Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Alhamdulillah! Syukur sebab Allah masih sayangkan saya. Masih dipanjangkan umur untuk terus menulis kat sini. Masih diberi kesempatan untuk menghirup udaraNya dan terus bernafas.

Hah! Kellasss tak intro Kak Maria nih? Macam ni uols.. Semalam saya nyaris-nyaris nak terlibat dalam kemalangan. Bukan kemalangan manja-manja punye. Ni mau kemalangan maut kot. Nauzubillah.

Kejadian ni baru berlaku petang semalam. Saya dan seorang rakan dalam perjalanan dari Putrajaya ke KL melalui lebuhraya KESAS. Saya di lane tengah. Di hadapan saya ada sebuah kereta dan depan kereta tu ada pulak lori putih, tak silap lori 3 tan camtulah lebih kurang. Kelajuan saya masa tu dalam 80km/j je. Tak laju sangat, taklah tehegeh-tehegeh sangat kan?

So, tengah borak-borak dengan kawan tu, tetiba saya nampak lori putih tu laju-laju masuk lane kiri. Eh apahal plak nih, tak sampai sesaat, kereta depan saya pun sama berdesup masuk lane kiri. Uwaaaa… Tetiba ada kereta berhenti bebetul kat lane tengah, kat tengah-tengah lebuhraya. Zaasssss!!!! Mak pun mencilok ke lane kiri jugak uols. Tanjat boboi. Saya memang tawakkal je tu. Mujur jugak lane kiri tu takde kenderaan yang duduk kat belakang saya. Kalau tak.. Memang nahas. Silap-silap jadi Allahyarhamah Suzilah.

Sepanjang 10 tahun saya memandu ni, saya dah terlibat dalam beberapa edisi kemalangan. Wah! Edisi katanya. Ada yang saya sendiri drive, ada jugak yang orang lain drive. Pertama sekali masa tahun 2003 tak silap. Saya terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 6 buah kereta. Macam sandwich!! Kiranya saya ni roti sandwich yang nombor 3. Haha.. Lokasi kejadian kat lebuhraya PLUS, dekat dengan restoran jejantas Sungai Buloh. Dahla lagi seminggu nak raya kot masa tu. Hambek!!! Saya kena bayar RM200 kat India keta depan yang saya langgar. Dia pakai keta Wira. Boot keta dia ternganga ke atas! Keta belakang saya pulak, saya tak caj ape-ape sebab masa tu, bumper keta Iswara saya rilek je. Calar-calar sikit. Oh ya. Keta belakang saya pun Wira jugak. Pun bonet dia ternganga. Kesian Wira-wira itteww.. Motip nama Wira tapi tak wira? Salute la lu Iswara. Mane tah Iswara tu sekarang lepas saya jual dia.

Kemalangan kedua pulak agak ngeri. Berlaku pada tahun 2005 lepas turun dari berkelah kat sungai apentah kat jalan turun dari Genting-Kuala Kubu. Taulah jalan dia kan bengkang-bengkok sikit. Masa ni member saya yang drive dan saya mengaku kemalangan ni berpunca daripada saya. Masa tu saya tak pakai seatbelt dan tengah sebok berbedak dan bercermin. Entah macam mana masa dia amik lap tu saya macam tak dapat kawal badan saya nak terkedepan. So dalam masa terkejut tu, tangan saya gatal tercapai stereng dan apa lagi, kereta pun terhuyung hayang, hentam tembok tanah sebelah kiri, pastu hentam pulak ke belah kanan, hentam lagi sebelah kiri. Saya tak ingat bape kali tapi yang last sekali, keta tu berhenti betul-betul kat tanah yang agak berbusut di sebelah kanan. Lebih kurang semeter daripada gaung! Kalau kat situ takde penghalang, memang saya dah masuk gaung kot. Sampai sekarang, kadang-kadang saya akan terbayang balik peristiwa tu. Ngeri seh!!! Sudahnya cermin mata saya bengkok, dahi bengkak dan dagu kawan saya tu luka. Sian dia..

Kemalangan ketiga pulak berlaku pada tahun 2009 kalau tak silap. Pun beberapa hari sebelum raya. Masa ni saya bawak kereta member. Nak tau hentam ape? BMW uols! Kau mampooooo? Merasa kemek pintu kanan BMW tu. Puncanya sebab u-turn kat tempat tak boleh u-turn. Hambek ko saman RM300. Nanges!

