Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Tahukah anda bahawa, memilih pasangan hidup umpama memilih lane yang paling lancar dan paling clear di LDP (Lebuhraya Damansara Puchong)? Hmm..Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah maksud perumpamaan yang saya suke-suki je cipta ni kan? Perumpamaan ini timbul di benak saya semasa sering berulang alik dari Damansara-Putrajaya sewaktu masih bekerja di syarikat lama. Sambil drive sambil layan blues, kata orang. Lebuhraya Damansara Puchong adalah lebuhraya yang menghubungkan antara Damansara dan Puchong (off course la). Info dari Wikipedia sila klik di sini.

Pernahkah saudara saudari menggunakan LDP? Pernahkah saudara saudari menggunakan LDP pada waktu puncak (pergi dan balik kerja)? Pernahkah saudara saudari menggunakan LDP pada waktu hujan? Jika semua jawapan bagi soalan di atas ialah “TIDAK”, maka apa yang boleh saya beritahu di sini ialah barangsiapa yang biasa melalui LDP, perlulah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, mesti pandai mencilok dan mesti pandai mengagak keadaan jalan.

Jadi, semasa saya sedang memandu di LDP, terutamanya di sekitar kilang Motorola dan Western Digital, Kelana Jaya serta di IOI Mall, Puchong, ketangkasan memilih lane yang paling laju amat diperlukan. Anda cuba bayangkan, ketiga-tiga lane di LDP sedang sesak teruk. Lane satu, langsung tidak bergerak. Lane kedua bergerak sederhana laju dan lane ketiga paling laju. Jadi sudah tentu kita akan memilih lane ketiga. Walaupun begitu, lane ketiga ini belum tentu terjamin kelancarannya sehingga anda sampai ke tempat yang ingin dituju. Sedang kita syok-syok drift di lane ketiga, tiba-tiba ada pula seekor kura-kura sedang menikmati pemandangan jalanraya mengganggu mood kita. Jadi, kita pun masuk lane kedua dengan harapan perjalanan kita menjadi lancar. Sebaik saja kita menukar ke lane kedua, tiba-tiba lane kedua pula langsung tidak bergerak (rupanya ada accident di depan). Anda sudah tersilap pilih lane. Anda mula bagi signal ke kanan untuk masuk semula ke lane ketiga. (ya, sikap manusia memang tidak sabar). Begitulah seterusnya sehingga anda berpuas hati.

Jadi apa kaitan dengan memilih pasangan? (semenjak dua menjak ni saya rasa macam jiwang pula!) Sepertimana yang anda juga tahu, memilih pasangan hidup bukan suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang kita rasa pasangan kita itu sudah sesuai dengan diri kita, tapi akhirnya timbul juga masalah. Kadang-kadang kita rasa perhubungan dengan pasangan kita lancar sahaja, tapi akhirnya putus juga. Kadang-kadang, orang yang kita tidak suka pada mulanya, akhirnya serasi pula dengan kita. Begitulah kehidupan.

Adakah anda nampak kaitan memilih pasangan hidup ini dengan memilih lane yang paling laju di LDP? (atau saya sorang je syok sendiri?) Anda harapkan orang yang anda pilih untuk berkongsi hari tua anda, berkongsi suka duka, berkongsi gelak tawa (walaupun anda tidak ada gigi dan memakai gigi palsu) adalah orang yang tepat. Anda memilih pasangan anda dengan berhati-hati, memilih dengan sebaik-baiknya. Anda juga mendapat restu keluarga. Tapi, jika pilihan yang anda buat ini masih tidak menemui bahagia, anggap saja ia sebagai cabaran hidup yang mesti ditempuhi. Tentu anda pernah dengar atau baca “Marriage is a gambling”. “Perkahwinan itu satu perjudian”. Bukan berjudi ya, tetapi perjudian hidup. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Cuma kita boleh berusaha dan berdoa agar Allah kurniakan kehidupan yang baik-baik sahaja kepada kita.

Saya mengaku saya pernah tersilap dalam memilih pasangan. Saya anggap saja ini dugaan Allah kepada saya. πŸ˜‰ Dan saya tak akan berhenti mencari lane yang paling lancar di LDP! Hahah! Oh ya, sekejap lagi saya akan ke Putrajaya untuk berjumpa client. Saya akan menggunakan LDP hari ini. Sambil tu boleh layan blues.

