Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Lepas akak upload je entry sebelum ni, sorang rakan akak telah mengutuk sekolah akak tanpa berselindung dan tidak menjaga langsung hatiku ini. Kutukan beliau berbunyi begini:-

“aku nak keji sekolah kau. kenapa sekolah kau buruks???”

Biadap kan? Hahaha tapi memang betul pun. Kata MRSM terbaik kononnya tapi bangunan sekolah macam.. Haha malas nak cakap lebih-lebih.. Kang kena saman pulak haku.. Huhu..

Ok.. Sambung lagi…

Sebelum akak cite kenapa kitorang jadi macam pencuri, mehla tengok dulu rupa Dewan Selera Aspuri yang akak tatau dah jadi tempat apa sekarang..

20130627-210436.jpg

Siap ada meja berpartition bagai. Akak saspek dewan makan ni jadi tempat prep..

Ok, pastu nampak tak signbod kat bawah ni? Ada arrow kat signbod ni kalau jalan terus boleh sampai ke IKM Jasin. Yup! Belakang asrama kitorang terletaknya IKM Jasin..

20130627-210511.jpg

Sebelah Dewan Selera Aspuri menempatkan blok-blok asrama pelajar pompuan. Kalau dulu takde berpagar-pagar. Tapi sekarang, semua dah berpagar. Maybe atas sebab-sebab keselamatan la kot..

Tengok pesanan kat notice board ni..

20130627-232502.jpg

NOTIS : PELAWAT/IBU BAPA DILARANG MEMASUKI KAWASAN ASRAMA

Ada kitorang kisah? Nan hado! Haha.. Dengan secara terhendap-hendap kami menceroboh masuk ke asrama pompuan. Cuak jugak takut-takut kena halau. Tapi nampak macam line clear. Sebab budak-budak pompuan semua kat surau tengah dengar usrah sementara budak lelaki pegi Solat Jumaat. Chantekkk..

So, inilah salah satu rupa blok asrama pompuan..

20130627-234037.jpg

Kolej Saidatina Safiyyah. Dulu kitorang panggil blok F je..

Ni pulak laluan dari blok ke blok. Bukan main lawa bagai dengan pokok bunga.. Kitorang dulu takde pon koridor berbumbung camni. Sobs.. Sobs.. Kalau hujan tu pepandailah menyusup masuk ikut Dewan Selera..

20130627-234150.jpg

Rupa dalam setiap blok… Wahhh!! Meriah korang sidai kain baju kat pagar koridor kan? Kitorang dulu jangan harap boleh buat camni. Gantung hanger spende kat tingkap dalam bilik (nak bagi kering) pun tak boleh. Bila balik sekolah je, tengok spende dah hilang kena kutip dengan LDP masa dorang check bilik tiap-tiap pagi.. Kalo nak tuntut semula kena baya 50 sen!

20130627-234211.jpg

Dah macam rupa rumah kongsi! Blok asrama memang petak macam ni. Tetengah tu padang. Tapi dulu memang padang semata-mata. Sekarang dah ada bangku batu pulak. Maybe tempat dorang lepak-lepak la kot..

20130627-234229.jpg

20130627-234256.jpg

Kolej Saidatina Khadijah. Atau nama omputehnya blok E..

20130627-234330.jpg

Wahh!! Ada public phone kat dalam blok. Senang la uols bergayut dengan bopren ye??!! Kitorang dulu, kalau nak call, nuuuuu depan library sana. Ini tidak adil!!!!

20130627-234351.jpg

Ni bilik belajar. Sape-sape tanak belajar dalam bilik sendiri sebab roomate asyik memekak, bolehlah masuk bilik ni untuk belajar. Tapi akak tak pernah pun belajar dalam bilik ni sepanjang dua tahun kat sana. Maklumlah, akaklah roomate yang memekak itteww. Kih kih..

Ni Blok Saidatina Safiyyah tadi iaitu Blok F. Fantastik katanya. Zaman akak dulu takde pakai nama-nama Saidina Saidatina ni. Panggil blok E, F dan G je…

20130627-234545.jpg

Blok pompuan ada 3 iaitu blok E, F dan G. Blok pelajar lelaki A, B, C dan D. Tak silap, masa Form 4 akak duduk blok F dan masa Form 5 akak duduk blok G.

