Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya telah mencurik beberapa keping gambar dari Facebook rakan saya, Atikha. Haha! Nak gelak guling-guling. Kelakarnya muka sorang-sorang masa sekolah dulu. Huhu..Gambar ni masa saya di tingkatan 4 dan 5 semasa bersekolah di MRSM Jasin (1994-1995). Jom bergelak ketawa secara berjemaah dan synchronize!

mrsm2
Masa Form 4. Ambil gambar untuk majalah maktab.
Dari kiri belakang : Hazemi, Asri, Wal Ismi, Azman, Saiful Amin, Faizul, Azhar
Dari kiri tengah : Noor Suhaila (Awa), Zulaikha, Farahida, Norhaini (Norai), Saya (Ujie da Piwitgirl), Rosniza (Che Ros), Aslina, Normalina (Kak Norm), Muaiza (Eyja), Atikha dan Irham Nordeena
Dari kiri duduk : Hafizan (Adik), Khairul Azmi (Jebb), Hidayat (Dayat), Ikhwan, Irfan dan Khairil

mrsm3
Form 5, untuk majalah maktab juga.
Dari kiri belakang :
Faizul, Wal Ismi, Irfan, Hazemi, Asri, Saiful Amin, Hidayat, Khairil, Azhar, Ihkwan, Hafizan, Jebb
Dari kiri belakang : Irham, Farah, Eyja, As, Kak Norm, Che Ros, Atikha, Zulaikha, Norai, Ujie da Piwitgirl dan Awa

mrsm
Mock up Haji/Umrah..Malas nak tulis nama..Huhu

Kelakar okay, bertelekung tengah-tengah panas kat padang sekolah. Siap ada kotak hitam kat padang tu, konon-konon Kaabah. Nampak tak  ‘kain ihram’ yang budak-budak lelaki pakai tu? Haha, tu dorang punye cadar. Siap ada darah nyamuk. Pastu ada karat-karat katil besi kaler coklat yang tak hilang. Muahahahaha..Lawak..lawak..i miss the good old days! Rindu kat dorang semua. Rindu kat kelas J. J untuk Jebat atau Jaguh (Time tu citer Jaguh-jaguh tengah top. Yang Eizlan Yusoff berlakon first time jadi hero badminton. Ingat tak? Huhu). Oleh kerana pelajar perempuan kelas kami nakal dan garang-garang belaka, maka kami digelar Pailang-J. Cool kan? Heehee..

Untuk pengetahuan pembaca, batch saya sahaja ada lebih kurang 400 orang pelajar. Jadi kelas untuk batch kami ada 18 kelas, A-R. Kelas A-L adalah untuk Sains Tulen (amik subjek Biologi) dan kelas M-R untuk pelajar-pelajar aliran Sains Gunaan (amik subjek Prinsip Akaun, lain-lain subjek adalah sama).

Setiap kelas ada 2 homeroom. Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan dijaga oleh seorang guru. So, kalau ada masalah pelajaran ke, masalah bercinta ke, apa-apa masalah la, bolehlah rujuk kepada penjaga masing-masing. Kiranya doranglah yang jadi mak bapak kami kat asrama. Setiap 2 minggu sekali kalau tak silap saya, akan ada perjumpaan untuk setiap homeroom. Masa ni, bolehlah luahkan apa-apa yang terbuku di hati. Hiks!

Hai, banyak betul kenangan manis masa kat MRSMJ dulu. Saya siap berangan nak anta sume anak-anak saya nanti belajo kat MRSM. Perasan! Haha…Cepatnya masa berlalu. Dah 14 tahun rupanya…

BABI!

That’s all i can say. Please, pardon me if this word is too harsh! (When I’m angry, I speak English..Kih kih kih)

—————————————————————–

Sumber: Utusan Online

Bayi setahun didera secara seksual

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Lebih teruk daripada binatang. Usia bayi perempuan itu baru setahun. Namun si ‘pemangsa’ bertindak seperti binatang – memasukkan objek seperti pensil atau jari ke dalam kemaluan bayi itu.

Perbuatan suspek dipercayai bertujuan memuaskan nafsu serakahnya.

Segala-galanya terbongkar apabila ibu bayi malang itu mengesan darah pada kemaluan anaknya semasa menukar lampin pada 18 Februari lalu.

Ibu bayi itu yang hanya ingin dikenali sebagai Liew, 20-an berkata, dia menghantar anak sulungnya ke rumah pengasuh di Bandar Baru Sentul sejak tujuh bulan lalu.

Dia yang bekerja sebagai kerani terkejut apabila mendapati kemaluan anaknya mengeluarkan darah.

“Saya terus membawa anak ke klinik berdekatan dan doktor menasihatkan agar membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan anak saya dimasukkan dengan sesuatu ‘benda’ seperti pensil atau jari lebih tiga kali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, dia ada memaklumkan perkara itu kepada pengasuh bayinya tetapi jawapan yang diterima – tiada kemalangan menimpa anaknya.

Menurut Liew, akibat kejadian tersebut, anaknya berubah menjadi kurang aktif, kerap menangis dan selalu mengalami demam panas serta muntah-muntah.

“Saya tidak lagi menghantar anak saya ke rumah pengasuh tersebut dan terus berhenti kerja sejak kejadian itu,” katanya.

Dia memberitahu, keluarga pengasuh anaknya mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 tahun.

Liew membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 18 Februari, iaitu hari dia mengesan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan sikap kasar polis yang menyiasat kes tersebut,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Choo Lily ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Polis masih menyiasat dan telah mengambil keterangan ahli keluarga pengasuh terbabit,” katanya sambil memberitahu setakat ini tiada penahanan dibuat.