Lepas pada tu, adala jugak kemalangan yang manja-manja. Takdelah ngeri sangat. Tapi ada satu tu, hmmm… Allah balas kat saya on the spot kat dunia. Masa tu saya baru kuar dari Masjid Damansara Utama. Masa nak reverse, saya terlanggar kereta kat sebelah saya. Maybe calar sikit. Saya takut saya terus blah je dari situ. Kebetulan pulak saya nak jumpa client kat PJ. On the way balik dari PJ tu, saya terlanggar lopak yang agak besar. Memang hentam baekkk punye! So buat biasalah jelah. Tak lama lepas tu, terasa kereta saya jalan senget sebelah, terhenjut-henjut. Jauh gakla dah jalan baru saya sedar. Saya berhentilah kat tepi. Sekali tengok, tayar pecah. Rim dah nak kemek!! Mujur ada tayar spare. Bertungkus lumuslah pulak tukar tayar. Bawak gi kedai, kena tukar tayar baru. RM150 kot kena. Padan muka aku! Patutnya lepas saya langgar keta kat masjid tu, saya tunggu tuan dia datang untuk saya mintak maaf. Tak pun saya tinggalkan nombor telefon ke untuk dia contact saya semula. Tak payah semua ittew! Allah bagi balasan cash kat saya.

So, itu je kot kejadian-kejadian ngeri yang saya pernah alami. Saya doa lepas ni mintak selamat semua. Kalau boleh tanak dah terlibat dalam mana-mana kemalangan lagi sebab arwah abah saya pun meninggal sebab kemalangan kan. Walaupun bukan meninggal kat tempat kejadian (dia koma 2 minggu kat HKL), tapi saya dah mengalami keperitan kehilangan ayah akibat kemalangan. Mintak dijauhkan.

So kawan-kawan. Berhati-hati memandu. Don’t SMS & Drive! Ni peringatan untuk diri sendiri sebab saya keji suka sms sambil drive. Isk isk isk. Not good! Ok daa…

Wahhh.. Ada yang marah-marah bila saya tulis entry tak kena dengan tajuk semalam. Siap ada yang SMS soh sambung. Haha, memang tak sempat uols. Lepas saya menggelupur pukul 7.30 baru nak mandi, siap laju-laju terus keluar jumpa client. Dahlah jalan jem lepas tol Damansara tu. Sabarrrrrr je aku. Pukul 8 lebih dia SMS bagitau dia dah sampai. Saya pulak ngam-ngam je sampai pukul 9. Fuhh!!

Ok, berbalik pada tajuk asal, CINTA TANPA SYARAT.Cuba baca kisah kat bawah ni dulu..

Cerita tentang seorang tentera yang akhirnya pulang setelah bertempur dengan Vietnam. Dia menghubungi ibu dan ayahnya di San Fransisco.

“Mama dan papa, saya ingin pulang, tapi saya ada kawan, saya ingin membawanya pulang bersama saya.

“Tentu, kami gembira bertemu dengannya” jawab mereka.

“Ada sesuatu yang mama dan papa harus tahu”, lanjut sang anak, dia terluka parah dalam pertempuran. Dia terpijak periuk api dan kehilangan tangan dan kakinya, dia tidak ada tempat untuk tinggal dan saya ingin dia tinggal bersama kita”.

“Kami sedih mendengarnya nak. Mungkin kita dapat membantunya mencarikan tempat tinggal”.

”Tidak Ma Pa, saya ingin dia tinggal bersama kita”.

”Nak, kamu tidak tahu apa yang kamu minta”, kata sang ayah.

“Seorang yang cacat akan menyusahkan kita. Kita ada kehidupan sendiri dan kita tidak mahu masalah seperti ini mengganggu kita. Kami rasa kamu sebaiknya pulang saja dan lupakan orang ini. Dia akan menemukan cara untuk hidupnya sendiri”.

Lalu sang anak mematikan telefon dan ibu bapanya tidak mendengar khabar berita darinya lagi. Beberapa hari kemudian, mereka menerima panggilan dari Jabatan Polis San Francisco. Mereka diberitahu bahawa anak lelaki mereka telah mati setelah jatuh dari bangunan tinggi. Polis yakin bahawa ini adalah kes bunuh diri.