Setiap bilik dalam blok asrama kami diduduki 4 orang pelajar je. Nak masuk bilik dorang akak takut pulak kena halau. So, tak dapatlah nak tunjuk apa rupa dalam bilik asrama ye.

Oke, dah tengok rupa asrama, jom tengok pulak apa ada depan blok asrama..

Haa.. Ni dia pondok-pondok dan bangku-bangku untuk kitorang lepak masa riadah petang..

20130628-005427.jpg

20130628-005527.jpg

20130628-005610.jpg
Riadah petang adalah wajib okeh. Jangan ko nak feeling-feeling tido lepas Asar. Sume wajib keluar dari asrama. Nak pegi main ke, nak pegi study ke. Sukatila nak buat ape asalkan tak duduk dalam bilik.

So, port akak dan geng-geng biasanya kat atas bukit yang menghadap jalan besar. Angin kuat. Sejuk je. Sesuai untuk bergosif secara liar mahu pun separa liar. Masa kat sekolah dulu akak tak aktif sukan! Memang patutla macam gini rupa badannya sekarang. Kah kah..

Masa sekolah dulu kan kena daftar untuk ko-kurikulum kan? Uols tau akak masuk kelab ape? Untuk badan beruniform akak register jadi ahli Silat Kunci Melayu. Jangan memain dengan akak okeh. Pastu Kelab Usahawan Muda. Suka berniaga kononnya. Tapi yang tak boleh blah, untuk sukan, akak register jadi ahli persatuan Kelab Dart!!! *gelak guling-guling.. Moteeep sangat Kelab Dart kan? Main pun tak pernah. Ni kes asal ada register sudahlah. Haha..

Ok, berbalik kita kepada lawatan akak.. So, kami berjaya memasuki asrama tanpa dapat dikesan. Adalah jugak terserempak dengan dua-tiga orang budak tapi dorang ingat cikgu MRSM lain kot. Hahaha perasan!

So, lepas tu kami turun pulak ke Dataran Cendekiawan semula. Belum nak balik lagi. Banyak lagi nak lawat ni. Salah satunya…

20130628-080813.jpg

Ya.. Kolam renang. Kolam renang ni siap masa akak Form 5. Tahun 1995 la kiranya. Lepas akak habis sekolah, dengar cerita ada junior yang meninggal mati lemas dalam kolam ni masa dorang bersukaria mandi pukul 3 pagi. Ayokkkk!!

Kolam renang ni boleh nampak jelas dari asrama pompuan tau. So, kalo budak lelaki mandi, boleh je kitorang skodeng. Hahaha..

Yang ni pulak rumah Pengetua. Akak malas nak amik dekat-dekat sebab malas nak berjalan. Hehe..

20130628-081201.jpg

Ekceli, dari Dataran Cendekiawan tu boleh nampak surau.. Kiranya kat belah atas je..

20130628-081319.jpg

Lepas tu kitorang berjalan pulak ke Dewan Bendahara. Dewan Bendahara ni tempat perhimpunan kitorang setiap petang Selasa. Masa perhimpunan ni kena nyanyi lagu Maktab dan lagu Negeri Melaka. Akak ingat lagi lagu Maktab sampai sekarang tapi kalau suruh nyanyi lagu Negeri Melaka memang surrender! Selain menjadi tempat perhimpunan, Dewan Bendahara jugak menjadi pentas persembahan, dewan peperiksaan dan gelanggang sukan.

20130628-081942.jpg

Ni laluan masuk ke Dewan Bendahara. Macam chess board pulak. Hehe

20130628-082010.jpg

Kat depan Dewan Bendahara berdiri megah pintu gerbang masuk ke MRSM. Masa memula sampai tak menyaba nak jumpa Cikgu Muhibbah, dah nak balik baru kita amik gamba depan pintu gerbang ye..

