Hoii!! Tak abes-abes lagi ke? Haha nasiblah..
So, sampailah di hari ketiga akak kat Melaka..
Bangun je pagi, sajelah nak tengok apa rupa kat luar tingkap. Akak pun bukaklah langsir. Mak aiii!! Macam ada orang bakar sampak sebelah tingkap. Bau asap menusuk-nusuk. Cuaca pun memang berjerebu jelah. Isk tak boleh jadi ni. Kena carik mask!
Laut yang makin susut..
Kelabu hasap!!
Pagi tu, Sherry dan Kak Norm ajak akak keluar brekpes. Tapi punyalah liat sangat rasanya, akak malas nak ikut. Lagipun akak dah bedal pizza Kak Norm lepas Subuh tu. So, sementara dorang brekpes, akak sambung tido..
Lepas dorang balik brekpes, kitorang sambung lepak-lepak sampailah dah dekat waktu check-out pukul 12 tengahari. Barulah masing-masing bangkit dari katil dan bersiap-siap.
Jam 12 tengahari kitorang pun check-out. Sebelum tu, tanya orang hotel tu, kat mana nak makan asam pedas yang sedap. So, lets!
Hotel kami..
Kak Norm bersama kad parking yang kena diletak kat dashboard untuk mengelakkan disaman oleh MBM
So, lepas dah kemas barang-barang dalam boot, bergeraklah kami mencarik sesuap nasik sebab perut dah mula berkeroncong. Atas recommendation orang hotel, akhirnya kami pilih Asam Pedas Selera Kampung.. Dari hotel kami tak jauh sangat. Dekat dengan bazaar yang kami pegi sebelah malam tu je..
Memang baaaaaaanyak gila pilihan makanan dalam tu. Asam pedas je ada 4-5 jenis ikan yang boleh dipilih. Udang bapak besar yang akak dengar seko berharga 23 hengget! Ketam. Lauk pauk kampung. Memang sedaplah sume nampaknya..
Kak Norm yang makan sambil juling-juling bijik mata. Hahaa sorry Kak Norm..
Akak pilih asam pedas ikan tenggiri..
Lepas makan, kami merayap pulak ke pasar kat depan restoran tu. Macam-macam souvenir ada. Tudung saji, baju-bajan, ukiran kayu, fridge magnet. Tahape-hape lagi tapi kami tak beli pun.
Dah boring kat situ, akak ajak pulak dorang pegi minum Coconut Milk Shake. Padahal baru lepas makan tengahari ni kan. Ada kami kesah? Haha..
Jerebuuuuuuuu…
Lepas bergaduh-gaduh dengan Kak Norm sebab salah jalan, akhirnya sampailah kami ke gerai Coconut Milk Shake kat Klebang tu. Orang tak berapa ramai lagi sebab tengahari kot. Biasanya belah petang pukul 2-3 petang tu baru ramai.
So, jom minum!
Tiga orang minum, RM6.60. Oklah, tak mahal sangat. Ikut hati, nak amik kuih-muih yang ada kat gerai tu. Seb baik memikirkan berat yang dah mencecah 62kg ni. So sila tahan napsu!!
Lepas minum, bergeraklah kami balik ke KL. Kami bertolak dari Klebang dekat pukul 2 petang macam tu..
Sebelum masuk highway, ada nampak banyak gerai-gerai kat tepi jalan. Akak nak carik tudung saji. Makcik-makcik sangat! Huhu.. So, mintak Kak Norm benti kejap kat salah satu gerai..
Lawa tak?
Dah setel semua, kami teruskan perjalanan balik. Kami sampai KL lebih kurang pukul 4.30 petang. Hantar Sherry dulu. Pastu Kak Norm hanta akak kat rumah PP sebab akak tinggalkan keta kat dia..
Fuhhh!! Habis jugak… Ni jelah catatan akak selama kat Melaka. Best jugak sekali-sekala berjalan dengan kawan-kawan sekolah. Banyaklah cerita-cerita merepek masa sekolah dulu yang keluar. Hehehe..
Ok, akak nak bersiap-siap gi Bandung ni. Ini adalah schedule entry. Masa entry ni keluar, akak tengah bersoping-sopingan di Rumah Mode kot. Haha..
Daaaa…