula pandai ber’sms’ dan calling-calling. Sang lelaki, dari KL sanggup meluangkan masa (padahal tengah bizi dengan projek) datang ke bandar S untuk bersua muka dengan Ms. J. Begitulah panahan asmara Duda dan Janda.

Nota bulu kaki : Nantikan sambungannya di dalam Cinta Duda & Janda – Episod II

Sedar tak sedar, lagi 3 hari umat Islam akan menyambut hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa penuh; Hari Raya Aidilfitri 1428H. (yang puasa tak berapa penuh, sila sambut Deepavali, CNY atau Pesta Keamatan ok!) Dalam keghairahan menyambut kedatangan Syawal ini, kita seringkali terlupa kepada Ramadhan yang bakal kita tinggalkan. Ramadhan bulan penuh keberkatan, rahmat dan segala macam kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Ramadhan juga membuka banyak pintu rezeki kepada para peniaga, usahawan, anak-anak yatim dan fakir miskin. Para peniaga dan usahawan pastinya begitu bersemangat mencari rezeki dengan berniaga pada bulan Ramadhan ini. Lihat saja di PARAM-PARAM (Pasar Ramadhan) sekitar KL, penyanyi yang biasa memegang mikrofon, bila tiba bulan Ramadhan pandai pula memegang sudip menggoreng ayam berempah. Jurutera yang biasanya bergelumang dengan habuk di tapak pembinaan, bergelumang pula dengan asap hasil memasak ikan bakar. Cikgu-cikgu sekolah pula, time inilah mengangkut satu kontena kuih raya untuk dijual kepada rakan-rakan seperguruan, guru besar, kerani, tukang kebun dan jangan tidak percaya, ada juga yang menjual kepada murid-murid kelasnya!

Kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan mereka yang serba kekurangan, Alhamdulillah, kedatangan Ramadhan dan Syawal sangat memberi erti kepada mereka. Pada bulan Ramadhan, biasanya wakil-wakil rakyat, persatuan-persatuan, badan-badan kebajikan, stesen TV dan orang-orang kenamaan berlumba-lumba memberi sedekah kepada mereka ini. Inilah masa untuk mereka merasa berbaju baru, berkasut baru dan merayakan Aildilfitri sebagaimana orang lain.

22 tahun yang lepas, semasa saya dalam darjah 1, wakil rakyat kami iaitu Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib (dulu beliau bergelar YB saja) bersedekah baju dan duit raya kepada anak-anak yatim. (saya menjadi anak yatim ketika berumur 6 tahun) Pada ketika itu, Allah saja yang tau gembiranya hati saya bukan kepalang. Saya masih ingat lagi, kain untuk membuat baju raya yang saya terima itu berwarna biru. Mujur juga ibu saya seorang tukang jahit. Jadi, kami tidak perlu membazirkan wang mengupah orang menjahit baju.

Kalau kanak-kanak sekarang main terjah saja mengutip duit raya walaupun dari rumah orang yang tidak dikenali, seingat saya, saya tidak pula begitu. Saya hanya menjalankan misi beraya di rumah jiran yang sudah tentu saya kenal dan masak sedap-sedap. (kecik-kecik pun dah kuat makan!) Kalau dapat duit raya, itu kira bonus. Itu seingat sayalah. Entah-entah saya beraya 2-3 kali di rumah yang sama yang bagi duit raya seringgit. Hihi. (Tahun 1980an, tuan rumah yang bagi duit raya seringgit, bolehlah dianggap orang ada-ada)

Apabila sudah bekerja, giliran saya pula memberi duit raya. Dekat-dekat nak raya, rasa macam nak pitam. Sebab mengenangkan kena bagi duit raya kan? Tapi, apa salahnya. Setahun sekali bersedekah. πŸ˜‰ Saya juga ada pengalaman papa kedana di waktu raya. Insiden itu berlaku semasa raya tahun 2003. 2 minggu lagi nak raya, kereta saya accident. Saya sondol bontot Wira seorang lelaki India. RM150 melayang. Syarikat tempat saya bekerja pula, bagi gaji cukup-cukup makan. Tak silap saya, setiap seorang dapat gaji RM500 saja sebelum raya. Sedih, kan? Baju raya pun saya tak dapat beli. Nasib baik kakak saya beri kain untuk dibuat baju raya. Saya minta mak saya potongkan kain itu dan saya jahit baju saya sendiri. Bila dalam keadaan terdesak, semua benda boleh buat. Tapi bila dah tak berapa miskin, baju raya main tempah je. Padahal, kalau jahit sendiri, dah jimat 40-50 hengget!

Kuih raya pula, saya tak berapa minat nak buat (ke tak reti?) Saya biasanya suka masak kek cokelat atau buat biskut batik saja. Kuih raya, bagi chance pada orang lainlah. Kesian Kak Senah tu kalau saya tak beli kuih raya dia. Hiks! Tapi saya ada pengalaman menjual kuih raya. Kawan minta saya tolong jualkan. Saya paksa budak-budak ofis dan boss saya beli. Dapatlah saya kuih raya free 2 bekas. Ok lah tu kan.

Selain itu, lagu raya pun memainkan peranan penting bagi menimbulkan mood berhari raya. Rangkaian lagu-lagu raya malar segar masih menjadi pilihan saya berbanding lagu raya yang dicipta oleh komposer-komposer baru. Cuba kita bandingkan lirik dan melodi lagu raya yang ditulis oleh P.Ramlee dengan..Entah, siapa ya?(tengok, komposer pun saya tak kenal) Lagu raya lama lebih menekankan aspek bermaaf-maafan, keinsafan, memuji kebesaran Allah dan sebagainya berbanding lagu raya zaman sekarang yang tertumpu kepada kegembiraan bermain mercun! Tidaklah semua lagu raya zaman sekarang begitu. Ada juga yang sedap seperti lagu Aishah dan Siti Nurhaliza. Tapi lagu raya yang saya tak boleh terima ialah lagu Awie (ke Wings?) Lagu raya, bunyi macam lagu nak buat konsert Rock. Oh! Pelllisss.

Tak kira zaman sekarang atau zaman dahulu, yang penting pengisian kita menyambut hari raya tersebut. Jangan lupa bermaaf-maafan, kunjung mengunjung dan merapatkan silaturrahim ya. Oh! Ada juga yang makan nasi minyak di musim-musim raya ini. Jadi di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya coretan saya ada yang menyinggung atau mencuit hati anda. Saya hanyalah seorang Ujie Brutal dan Mapia. Kalau berkesempatan ke Kuala Selangor, (kalau berani) singgahlah ke Kampung Kuantan. Saya ada di sana mungkin hingga 3-4 hari. Kalau ada rezeki anda, boleh merasa rendang daging landak.

Kepada yang memandu, “Don’t Sleep and Drive”. Bahaya tu. Penumpang di belakang, jangan lupa pakai tali pinggang keledar. Kepada yang sedang berdiet, teruskan diet anda. Jangan main bedal je segala benda (Oh!Ya. berat saya turun daripada 59kg kepada 50kg di bulan puasa ni. Terima kasih Tummy Trim…) Hahah! Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL MULIA dan MAAF ZAHIR & BATIN.

raya.png