20130628-082235.jpg

Turun lagi ke bawah berdekatan dengan pondok pakgad, ada tempat yang paling disukai oleh SEMUA PELAJAR MRSM menjelang hujung bulan iaitu…

20130628-082421.jpg

Yezzah!! Bank Simpanan Nasional!! Bila hujung bulan je boleh cek duit biasiswa yang dimasukkan oleh MARA kat tempat keramat ni. Hehe.. Akak bukan orang senang, so Alhamdulillah dapat bantuan. RM55 sebulan. RM30 untuk bayar yuran sekolah. Lagi RM25, jadi duit poket untuk belanja.

Cukup ke 25 hengget tu? Cukupppppp kalau tak belanja merapu-rapu. Apa nak lagi? Makan dah dibagi 6 kali sehari. Breakfast, makan rehat pukul 10 pagi, makan tengahari, tea-time pukul 4.30 petang, makan malam pukul 7 dan last sekali, supper!! Haa hambek ko. Kalo nak belanja pun, belilah jajan kat koperasi ke. Sebab kitorang memang takde kantin sekolah. Sume makanan disediakan kat Dewan Selera. Haa makanlah sampai terbelahak. Gitu konsep dia..

Oke, ni pulak sekitar pondok pakgad dan kawasan luar pagar MRSM..

20130628-083125.jpg

20130628-083144.jpg

20130628-083207.jpg

20130628-083241.jpg

Selesai bergamba-gamba kat luar pagar MRSM, kami pun naik semula ke Dataran Cendekiawan. Yelah, keta park kat situ, kan?

Dalam pukul 2.30 jugaklah kitorang keluar dari kawasan sekolah. Memang puas rasanya! Sayanngggg sangat kat sekolah akak ni walaupun rupa dia buruk. Haha.. Hopefully satu hari nanti, dorang kasi lawalah lagi sikit ye.. Hehe..

So, berakhirlah sudah lawatan dua jam akak ke MRSM Jasin atau MRSM Tun Ghafar Baba ni. Kenangan-kenangan terindah semasa bersekolah kat sini memang susah nak dikikis dari ingatan.. Cewah!

Dah.. Dah.. Jom blah. Jangan nak jiwang sangat.. So, masuk je kereta, Kak Norm terus memandu keluar dari kawasan sekolah sebab lepas ni kami nak ke Bandar Melaka pulak.. Sherry duduk depan, akak duduk belakang..

Tetibaa.. “Opppp..opppp!! Benti-benti. Tadi lupa la nak amik gamba ni. Penting ni hoiii!! Sherry, ko tolong amikkan. Dari tingkap ko clear sikit..” Begitu akak memberi arahan..

20130628-083308.jpg

Hahaha matila tak abes-abes lagi..

Oke daaaa….

Sambung lagi dari entry sebelum ni…

Sampai hati dorang tinggalkan akak sorang-sorang kat Melaka. Fine!!! Akak boleh carik kawan lain okeh..

Haha. Sebenarnya memang akak yang mintak ditinggalkan. Sebab, akak ada misi lain kat Melaka ni.

Macam akak ada tulis kat side bar belah kiri ni, dulu akak sekolah kat MRSM Jasin atau namanya sekarang MRSM Tun Ghafar Baba. So, kedatangan akak kat Melaka ni, kiranya sambil menyelam sambil minum air. Ya. Akak nak melawat sekolah lama akak.

Last akak menjejakkan kaki kat MRSM masa tahun 1996. Masa tu akak belajo kat UTM. Akak datang MRSM dengan kawan-kawan U sebab nak amik sijil SPM kalau tak silap. Uiiiii!! Bapak lama gila!!

So, selepas lebih kurang 18 tahun meninggalkan alam persekolahan, barulah kali ni akak dapat datang semula ke sekolah lama. Eksaited!!

Well, akak tak berkeseorangan. Tiga minggu lepas, masa akak letak status kat FB, bagitau nak melawat MRSM, ada jugak yang nak mengikut. Chantekkk la tu.. Plannya nak pegi 21 Jun, hari Jumaat. Lets!!

So, berbalik kepada peristiwa akak ditinggalkan tu, dua orang kawan akak datang menyelamat. Ya, merekalah orang-orang yang nak join sekali akak pegi melawat sekolah lama. Sorang ex-classmate akak – Normalina atau akak panggil dia Kak Norm. Sorang lagi budak kelas sebelah – Shahrinaz atau akak panggil Sherry.