Ibu bapa yang sedang berduka itu terbang ke San Francisco, dan dibawa ke bilik mayat untuk mengenalpasti tubuh anak mereka. Mereka mengenalinya, tapi yang menakutkan, mereka juga menemui sesuatu yang tidak mereka ketahui, anak mereka hanya mempunyai satu tangan dan satu kaki.

Ibu bapa dalam cerita ini serupa dengan kebanyakan daripada kita. Kita biasanya mudah menyukai orang yang cantik dan menyenangkan, tapi kita tidak menyukai orang yang menyusahkan atau yang membuat kita bermasalah. Kita biasanya menjauhi orang yang tidak sesihat, secantik atau sepintar kita. Adalah sangat beruntung sekiranya seseorang mencintai kita tanpa syarat, yang menganggap kita sahabat, tanpa memperdulikan betapa buruknya diri kita.

Apa yang dimaksudkan sebenarnya dengan Cinta Tanpa Syarat ni? Pada yang berpasangan, pernah tak terpikir yang korang menerima pasangan masing-masing sebab apa? Atau apa yang menyebabkan pasangan kita menerima diri kita? Sebab lawa atau ensem? Sebab kaya dan berharta? Lulusan U kononnya? Mak ayah Dato’ Datin? Tak kan? Mesti sebab CHENTAAAA… Walaupun dia buruk pada pandangan orang lain, tapi bukan main lawa lagi pada pandangan kita. Walaupun dia lulusan SPM, tapi bagi kita, dia bijak laksana. Sume sebab apa? Sekali lagi sebab CHENTAA….

Walau apa pun, Rasulullah ada memberikan bimbingan kepada kita agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan. Ok, fine. Itu sume orang tau tapi yang menjadi persoalan, adakah semua orang boleh terima kekurangan pasangan masing-masing? Misalnya, pasangan kita makan berbunyi, selalu terlupa mana letak barang (macam perangai ahkak je ni..hiks), suka sendawa kuat-kuat (ee yeuwww!!), suka cakap besar, suka marah-marah, kaki pukul, kaki betina (minta mahap kasar sikit), mulut longkang dan sebagainya.

Ada di antara sifat-sifat buruk yang saya senaraikan di atas, saya sendiri pun tak dapat nak menerimanya. Contohnya kalau dapat laki kaki pukul. Apa kejadahnya kita nak tunggu lagi kan? Badan dan lebam birat, nak sayang lagi ke? Atau pun kaki betina, kaki botol, kaki judi (mintak dijauhkan), boleh tahan ke nak hidup lagi dengan dia? Tetapi kalau setakat sendawa kuat-kuat ke, kentut merata ke, selalu tertinggal barang ke, ala.. Tu kan benda kecik. Tak payahla nak besar-besarkan cerita macamkan dosa besar pulak kan? Tetapi saya tau, ada orang yang tak boleh terima benda-benda kecik macam ni. Bagi dia, benda ni satu perkara yang serius yang dia tak suka pasangan dia buat. So, pokok pangkalnya, diri sendiri. Boleh tak kita terima kekurangan pasangan masing-masing? Sebab kita kena ingat yang diri kita sendiri pun bukanlah 100% sempurna.

Sebenarnya Cinta Tanpa Syarat ni ialah perasaan cinta selepas kita dah pilih dia sebagai pasangan hidup kita. Kalau yang baru mula nak berkenalan tu, biasanya memanglah kita akan tapis-tapis dulu. Memanglah macam-macam terma dan syarat yang kita letak. Contohnya macam saya sendiri tak lalu kalau lelaki badan berbau. Bukan badan berbau lepas penat buat kerja tu. Tapi ni yang kita tau jenis tak mandi punya orang. Kuku tangan dan kaki berkeladak. Hello, kalau muka ko ensem macam Hyun Bin pun kalau ketiak kepam, tak macho oke..

 

I lap yu Hyun Bin.. Kalo dapat cam Hyun Bin ni, sumpah I tak carik lain!!! Kah kah kah..

Paham ke apa yang saya bebel-bebel kat atas tu? Maksud saya macam ni. Katalah Brad Pitt kawen ngan Angelina Jolie. Masa bercinta dulu, Brad Pitt tau dah Angelina makan berbunyi dan dia tak kisah, Kiranya dia boleh terimalah. Tapi yang dia tatau rupa-rupanya Angelina ni tido berdengkur. Bila dah kawen baru tau. Masa tu lah tetiba ada rasa tak puas hati. Marah, bengang sume. Pastu rasa menyesal sebab dah terkawen. Siap letak syarat, “Kalau you tak boleh berhenti berdengkur, kita bercerai!“. Haa macam tulah lebih kurang. Rilekla bro. Ko pegila bawak dia pegi treatment ke ape ke. Ni nak senang je.

