Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haha! Saya baru balik dari Padang Jawa. Menjadi Cikgu Norkiah Hanum. Cikgu kelas masak-memasak macam dalam cerita Masam-masam Manis. Hiks!

Sebenarnya saya dijemput oleh makcik saya untuk mengajar sekumpulan surirumah untuk membuat Triffle. Biasanya setiap hari Selasa, mereka akan berkumpul di Tadika Padang Jawa untuk kelas memasak. Dalam sebulan tu, 2 kali mereka akan diajar oleh seorang guru yang didatangkan dari KEMAS dan lagi 2 kali tu, pandai-pandailah mereka nak jemput sesiapa. Takpun, di antara mereka juga kadang-kadang yang jadi cikgu. Kongsi-kongsi resipi kata orang.

Kelas memasak tadi bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Anak murid saya semuanya 13 orang tadi. Sorang satu saya bagi salinan resipi. Senang kalau mereka nak buat sendiri nanti.

resipi
Salinan resipi

Bahan-bahan untuk membuat triffle, saya dah beli siap-siap di Giant Kotadem. Mujur periuk belanga, senduk, sudu, dapur masak semua dah tersedia di Tadika tersebut. Jadi senang kerja. Yang bestnya lagi, saya tunjuk sikit-sikit je. Makcik-makcik tu lah yang bergilir-gilir mengacau kastard – part yang paling menyeksakan. Huhu. Lenguh weii. 4 orang makcik-makcik bergilir-gilir pass senduk. Huhu..

Setelah bertungkus-lumus selama sejam, akhirnya siap jugak. Dan terima kasih juga kepada peti ais yang ada kat dalam Tadika tu. Kira complete macam rumahlah. Senang nak sejukkan triffle. Bila dah sejuk, makcik-makcik tu bawak balik sorang sikit. Triffle tu kan lembut, so, korek pakai senduk dan masukkan dalam plastik. Belasah jelah, janji sorang sikit dapat merasa. Sorry, takda gambar sebab henpon saya kong plak. Tensen siut!!

Dan yang paling best, tetiba saya dapat upah! Haha! Ingatkan tolong ajar gitu-gitu aje. Tak sangka pulak ada saguhati. Blehla, kaver duit minyak.

Ye, saya jadi Cikgu Norkiah. Cikgu kelas masak-memasak. Bukan pompan kabaret yang menyanyi di Copa Cabana Nite Club, ok..Huhu…

cashtocrash1

Klik gambar untuk rajah lebih besar

Ketidaktentuan pasaran saham (market uncertainty) merupakan perkara yang tidak boleh dielak atau dikawal oleh kita. Tiada siapa boleh menjangka ekonomi negara akan mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi global walaupun sudah menjadi satu trend yang mana setiap 10 tahun akan berlaku pusingan (cycle) tersebut.

Jika kita masih ingat pada tahun 1998, bagaimana ekonomi yang sangat stabil sebelum itu, terjejas teruk akibat Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL/KLCI) menjunam sehingga 261.33 mata pada Ogos 1998. Walau bagaimanapun, dengan rancangan pemulihan ekonomi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, dapat memulihkan ekonomi negara dengan agak pantas walaupun negara serantau yang lain masih terkial-kial mencari formula bagi memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Dengan kestabilan ekonomi dan kepercayaan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, KLCI mencecah sehingga 1,524.69 mata pada 14 Januari 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 1263.36 mata atau lebih 480%.

Oleh itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan trend penurunan KLCI (yang bertindak sebagai petunjuk keadaan ekonomi) sekarang ini, adalah diharapkan agar pelabur-pelabur Unit Amanah supaya kekal melabur dan mengambil peluang untuk membeli dana-dana Unit Amanah pada harga murah/rendah. Ini adalah kerana, statistik menunjukkan bahawa pasaran saham akan kembali pulih dan menjadi lebih kuat setiap kali berlakunya kemelesetan atau market adjustment (pembetulan pasaran saham). Sebagai contoh, selepas berakhirnya Perang Teluk pada 1993 (rujuk rajah), ekonomi Malaysia telah menunjukan peningkatan yang ketara. Begitu juga apabila ekonomi sudah sampai ke kemuncak, pasaran saham akan melakukan proses pembetulan atau adjustment dan menyebabkan ekonomi akan menunjukkan trend penurunan. Begitulah pusingan turun naik ini akan berlaku berulang-ulang. (Rujuk rajah)

Bagaimana Senario Ini Boleh Berlaku?

Apabila pasaran saham meningkat (rujuk rajah), pelabur-pelabur akan mula teruja dan gembira dan akan membiarkan pelaburan mereka dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi dan berlipat kali ganda (Tamak). Walau bagaimanapun, di satu pihak yang lain, pelabur-pelabur yang takut akan cuba untuk mengurangkan kerugian (“cut loss”) apabila mereka melihat keadaan pasaran saham tidak begitu memberangsangkan. Akibatnya, ramai pelabur yang tersilap langkah “Membeli ketika harga tinggi, dan menjual pada harga rendah”.(Buy high sell low)

Untuk menjadi pelabur yang “evergreen”, pelabur hendaklah mempunyai strategi pelaburan yang betul (Ringgit Cost Averaging) dan sikap atau attitude yang waras.

Jadilah pelabur jangka masa panjang (long term investor). Seperti yang dikatakan oleh Greg Whimp (CEO Singapore-based Professional Investment Advisory) “Time in” the market, not “Timing” it. (Majalah Smart Investor, Mac 2003).

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah pelabur yang bijak tidak akan memilih masa untuk melabur kerana setiap masa adalah masa yang sesuai untuk melabur (Everytime is the best time to invest). Apa yang penting, kekal melabur/menyimpan tidak kira ekonomi naik atau turun kerana volatiliti pasaran saham akan memberikan peluang untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun) sekiranya anda kekal dalam pasaran. (stay invested in the market).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan percuma, anda dialu-alukan menghubungi saya melalui email di ujie[at]ujie.com.

Ujie
019-388 9306
Perunding Unit Amanah CIMB Wealth Advisors