Memula ingat nak pegi sekali satu kereta dari KL. Pastu dah alang-alang akak memang kat Melaka, tu yang suruh dorang datang sendiri, nanti amik akak kat mana-mana. Janji punya janji, berjumpalah kami kat Shell Ayer Keroh. So, sume dah ready, tak lama tu kami pun bergerak ke Jasin.

Jarak dari Ayer Keroh ke Jasin tak jauh sangat. Lebih kurang 25km. Tapi disebabkan Kak Norm yang memandu secara berhemah macam orang dalam khemah, ditambah pula dengan Melaka yang kaya betul dengan trapit lightnya, dekat 40 menet jugaklah baru kami sampai. Lebih kurang jam 12.15 tengahari.

Sebenarnya cuak jugak sebab hari Jumaat kan separuh hari. Kang sampai-sampai, cikgu semua dah balik, agak kecewa la nanti. Sebab selain melawat sekolah, nak jugak melawat cikgu. Mujur jugak akak dapat contact salah sorang cikgu akak kat FB. Dah siap-siap message dia, bagitau nak datang. Dia pun agak eksaited. Tapi dia kata dia ada urusan pukul 1.30 petang. So, oklah tu, sempatlah kalau nak jumpa.

Kalau nak ke MRSM Jasin dari Ayer Keroh, akan melalui Bandar Jasin dulu. Sepanjang-panjang jalan tu, memang akak tak boleh nak recall apa rupa tempat yang akak pernah lalu selama dua tahun masa sekolah kat situ. Memang tak boleh imagine lah. Yelah, dengan bangunan-bangunan baru. Dengan kawasan perumahan baru. Dengan hutan belantara yang dah jadi hutan batunya. Memang baaaaaaaanyakkk betul yang berubah. Mulut masing-masing memang tak lepaslah dengan “Wahhhhhh!!!”, “Iskkkk ni dulu tempat apa ye“, “Laaaa, kenapa dah lain?“. Gituu..

Akhirnya sampailah kami ke kawasan sekolah. Masuk je pagar, tak kena tahan pun dengan pakgad. Mungkin pakgad tengok dressing Kak Norm macam Guru Besar atau artis. Dengan tudung lip-lapnya.. Hiks!!

Terus je kami park kereta kat Dataran Cendekiawan. Haaa. Sekolah ko hado? Dataran ni sebenarnya tempat roll calls tetiap pagi sebelum masuk kelas. Masa ni lah para pengawas atau dipanggil LDP (Lembaga Disiplin Pelajar) nak cek student pompan pakai kain dalam ke tidak, kuku panjang ke pendek, pakai stokin ke tidak (akak selalu kena tangkap atas kesalahan inih. Haha).

So, kat sini sempatlah akak dan Kak Norm berpoyosing kejap sebelum naik ke bilik guru…

20130625-170813.jpg

20130625-170830.jpg

Lepas tu, terus kitorang naik ke Bangunan Pentadbiran yang menempatkan bilik-bilik guru. Rasanya masa sekolah dulu, akak tak pernah jejak kot dalam bilik guru ni. Bukan takut ke ape, tapi entah. Takde urusan. Lagipun kitorang takde cikgu kelas. Pelik gak memula dulu. Ala-ala kat U. Kitorang ada cikgu-cikgu yang mengajar subjek dan cikgu Homeroom je.

Pelajar-pelajar dalam setiap kelas akan dibahagikan kepada dua group dan setiap group ada seorang cikgu Homeroom. Kiranya satu kelas akan ada dua orang cikgu Homeroom la. Maybe cikgu Homeroom tu pun salah seorang cikgu yang mengajar satu subjek dalam satu-satu kelas.

Apa dia Homeroom? Ni dia hasil Wikipedia:-

Homeroom or advisory is the classroom session in which a teacher records attendance and makes announcements. It can also be called Registration or Planning Period. The concept is used in schools around the world.

In Malasia, Homeroom concept is practiced in MARA Junior Science College.

Ok, bila naik je ke bilik guru, kitorang tercangak-cangak je. Takkan nak terjerit-jerit nama cikgu yang akak nak jumpa tu kan? So, adalah dua tiga orang cikgu yang nampak kami dan tanya kami nak jumpa siapa. Akak cakaplah nak jumpa Cikgu Muhibbah. Dulu Cikgu Muhibbah ajar kelas akak subjek Biologi.

