Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencengkam dada
JEREBU-JEREBU di jalanan
Menjadi teman setia

Jerebu-jerebu di jalanan katanya. Teruk betul kualiti udara kita sekarang, kan? Memula akak tak sedar jerebu ni sampailah akak ikut trip ke Melaka hari Khamis lepas.

Sebenarnya trip ke Melaka ni akak saje menyebok join grup D’Professional (PruBSN Takaful) walaupun akak bukan dari grup dorang. Hehe. PP pun join sekali.

Akak dan PP bergerak dari Damansara jam 12.30 tengahari dan berjanji akan berjumpa dengan kawan-kawan yang lain di Restoran Jejantas Ayer Keroh.

20130623-130526.jpg

Lepas dah minum-minum tu, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Katil sebab kami akan bermalam di Bukit Katil di rumah abang salah seorang rakan kami. Jimatzzz. Hehe..

Sampai di Bukit Katil lebih kurang jam 4 petang tapi masa tu tak nampak pun jerebu sangat tapi cuaca memanglah sangat-sangat panas. Dah tak tahan sangat panas, akak ajak kawan-kawan lain keluar minum. Kami berlima je. Yang lain lepak kat rumah..

20130623-130828.jpg

Fuh!! Semua kehausan! Kami taklah makan minum beriya-iya sangat sebab malam nanti nak makan kat tempat lagi best. Cer teka kat mana.. Hiks!

Lepas minum, balik ke rumah, mandi-mandi dan bersiap-siap, lebih kurang jam 6.30 petang kami semua keluar makan. Mana lagi kalau bukan di…….

20130623-131326.jpg

Ya, Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka! Boleh tak ini first time akak sampai kat sini walaupun orang lain dah patblas kali kot. Huhu

20130623-131614.jpg

Cam biasa, sampai-sampai je, bergambo la dulu sementara yang lain pegi order makanan. Akak okey je makan apa-apa pun. Dasar sangat!

20130623-131739.jpg

20130623-131806.jpg

20130623-131830.jpg

20130623-131846.jpg

20130623-131906.jpg

Dah puas bergamba, tibalah acara yang ditunggu-tunggu.. MAKAN!!!!

20130623-132025.jpg

20130623-132035.jpg

20130623-132048.jpg

20130623-132110.jpg

20130623-132131.jpg

20130623-132202.jpg

Gila!! Banyak betul makanan. Sume sedap-sedap. Sotong goreng tepun, ketam masak black pepper, udang butter, siakap masak halia, siakap masak merah, sup lala, nasik lemak, sayur. Haiii memacam lagilah. Makan 15 orang. Harga CUMA RM410!! Tak koma? Murah bebeno.. Alhamdulillah sedap sangat.

Sambil makan, sambil review apa target untuk 6 bulan lagi. Semoga apa yang kami semua targetkan akan dapat tercapai. Amin!

Lepas makan, kami bergerak pula ke Bandar Melaka. Masa ni barulah nampak kelam-kelam sikit pemandangan malam. Baru tau jerebu dah bertambah teruk. Siap bau asap.

Asap-asap pun, kami tak lepaskan peluang merasai pengalaman menaiki Melaka River Cruise. Separuh bot tu, kitorang je. Kecoh!

Sebelum tu sempat amik gamba dulu kat sekitar Melaka River Pirate Park. Ada rumah hantu, ada ferris wheel, ada tempat rock climbing. Menarik jugak!

20130623-133653.jpg

20130623-133713.jpg

20130623-133733.jpg

20130623-133753.jpg

20130623-133809.jpg

So, lets cruising!!

20130623-133910.jpg

20130623-133929.jpg

20130623-133952.jpg

20130623-134013.jpg

20130623-134030.jpg

Best!!

Lepas dah naik cruise tu kami jenjalan lagi area Bandar Melaka. Masa tu memang lagi teruklah bau asap dan jerebunya. Sampai nak lepak kat mamak pun tak selesa. Dah tak tahan sangat tu, teruslah balik rumah.

Sampai rumah, mandi-mandi dan tido. Nak tido pun tak selesa sebab panas. Nak bukak tingkap, bau asap pulak. Kang tak pepasal kojol tengah tido. So, bertabah jela..

Besok paginya, bangun mandi dan bersiap-siap, kami bersarapan. Sambil bersarapan, berdiskusi lagi tentang bisnes. Masing-masing ada matlamat sendiri. Kalau kerja kuat, Insya Allah mesti boleh tercapai. Kan?

Ohh! Ada kisah mistik masa tengah sarapan tu. Kat warung tu, ada tiga orang pelanggan sekeluarga duduk belakang meja kami. Tengah tunggu order kami sampai, tetiba kami dengar bunyi “prangggg!!” diikuti bunyi gelas dan air bersepah. Bila akak toleh kat meja tu, nampak kaca gelas bertabur. Ala, jenis gelas kaca tebal tu. Muka pelanggan tu pun macam terkejut. Sebab gelas tu bukan terjatuh ke ape. Tetiba je meletup atas meja. Misteri Nusantara sangat cemana gelas tu boleh meletup. Santau ke ape, tataulah.. Nauzubillah!

Lepas sarapan tu, dorang yang lain termasuk PP tinggalkan akak sorang-sorang kat Melaka. Dorang singgah makan durian dan terus balik ke KL. Kenapa dorang tinggalkan akak sorang-sorang? Nantikan entry seterusnya. Hiks! Poyo!!

Daaa…