Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Wahhh.. Ada yang marah-marah bila saya tulis entry tak kena dengan tajuk semalam. Siap ada yang SMS soh sambung. Haha, memang tak sempat uols. Lepas saya menggelupur pukul 7.30 baru nak mandi, siap laju-laju terus keluar jumpa client. Dahlah jalan jem lepas tol Damansara tu. Sabarrrrrr je aku. Pukul 8 lebih dia SMS bagitau dia dah sampai. Saya pulak ngam-ngam je sampai pukul 9. Fuhh!!

Ok, berbalik pada tajuk asal, CINTA TANPA SYARAT.Cuba baca kisah kat bawah ni dulu..

Cerita tentang seorang tentera yang akhirnya pulang setelah bertempur dengan Vietnam. Dia menghubungi ibu dan ayahnya di San Fransisco.

“Mama dan papa, saya ingin pulang, tapi saya ada kawan, saya ingin membawanya pulang bersama saya.

“Tentu, kami gembira bertemu dengannya” jawab mereka.

“Ada sesuatu yang mama dan papa harus tahu”, lanjut sang anak, dia terluka parah dalam pertempuran. Dia terpijak periuk api dan kehilangan tangan dan kakinya, dia tidak ada tempat untuk tinggal dan saya ingin dia tinggal bersama kita”.

“Kami sedih mendengarnya nak. Mungkin kita dapat membantunya mencarikan tempat tinggal”.

”Tidak Ma Pa, saya ingin dia tinggal bersama kita”.

”Nak, kamu tidak tahu apa yang kamu minta”, kata sang ayah.

“Seorang yang cacat akan menyusahkan kita. Kita ada kehidupan sendiri dan kita tidak mahu masalah seperti ini mengganggu kita. Kami rasa kamu sebaiknya pulang saja dan lupakan orang ini. Dia akan menemukan cara untuk hidupnya sendiri”.

Lalu sang anak mematikan telefon dan ibu bapanya tidak mendengar khabar berita darinya lagi. Beberapa hari kemudian, mereka menerima panggilan dari Jabatan Polis San Francisco. Mereka diberitahu bahawa anak lelaki mereka telah mati setelah jatuh dari bangunan tinggi. Polis yakin bahawa ini adalah kes bunuh diri.

Ibu bapa yang sedang berduka itu terbang ke San Francisco, dan dibawa ke bilik mayat untuk mengenalpasti tubuh anak mereka. Mereka mengenalinya, tapi yang menakutkan, mereka juga menemui sesuatu yang tidak mereka ketahui, anak mereka hanya mempunyai satu tangan dan satu kaki.

Ibu bapa dalam cerita ini serupa dengan kebanyakan daripada kita. Kita biasanya mudah menyukai orang yang cantik dan menyenangkan, tapi kita tidak menyukai orang yang menyusahkan atau yang membuat kita bermasalah. Kita biasanya menjauhi orang yang tidak sesihat, secantik atau sepintar kita. Adalah sangat beruntung sekiranya seseorang mencintai kita tanpa syarat, yang menganggap kita sahabat, tanpa memperdulikan betapa buruknya diri kita.

Apa yang dimaksudkan sebenarnya dengan Cinta Tanpa Syarat ni? Pada yang berpasangan, pernah tak terpikir yang korang menerima pasangan masing-masing sebab apa? Atau apa yang menyebabkan pasangan kita menerima diri kita? Sebab lawa atau ensem? Sebab kaya dan berharta? Lulusan U kononnya? Mak ayah Dato’ Datin? Tak kan? Mesti sebab CHENTAAAA… Walaupun dia buruk pada pandangan orang lain, tapi bukan main lawa lagi pada pandangan kita. Walaupun dia lulusan SPM, tapi bagi kita, dia bijak laksana. Sume sebab apa? Sekali lagi sebab CHENTAA….

Walau apa pun, Rasulullah ada memberikan bimbingan kepada kita agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan. Ok, fine. Itu sume orang tau tapi yang menjadi persoalan, adakah semua orang boleh terima kekurangan pasangan masing-masing? Misalnya, pasangan kita makan berbunyi, selalu terlupa mana letak barang (macam perangai ahkak je ni..hiks), suka sendawa kuat-kuat (ee yeuwww!!), suka cakap besar, suka marah-marah, kaki pukul, kaki betina (minta mahap kasar sikit), mulut longkang dan sebagainya.

Ada di antara sifat-sifat buruk yang saya senaraikan di atas, saya sendiri pun tak dapat nak menerimanya. Contohnya kalau dapat laki kaki pukul. Apa kejadahnya kita nak tunggu lagi kan? Badan dan lebam birat, nak sayang lagi ke? Atau pun kaki betina, kaki botol, kaki judi (mintak dijauhkan), boleh tahan ke nak hidup lagi dengan dia? Tetapi kalau setakat sendawa kuat-kuat ke, kentut merata ke, selalu tertinggal barang ke, ala.. Tu kan benda kecik. Tak payahla nak besar-besarkan cerita macamkan dosa besar pulak kan? Tetapi saya tau, ada orang yang tak boleh terima benda-benda kecik macam ni. Bagi dia, benda ni satu perkara yang serius yang dia tak suka pasangan dia buat. So, pokok pangkalnya, diri sendiri. Boleh tak kita terima kekurangan pasangan masing-masing? Sebab kita kena ingat yang diri kita sendiri pun bukanlah 100% sempurna.

