Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Lama betul tidak memblog. Sepanjang minggu lepas saya tidak sempat online di sebelah siang. Bila balik rumah, badan pun dah penat. Tidur sajalah. πŸ˜‰

Isu penyapu ini dah basi , tapi tak mengapalah, saya masih mahu memberikan pandangan saya. Apabila terbaca berita mengenai Anugerah Penyapu yang diterima oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail pada minggu lepas, saya tidak berasa apa-apa. Maksud saya dari segi membawa sial atau apa-apa keburukan kepada si penerima. Tetapi apabila akhbar bertalu-talu menyiarkan isu ini setiap hari, saya mula terfikir akan kewajaran Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menganugerahkan penyapu tersebut. Jika ingin menegur, pendapat saya bukan ini caranya. Saya yakin, junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dahulu menegur sahabat-sahabat pemimpinnya yang melakukan kesilapan dengan cara berhemah dan tidak memalukan. Ini adalah contoh pemimpin yang agung.

Penyapu, hanyalah objek biasa yang amat berguna kepada kita. Kalau tidak ada penyapu, mungkin rumah kita kelihatan seperti pusat pelupusan sampah Bukit Tagar agaknya. Hiks! Tapi harus diingat, penyapu letaknya di lantai, di aras paling bawah dalam kehidupan kita (tapi kadang-kadang saya guna juga penyapu di siling untuk membersihkan sawang πŸ˜€). Bukankah simbolik memberi anugerah penyapu itu seperti meletakkan maruah seseorang seperti di tapak kaki? Mungkin maksud Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bukan begitu. Tetapi banyak cara lain untuk menegur kan? Hmm, entahlah. Mungkin lain orang, lain pandangannya. Bagaimana pendapat anda?

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo seharusnya berasa cemas ketika ini. Maklum saja, pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi dan pasti ramai pengundi di kawasan Ijok mula menimbang-nimbang sama ada pemimpin seperti beliau wajar dikekalkan dalam tampuk pemerintahan negeri Selangor. Wahai pengundi-pengudi di Ijok, pisau di tangan anda!

Masih ingat tentang lelaki Cina yang saya tulis dalam entri terdahulu? Dia mengajak saya makan malam hari ini. Setelah beberapa kali diajak, akhirnya saya bersetuju. Kami makan di sebuah restoran vegetarian – Nanking Court Vegetarian, Petaling Jaya. “Halal ke?”, tanya saya. “Pak Aji pun makan situ maaa..”, jawabnya. “Ya Allah, lindungilah aku daripada makanan haram”, doa saya dalam hati. Hiks!

alex.jpg
Inilah Alex

Jam 6 petang, saya dan seorang anak saudara saya, Azlyna menunggu Alex di hadapan Mobil petrol station. Selepas memarkir motornya di situ, kami terus ke Nanking. Masuk sahaja ke dalam restoran, banyak mata (mata sepet Cina) memerhatikan kami. Maklum saja, 2 gadis Melayu bertudung makan di situ di mana yang lain kesemuanya adalah Cina! Tak ada Pak Aji pun! Di pintu restoran tertera perkatan Halal yang dikeluarkan oleh badan agama South East Asia kalau tidak silap saya. Tawakkal sajalah.

azlyname.jpg
Saya dan Azlyna

alexme.jpg
Serashi tak? Muahahahha…

Kami memesan bermacam-macam jenis makanan seperti Curry “Meat”, Fried Mushroom, “Shark Fin” Soup, Fried Butter “Prawns”, Deep Fry Beancurd. Walaupun di dalam menu tertulis, “Meat”, “Shark Fin” atau “Prawns” tetapi kesemua itu adalah sayur-sayuran yang dibentuk seperti daging, udang dan juga sirip yu. Rasanya juga seakan udang dan daging. Begitulah kreatifnya pemakan sayur atau herbivor ini. Hehe..

currymeat.jpg
Curry “Meat”

sharkfin.jpg
“Shark Fin” Soup

prawn.jpg
Fried Butter “Prawns”

friedmushroom.jpg
Fried Mushroom

beancurd.jpg
Deep Fry Beancurd

icelemontea.jpg
Ice Lemon Tea. Gelas dia macam botol taucu kan?Huhu

licin.jpg
Sedap gilosshh sampai licennnn!!!

Sedap betul makanan di situ. Rugi pulak tak order Sweet & Sour “Pork”. Haha. Sekiranya anda juga adalah herbivor, saya syorkan restoran Nanking Court Vegetarian untuk dicuba! Harganya pun berpatutan. Nyam nyam. Rasa nak makan lagi. Anybody wants to belanja me Sweet & Sour “Pork”? πŸ˜‰

P/S: Ramai yang bertanya, adakah Alex ini bopren saya. Jawapannya TIDAK..