Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Entry kali ni agak jiwang sikit. Yelah, balik-balik pasal keje. Boring nak baca kan? Baiklah, mari mulakan. Chop!! Sebelum terlupa saya nak cerita sikit. Ada member yang baca blog saya cakap, tulisan saya selalu skema. Tak macam saya kat luar yang huha-huha, brutal dan mapia. Kalo dalam blog, ala-ala calon menantu pilihan, ber’saya-saya’ tapi kat luar macam menantu hantu. ‘aku’, ‘kau’, ‘lu’, ‘gua’ bagai. Apo nak buekk. Dulu cita-cita nak jadi penulis novel. Tak kesampaian pulak. Gagagaggaga.. Eh, dan saya jugak pernah bercita-cita jadi pelukis bila kakak saya tanya apa cita-cita saya masa kecik-kecik dulu. Very da berjiwa seni kononnya.

Dan saya jugak pernah bercita-cita jadi Jurutera Kimia masa Tingkatan 4 dulu. Masa bersekolah di MRSM dulu, bila hujung tahun, kitorang ada aktiviti yang dipanggil “Mock-up Interview”. Masa hari tu, kitorang kena pakai baju macam nak pegi intereview keje betul-betul. Kena bawak fail dan sebagainya. So, kononnya cikgu akan jadi tukang penemuduga. So, kami-kami ni jadi calon-calonnya. Nanti dia tanyelah macam-macam pasal bidang kerja ni. Tu yang terkeluar nak jadi “Jurutera Kimia” tu. Saya pegang cita-cita untuk jadi Jurutera Kimia sampai saya habis Tingkatan 5.

Lepas SPM tahun 1995, saya bekerja kat kilang buat kamera Minolta kat Serendah selama 3 bulan sementara tunggu panggilan daripada UPU. So, kat kilang tu ada sorang brader technician. Dia tanye saya nak mintak course apa kat U nanti. Oh ya! Universiti pilihan yang ada dalam kepala saya masa tu, UTM!!! Tatau kenapa, tapi memang saya nak UTM je. So, saya cakap kat brader tu saya nak amik course Kejuruteraan Kimia. Pastu dia cakap, tahun 2000 nanti, lepas saya grad, bidang IT akan jadi bidang yang paling hot! Peluang pekerjaan banyak. Lagipun kalau jadi Jurutera Kimia nanti susah. Kena panjat-panjat (ye ke?), pastu kena berjemurla apela. Pastu dia cakap baik amik Sains Komputer. Saya memula kompius, brader ni nak suruh aku amik jurusan Sains ke, jurusan Komputer?! Rupanya bidang Sains Komputer. Wakakkaka keji. Maklumlah, orang kampung. Mane reti komputer-komputer ni. Masa kat MRSM pun kena berebut-rebut kalau nak pakai komputer yang ada berapa bijik je tu.

So, disebabkan saya mudah diperdaya, makanya, masa nak isi borang UPU tu, saya bulatkan kat borang OMR tu, jurusan Sains Komputer. Walhal masa tu langsung takde idea binatang apakah Sains Komputer ittew. Tawakkal je. Sudahnya berjayalah dapat jurusan tu di UTM yang jadi pilihan. Saya masuk UTM tahun 1996. Barulah tau..”Oooo.. Inilah rupanya Sains Komputer tu..”. Saya amik major Grafik Berkomputer. Masa final tesis, saya buat tesis yang bertajuk “Sistem Pengecaman Plat Kereta”. Ada member saya yang buat “Sistem Pengecaman Cap Jari” dan macam- macam lagilah.

Tahun 2000 saya grad, memang betul jangkaan abang tu yang bidang IT dan Multimedia menjadi bidang yang sangat hot macam ‘pisgor’ panas. Sana-sini orang nak pakai programmer. So, saya mulakan kerja di anak syarikat KUB.com (UNITAR) iaitu United Multimedia sdn Bhd. Lepas 2 tahun lebih kat sana, melompat pulak ke Impian Teknik dan akhir sekali di Enershia Sdn Bhd. Semua syarikat multimedia. Semua syarikat yang terlibat dengan Kementerian Pendidikan dan smart school. Sedar tak sedar, 7 tahun gak saya keje bidang IT.

Tahun 2007 saya ambil keputusan nekad berhenti kerja dan memulakan kerjaya sebagai Perunding Kewangan dengan CIMB Wealth Advisors dan 2 tahun selepas tu, bila ada rakan yang membuka jalan dalam bidang takaful, saya amik pulak exam takaful dan sekarang saya tambah satu lagi kerjaya saya iaitu Perunding Takaful bersama kampeni Prudential BSN Takaful. Sudahnya, Jurutera Kimia tah kemana, programmer tah kemana. Alhamdulillah, bidang yang saya ceburi sekarang, amatlah menjanjikan masa depan yang cerah. Tak kira dari segi kewangan, masa dan peluang peningkatan kerjaya. Alhamdulillah.

Eh, dah pukul berapa ni? Ya Allah, pukul 7.30 pagi??!! Janji ngan client pukul 9. Matila aku tak siap lagi. Eh, tadi saya nak cerita pasal Cinta Tanpa Syarat kan? Ni dah melalut ke tempat lain. Lupa pulak yang saya ada bakat merapu sebelum nak start cerita sebenar. Hihi.. Okla, nak mandi dan nak siap-siap dulu. Nantilah saya sambung episod Cinta Tanpa Syarat tu. Bai!

Nah Encik Iwan, aku berjaya mencarik jawapan bagi sajak di entry engko yang bertajuk Seorang Orang Yang Sorang. Dengarkan wahai tuan hamba…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku yang sorang….
Hidup sorang…
Buat amende semua sorang…
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..

Aku yang sorang….
Makan Sorang2..
Minum pun , sorang2…
Nak makan dua orang…
Tapi takut tak kenyang….
Aku yang sorang…
Bangun pagi sorang…
Tido pun sorang…
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang….

Berjalan sorang2…
berlari pun sorang2…
Bejoging pun sorang2
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2…
berangan sorang2.. jiwang pun sorang2…
Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2…
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang..

Semalam aku sorang…
Kini aku masih sorang…
Esok lusa sorang lagi kot…
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi…
Aku bukannya orang-orang…
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak…
Dan aku juga bukannya orang gila…
Dan aku juga bukanlah orang jahat…
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang… macam orang lain jugak
Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !!

Aku tahu…
Aku bukanlah orang berada…
Aku juga bukanlah orang glamer…
Dan aku bukanlah orang ternama…
Walaupun aku hanya orang biasa…
Aku tetap orang…
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sensorang..
Jangan ingat aku nak tolong korang……
(ditulis oleh USMAN AWANG masa dia masih bujang..keh keh)