Pastu, terus je cikgu tu panggil nama cikgu Muhibbah tu. Bila dia menyahut, akak dengar konfem suara yang sama macam 18 tahun dulu jugak. Bila nampak je Cikgu Muhibbah tu, terus bersalam dan peluk dia. Sebak pulak rasanya masa tu.

Cikgu Muhibbah pun panggil cikgu-cikgu yang lain. Kot ada antara cikgu tu yang mengajar kami. Bersembang-sembanglah kitorang. Pastu bila tengok budak lalu lalang dalam bilik guru tu, akak cakap dengan Kak Norm dan Sherry “Ni kalo lepas SPM dulu kita kawen, pastu beranak, anak kita pun sekarang dah form 5, nak amik SPM dah!“. Hahaha gitu imaginasi akak. Betul la kan?

Lepas borak-borak, Cikgu Muhibbah ajak kitorang amik gamba. Apa lagi…

20130627-072548.jpg

Lepas tu, Cikgu Muhibbah ajak pulak minum dan bersembang kat bilik makan guru. Banyak la borak kenangan lama-lama dulu. Terkekeh-kekeh bila teringat perangai masing-masing yang macam hantu. Oiii rindu betul. Dah dekat pukul 1.30 petang, Cikgu Muhibbah kata dia ada hal dan suruh kami jalan-jalan melawat kawasan sekolah. Siap dia suruh tengok bangunan baru yang belum ada masa zaman kami sekolah dulu. Jom!!

Memula sekali tuju ke library…

20130627-073154.jpg

Pastu terus menuju ke bangunan makmal.. Dulu seram je kalo lalu kat makmal ni. Sebab gelap. Pastu macam suram je. Sekarang dah meriah oke..

Koridor menuju ke makmal..

20130627-180521.jpg

Landscape depan makmal..

20130627-073510.jpg

20130627-073526.jpg

20130627-073537.jpg

20130627-073558.jpg

20130627-073622.jpg

20130627-073637.jpg

20130627-073659.jpg

Pastu kitorang naik pulak bangunan yang menempatkan kelas kitorang masa Form 5 dulu. Akak dan Kak Norm kelas J. Sherry kelas I. Masa Form 5 dulu, batch akak ada 18 kelas semuanya – Kelas A sampai kelas R. Pengsan tak? Kelas A-O kelas Sains Tulen (wajib amik Biologi selain Kimia dan Fizik) dan kelas Q-R pulak ialah kelas Sains Gunaan (wajib amik Prinsip Akaun selain Kimia dan Fizik). Junior kitorang pulak, Form 4 ada 16 kelas. Satu kelas maksimum 25 orang. Kelas akak ada 23 orang je..

Rupa-rupanya kelas lama kami dah tak dijadikan bilik darjah dah. Jadi Islamic Education Enrichment Centre (IEEC) pulak. Tataulah jadi tempat ape IEEC ni..

20130627-074225.jpg

Untuk kenangan, akak dan kak Kak Norm tetaplah jugak amik gamba depan pintu kelas lama kitorang – 5J/5 Jebat/5 Jaguh-jaguh (Zaman ni, citer Jaguh-jaguh Eizlan Yusof tengah glamer gitu). Huhu 20130627-074244.jpg

Kelas akak hujung sekali. So, selalu jadi tempat lepak. Ni pemandangan dari koridor kelas akak.. Macam lawa pulak. Rasanya dulu semak semacam je..

20130627-074654.jpg

20130627-074829.jpg

Ni rupa bangunan kelas kami..

20130627-074910.jpg

20130627-074921.jpg

20130627-074940.jpg

20130627-075000.jpg

Motip sangat kaler pink!!

Ronda pulak kat belah bawah bangunan pulak.. Ada mural!

20130627-075109.jpg

Toilet pun dah cantik. Masa sekolah dulu, rasanya boleh kira baper kali je kot akak masuk tandas sekolah. Tatau nape tak suka. Maybe agak serreeemm.. Sekarang macam dah oke pulak..