Sebenarnya Cinta Tanpa Syarat ni ialah perasaan cinta selepas kita dah pilih dia sebagai pasangan hidup kita. Kalau yang baru mula nak berkenalan tu, biasanya memanglah kita akan tapis-tapis dulu. Memanglah macam-macam terma dan syarat yang kita letak. Contohnya macam saya sendiri tak lalu kalau lelaki badan berbau. Bukan badan berbau lepas penat buat kerja tu. Tapi ni yang kita tau jenis tak mandi punya orang. Kuku tangan dan kaki berkeladak. Hello, kalau muka ko ensem macam Hyun Bin pun kalau ketiak kepam, tak macho oke..

 

I lap yu Hyun Bin.. Kalo dapat cam Hyun Bin ni, sumpah I tak carik lain!!! Kah kah kah..

Paham ke apa yang saya bebel-bebel kat atas tu? Maksud saya macam ni. Katalah Brad Pitt kawen ngan Angelina Jolie. Masa bercinta dulu, Brad Pitt tau dah Angelina makan berbunyi dan dia tak kisah, Kiranya dia boleh terimalah. Tapi yang dia tatau rupa-rupanya Angelina ni tido berdengkur. Bila dah kawen baru tau. Masa tu lah tetiba ada rasa tak puas hati. Marah, bengang sume. Pastu rasa menyesal sebab dah terkawen. Siap letak syarat, “Kalau you tak boleh berhenti berdengkur, kita bercerai!“. Haa macam tulah lebih kurang. Rilekla bro. Ko pegila bawak dia pegi treatment ke ape ke. Ni nak senang je.

Ataupun ada juga pasangan yang kalau boleh, nak ubah pasangan dia ikut kehendak dia. Memanglah tak salah nak ubah pasangan ke arah kebaikan tapi kalau semua benda pun tak kena pada pandangan dia, ahh susah la macam ni baii.. Contohnya si suami suka pegi memancing. Masa bercinta dulu oke je. Siap boleh ikut boipren pegi mancing lagi. Tapi bila dah kawen kesian suami dia. Kena kongkong. Asal suami gi mancing, dia mintak cerai. Haha.. Oke, over punye contoh.

Senang cite cemana nak cakap eh? Erm.. Macam ni lah, kalau at the first place kita boleh terima dia, setuju nak kawen dengan dia. Boleh terima baik buruk dia. Takkan lepas kawen, ada benda-benda yang pasangan kita buat, yang mungkin bagi orang lain kecik je masalahnya. Tapi bagi kita satu benda yang besar pastu kita terus tak boleh terima. Terus je kita nak carik orang lain yang lagi best.

Ataupun macam ni. Masa bercinta-cinta dulu, mamat ni tau yang awek dia suka membebel. Apa benda sume nak dibebelnya. So, mamat ni tak kisah. Boleh terima. Alih-alih bila dah 20 tahun kawen, tetiba pulak dia tak boleh terima bini dia kuat membebel. Apa kes? Pastu dia carik orang baru yang tak suka membebel kononnya. Tak acilah kan? Anggap jelah kekurangan tu sebagai satu kelebihan. Dibuatnya bini tu tetiba bisu, haaa baru pulak tau rindu nak dengar suara dia nanti.

Saya ada terbaca suratkhabar hari tu. Artikel pasal Julia, isteri Saleem Iklim yang boleh terima baik buruk suaminya. Masa dorang baru berkawan-kawan, dia tau yang Saleem penagih dadah. Dia mintak pandangan mak ayah untuk dia kawen ngan Saleem. Dorang ok. So, bila dah kawen, dia cuba tolong si Saleem ni berhenti hisap dadah. Dia jaga, dia rawat, dia berkorban macam-macam asalkan Saleem boleh berhenti menagih. Sampai ada yang cakap dia kongkong laki dan sebagainya. Tapi dia buat tak peduli. Alhamdulillah, sekarang Saleem dah pulih tapi still kena dimonitor lagi sebab orang macam ni fragile. Senang dipengaruhi. So, bagi saya inilah salah satu contoh Cinta Tanpa Syarat. Si Julia ni tadi boleh terima baik buruk Saleem dan pada masa yang sama membantu si Saleem ni berubah. Kan bagus..

Saleem Iklim bersama isteri dan anaknya. Baca artikel mereka di sini.

So, cintailah pasangan anda tanpa syarat. Sebab bukan semua orang yang berpeluang untuk dicinta dan mencintai. Terima kekurangan pasangan sebagai kelebihan. Sebab cinta ni bukan kah untuk saling melengkapi? Semoga juga kekal sebagai pasangan sampai tua kerepot, muka berkedut dan takde gigi. Heehee 😀

Daripada tangan cantekk macam ni..

sampai jadi

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Macam ni…hhuhu

Pergghh!! Penatnya nak mengarang. Daripada pukul 10 pagi sampai 2 petang baru siap. Oklah, nak mandi. Makan pun tak lagi ni. Lapooo….Oh sebelum tu, terimalah lagu Karena Cinta ni. Saya suka dengan lirik dia..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=vvLSDycMCHE&feature=related[/youtube]

Karena Cinta

Hari ini adalah lembaran baru bagiku
Ku di sini karena kau yang memilihku
Tak pernah ku ragu akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi untukmu

Dan bila aku berdiri
Tegar sampai hari ini
Bukan karena kuat dan hebatku
Semua karena cinta
Semua karena cinta
Tak mampu diriku dapat berdiri tegak
Terima kasih cinta

Tak pernah ku ragu akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi untukmu

Dan bila aku berdiri
Tegar sampai hari ini
Bukan karena kuat dan hebatku
Semua karena cinta
Semua karena cinta
Tak mampu diriku dapat berdiri tegak
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Ok, bai!

One Comment