Sekian sahaja untuk hari ini. Sila tinggalkan pendapat anda sekiranya anda bersetuju atau tidak dengan saya.

p/s: Anda juga boleh tukar LDP kepada KESAS, NKVE, PLUS, Federal Highway mengikut kesesuaian anda. Hiks!

Siapa dapat kad ucapan raya (bukan kad raya elektronik ye) pada tahun ini, angkat tangan!! Hmm…nampaknya takde sorang pun yang dapat ye? Kad raya; 6-7 tahun dulu, menjadi suatu tanda bahawa anda masih diingati oleh kawan-kawan, sanak saudara, boifren-boiren atau gelfren-gelfren. πŸ˜‰ Tetapi apabila teknologi Internet berkembang pesat pada tahun 2000, ditambah pula dengan adanya kemudahan telefon bimbit, kad raya sudah dianggap artifak zaman batu. Sesiapa yang menerima kad raya pada tahun ini, walaupun hanya sekeping sepatutnya berbangga! (saya dapat 2 keping pada tahun ni πŸ˜€)

Bercerita tetang kad raya, semasa saya masih belajar di sekolah rendah (1985-1990), kad raya yang saya terima dari kawan-kawan berpuluh keping. Siap letak dalam album dan akan berlumba dengan kawan baik, siapa yang dapat kad raya paling banyak. Ada yang sampai beli sendiri, tulis sendiri, hantar kepada diri sendiri (saya tak ingat sama ada saya melakukan benda yang sama atau tidak. Hiks! Rasanya macam tak..) Petua saya mudah sahaja. Kalau nak dapat kad raya daripada orang, kita kena bagi kepada orang tu dulu. Jangan lupa letak pantun – Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas. Dan kalau kita nak tengok kad raya kita digantung di pokok hiasan di rumah kawan kita, jangan lupa sertakan pantun ini – Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung. Hehe. Kalau dapat kad raya dari cikgu, lagilah bangga.

Semasa di sekolah menengah, kad raya yang diterima sudah berkurangan. Mungkin yang hantar kad raya kepada kita, kawan-kawan yang sudah lama kita tak jumpa. Maklumlah, naik je sekolah menengah, ada yang masuk asrama atau berpindah ke tempat lain. Jadi, sebagai tanda ingatan, kiriman kad raya menjadi pengganti diri. Mungkin juga semasa di sekolah menengah, ada yang dah pandai admire pakwe tu, minat makwe ni. Jadi kad raya digunakan sebagai langkah pertama perkenalan atau mula menjalinkan persahabatan dengan ucapan “Assalamualaikum Suzi (bukan nama sebenar) Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Lebaran. Raya-raya jugak, PMR jangan lupa. Ikhlas dari Anak Pak Mat Tempe“. Begitulah lebih kurang.

Kemudian, apabila mula menjejakkan kaki ke universiti, lagilah tak dapat kad raya. Kalau ada pun, dari mak di kampung (itupun merengek-rengek 10x mintak mak kirim kad raya! Bukan ape, nak act sikit ngan kawan-kawan). Ataupun masa ni dah ada steady boifren/gelfren yang bagi kad raya bermuzik. Kalau boleh, setiap masa nak baca kad raya yang boifren/gelfren bagi tu sampai bateri lemah. Haha! Ini bukan cerita saya, cerita orang lain ye.

Tahun 2000 saya mula bekerja, Internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Saya sudah malas mengirim kad raya sebaliknya hanya mengirim kad raya elektronik saja. Cepat, jimat dan mudah! Saya biasanya mengirim kad raya melalui http://www.123greetings.com. Cantik dan bermacam-macam pilihan. Di samping itu, kita juga mengirim ucapan hari raya melalui SMS dan MMS. Salah satu SMS yang biasa saya kirim kepada kawan-kawan ialah, “Dagang Pak Malau dagang berlipat, dagang saya mengkuang Mak Limah, kalau teringin nak makan ketupat, jemput-jemputlah datang ke rumah“. Menarik bukan?

Ya kawan-kawan, begitulah perkembangan tekologi menghapuskan budaya mengirim kad ucapan hari raya pada zaman sekarang. Mungkin ada di antara adik-adik atau anak-anak kita yang dah tak tau apa itu kad ucapan hari raya. Dan sebab itu juga saya gelarkan kad raya sebagai artifak peninggalan zaman batu! Setuju?

Send this free eCard

Send this eCard !

Selamat Menyambut Lailatul Qadar!