20130627-075216.jpg

Lepas dah puas meronda kat bangunan masa akak form 5, kitorang naik pulak ke bangunan yang menempatkan kelas-kelas masa kami Form 4.. Tapi rasanya sekarang jadi kelas Form 5 kot sebab ada nampak kat whiteboard bertulis “SPM-xxx hari“. Hiks!

20130627-075450.jpg

20130627-075505.jpg

20130627-075515.jpg

20130627-075536.jpg

Sekolah lain akak tak taulah. Tapi sekolah akak memang cam ginilah perangainya. Selamba je tinggal buku dan barang-barang lain atas meja. Bersepah!! Kalkulator Saintifik pun selamba je akak nampak ada atas meja. Curik baru tau.. Tapi rasanya zaman kitorang dulu, takdelah bersepah sangat sampai macam gini rupanya kot *matila tanak mengaku..

Sempat jugak akak dan Kak Norm mengabadikan kenangan kat kelas lama kami – 4J. Ohh ya!! Lagi satu kat MRSM ni, classmate kita takkan bertukar dari Form 4 sampailah ke Form 5. Memang mukaaaaa tu jela jadi classmate kita. Sebab tu hubungan tu rapat cam adik beradik. Lagipun pembahagian kelas bukannya ikut kecemerlangan akademik. Bukan bermakna kelas A tu pandai-pandai, kelas hujung-hujung macam kelas N tu bengong-bengong. Dia sama je.. Gitu..

20130627-080205.jpg

20130627-080221.jpg

Ni pulak pemandangan sekitar bangunan kami masa Form 4 dulu..

20130627-080331.jpg

20130627-080345.jpg

20130627-080439.jpg

20130627-080450.jpg

Lepas tu kitorang berjalan pulak ke bangunan baru yang dulu belum ada lagi. Menurut Cikgu Muhibbah, bangunan ni dipanggil bangunan Ungu sebab kaler bangunannya ungu. Bley?

Dipersilakan masuk Bangunan Ungu yang tak berapa ungu..

20130627-080815.jpg

Jom tengok dalam kelas pulak..

20130627-080854.jpg

20130627-080910.jpg

Langsir pun ungu! Huhu..

20130627-080959.jpg

Kak Norm pun tengah pikir nak buat langsir raya tahun ni kaler ungu jugak. Hahaha..

20130627-081057.jpg

Oh!! Rupanya bangunan baru kaler ungu ni kelas untuk bebudak Form 4 sekarang.. Fine! Ini tidak adil!! Patutnya biarla junior duduk bangunan buruk dulu *matila dengki

Lepas tu kami pergi ke belakang bangunan ungu sebab nampak macam view kat situ cantik pulak. Ohh! Ada padang rupanya. Apsal dulu-dulu cam hutan belantara akak tengok..

Tennis court..

20130627-204055.jpg

20130627-081257.jpg

20130627-081314.jpg

Rasa nak lempang pompan ni.. Haha

20130627-081418.jpg

20130627-081435.jpg

Bila pulak tumbuh pentas ni ntah..

20130627-081542.jpg

20130627-081557.jpg

Dah puas lepak tepi padang, kitorang naik pulak ke dewan makan. Kalau dulu, dewan makan perempuan dan lelaki diasingkan tapi menurut Cikgu Muhibbah, sekarang guna satu dewan je. Tapi waktu makan yang lain-lain..

Nak ke dewan makan tu, kena lalu asrama lelaki dulu. Nak tengok? Jomss..

20130627-181707.jpg

20130627-181804.jpg

Tinggal pondok je. Teponnye dah jahanam!

20130627-190222.jpg

Ni la dia Dewan Selera Aspura yang dah jadi dewan makan pelajar lelaki dan perempuan..

20130627-175040.jpg

Penat sangat meronda, rehat dulu depan surau…

20130627-175226.jpg

Surau tempat solat berjemaah Maghrib dan Isyak dan jugak kalau ada usrah – Surau Al-Ikhwan..

20130627-175428.jpg

Berlambak lagi gambo ni.. So akak kasi tengok yang ni dulu. Kang muntah pulak kalo tengok sekaligus kan? Hehe..

So, lepas ni kami akan jadi pencuri. Kenapa dan mengapa? Saksikan entry selepas ini. Roger and out!!