Ataupun ada juga pasangan yang kalau boleh, nak ubah pasangan dia ikut kehendak dia. Memanglah tak salah nak ubah pasangan ke arah kebaikan tapi kalau semua benda pun tak kena pada pandangan dia, ahh susah la macam ni baii.. Contohnya si suami suka pegi memancing. Masa bercinta dulu oke je. Siap boleh ikut boipren pegi mancing lagi. Tapi bila dah kawen kesian suami dia. Kena kongkong. Asal suami gi mancing, dia mintak cerai. Haha.. Oke, over punye contoh.

Senang cite cemana nak cakap eh? Erm.. Macam ni lah, kalau at the first place kita boleh terima dia, setuju nak kawen dengan dia. Boleh terima baik buruk dia. Takkan lepas kawen, ada benda-benda yang pasangan kita buat, yang mungkin bagi orang lain kecik je masalahnya. Tapi bagi kita satu benda yang besar pastu kita terus tak boleh terima. Terus je kita nak carik orang lain yang lagi best.

Ataupun macam ni. Masa bercinta-cinta dulu, mamat ni tau yang awek dia suka membebel. Apa benda sume nak dibebelnya. So, mamat ni tak kisah. Boleh terima. Alih-alih bila dah 20 tahun kawen, tetiba pulak dia tak boleh terima bini dia kuat membebel. Apa kes? Pastu dia carik orang baru yang tak suka membebel kononnya. Tak acilah kan? Anggap jelah kekurangan tu sebagai satu kelebihan. Dibuatnya bini tu tetiba bisu, haaa baru pulak tau rindu nak dengar suara dia nanti.

Saya ada terbaca suratkhabar hari tu. Artikel pasal Julia, isteri Saleem Iklim yang boleh terima baik buruk suaminya. Masa dorang baru berkawan-kawan, dia tau yang Saleem penagih dadah. Dia mintak pandangan mak ayah untuk dia kawen ngan Saleem. Dorang ok. So, bila dah kawen, dia cuba tolong si Saleem ni berhenti hisap dadah. Dia jaga, dia rawat, dia berkorban macam-macam asalkan Saleem boleh berhenti menagih. Sampai ada yang cakap dia kongkong laki dan sebagainya. Tapi dia buat tak peduli. Alhamdulillah, sekarang Saleem dah pulih tapi still kena dimonitor lagi sebab orang macam ni fragile. Senang dipengaruhi. So, bagi saya inilah salah satu contoh Cinta Tanpa Syarat. Si Julia ni tadi boleh terima baik buruk Saleem dan pada masa yang sama membantu si Saleem ni berubah. Kan bagus..

Saleem Iklim bersama isteri dan anaknya. Baca artikel mereka di sini.

So, cintailah pasangan anda tanpa syarat. Sebab bukan semua orang yang berpeluang untuk dicinta dan mencintai. Terima kekurangan pasangan sebagai kelebihan. Sebab cinta ni bukan kah untuk saling melengkapi? Semoga juga kekal sebagai pasangan sampai tua kerepot, muka berkedut dan takde gigi. Heehee 😀

Daripada tangan cantekk macam ni..

sampai jadi

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Macam ni…hhuhu

Pergghh!! Penatnya nak mengarang. Daripada pukul 10 pagi sampai 2 petang baru siap. Oklah, nak mandi. Makan pun tak lagi ni. Lapooo….Oh sebelum tu, terimalah lagu Karena Cinta ni. Saya suka dengan lirik dia..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=vvLSDycMCHE&feature=related[/youtube]

Karena Cinta

Hari ini adalah lembaran baru bagiku
Ku di sini karena kau yang memilihku
Tak pernah ku ragu akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi untukmu

Dan bila aku berdiri
Tegar sampai hari ini
Bukan karena kuat dan hebatku
Semua karena cinta
Semua karena cinta
Tak mampu diriku dapat berdiri tegak
Terima kasih cinta

Tak pernah ku ragu akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi untukmu

Dan bila aku berdiri
Tegar sampai hari ini
Bukan karena kuat dan hebatku
Semua karena cinta
Semua karena cinta
Tak mampu diriku dapat berdiri tegak
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Ok, bai!