Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Pagi tadi akak menemankan client akak iaitu kawan akak sendiri buat medical check up baby kat Damansara Specialist sebab dia nak amik insurans untuk baby dalam perot dia tu. Lepas setel, kitorang pun nak pegi makan sebab masa tu dah pukul 12 lebih. Laparrr sebab tak sempat brekpes.

Perjalanan untuk mencari sesuap nasik demi meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini agak mencabar. Selepas mendapati Restoran D’Cengkih TTDI tutup, akak telah mengajak member akak serta suami dan anaknya makan di Restoran Puteri milik Rubiah Suparman di Sg Penchala.

Selepas berhempas pulas mencarik parking yang super pack kat situ, dan kemudian mendaki pula tangga untuk sampai ke atas puncak tempat terletaknya restoran tersebut, kami mendapati restoran tersebut ditutup untuk public sebab kampeni HP tengah buat open house. Cis bedebah!! Akak hanya memandang sayu 2 ekor kambing golek yang tengah terkangkang dipanggang di situ lalu turun semula ke kereta. Hoii bengang!!

Selepas menarik nafas menahan amarah, kami bercadang makan kat OU je. Dah dekat kat situ kan. Lagipun hasben kawan akak nak makan makanan Korea. Lets!!

Bagi seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Korea, dapat makan di restoran Korea pun sudah memadai. Kami makan di Seoul Garden. Buffet Lunch sajork. 3 orang dewasa dan sorang kanak-kanak, total yang dibayar oleh hasben kawan akak ialah RM140+. Kurang sikit amarah akak sebab orang belanja. Kih kih.. Tataulah mahal ke tak sebab ini festaim in mailaif makan kat sini..

Mari saksikan..

image

image

Sekelian flora dan fauna yang direbus dan digrill..

image

image

Kami yang happy!

image

Lepas makan, dorang terus shopping barang baby di OU manakala akak pulak sekarang kat opis. Huhu.. Sekian saja entry tak berfaedah hari ni.. Daa…

No Comments :(