Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Watchaaaaaa!!! Tanjat tak boboi? Kung fu sangat kan? Maklumlah, ni entry pasal Hong Kong. Kenalah amik semangat kung fu..

Masa kekecik dulu, akak suka sangat tengok cite Cina yang ada kung fu-kung fu tu. Tak kira la cite moden atau pun berlatarbelakangkan zaman lama macam Ip Man. Hero paling legend sepanjang zaman pada akak mestilah Jackie Chan. Daripada zaman dia kurus kering, sampailah dah agak berisi sekarang.

Pastu bila ada scene polis kejar orang jahat kat bandaraya Hong Kong, akak selalu berangan-angan nak pegi sana. Bangunan tinggi-tinggi. Entah, macam best je tengok. Haha tahape-hape..

Ok, abaikan cite kung fu dan Jackie Chan tu. Ni kan nak cerita pasal akak pegi Hong Kong bulan lepas. Alhamdulillah, sekali lagi akak berjaya meloloskan diri mengikuti trip PruBSN Takaful. Actually, contest untuk trip ni diadakan oleh PruBSN sepanjang Oktober-November 2012. Ada target jualan yang nak kena buat sepanjang tempoh tu. Kalau achieve target yang diberi, haaa barulah boleh pegi πŸ˜‰

So, trip ke Hong Kong ni dijadualkan pada 9-12 Mei lepas. Trip kali ni akak pegi dengan upline akak-Pejal dan downline akak-PP. Barulah meriah. 2-3 hari sebelum pegi, akak dah tukar duit Hong Kong siap-siap. HKD100 ~ RM39.50 camtu. Akak tak bawak banyak pun sebab tatau nak expect beli apa kat sana walaupun orang cakap kat sana handbag murah-murah.

Mampu bawak banyak ni je.. Sobs sobs..Ni pun dah campur dengan duit kawan-kawan yang pesan barang…

Kitorang diminta berada di KLIA sekurang-kurangnya pada jam 6.30 sebab flight pada jam 9.15 pagi. Biasalah, nak group check in apa semua tu, amik masa jugak. So, akak, Pejal, isteri Pejal dan PP bergerak dari Kotadem lebih kurang jam 5 pagi. Semangat!!

Kitorang dah plan nak tinggalkan je keta Pejal kat parking KLIA. Pegi 4 hari. Parking sehari kat KLIA ialah RM44. So, share 4 orang, kira oklah sorang bayar RM44 kan?

Sampai KLIA pukul 6 pagi. Solat ape semua. Check in luggage dan amik itinerary yang disediakan oleh pihak travel agency, akhirnya dekat pukul 7 pagi jugak baru setel.

Hong Kong Disneyland here i come….

PP yang telah dimekap oleh akak guna apps Perfect 365. Amacam? Ada macam mekap betul? Heehee..

Sebahagian daripada jemaah ke Hong Kong

Ok, pepehal pun kita brekpes dulu..

Brekpes dulu..

Kali ni trip ke Hong Kong disertai oleh 77 orang agent dan pihak management. Trip kali ni free & easy walaupun main agendanya kami akan dibawa bersuka-suki kat Hong Kong Disneyland! Weeeehoooo!! Tak sabar nak naik roller coaster nih!!

Lepas brekpes, jam 8.15 kami bergerak ke terminal dengan train..

Pejal (upline akak) & wife

Akak & PP

Jam 8.45 gate dibuka untuk boarding.

Dah ready semua, jam 9.15 pagi flite meninggalkan landasan.. Ohh kali ni kami naik MAS..

Mee apentah nama dia

Sambil makan, dengar lagu la kan..

Last sekali kami diberi askrem sorang satu. Mak datuk punyelah keras. Akak gigit lah sikit pastu terkena gusi. Pastu bila tengok kat askrem tu ada darah. Seb baik tak jadi Raja Bersiong. Hiks!

Askrem yang berjaya mendarahkan gusi akak. Demyu askrem!

Kali ni, akak duduk sekali dengan agent-agent senior. Power-power nihh…

Bersama agent-agent senior

Perjalanan dari KL ke Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 jam.. Dekat nak sampai tu, macam hujan pulak sikit.. Ni dia bukti yang dapat dicaptured oleh kamera kat luar flite..

Hujan daaa

Sebelum keluar dari flite, sempat menyamar duduk kat Business Class. Keh keh.. “Fake it untuk you make it” bak kata arwah nenek akak.. Huhu

Kami sampai di Hong Kong Jam 1.30 petang. Dari terminal macam kat KLIA gak, kenalah naik train dulu.

Dengar short briefing

Dalam train menuju ke arriving hall

Yeayyy! Sampai…

Kat epot tu, kita buanglah dulu apa-apa yang patut..

Cute je pintu toilet

Dah setel semua, kami kena berjalan ke bas. Jauh gaklah nak menyeret beg tu. seb baik beroda. Takdelah hazab sangat..


Adik beradik Proton – FOTON. Hiks!

Agenda pertama kami pada hari tu ialah lawatan ke Head Office Prudential PLC Hong Kong. Jam 2.30 petang, bas bergerak meninggalkan airport.

Tak lama lepas bas keluar je dari kawasan airport, bermulalah pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit yang ada kat Hong Kong..

Selain tu nampak jugak jambatan macam Jambatan Pulau Pinang dan pelabuhan..



Plaza tol

Macam biasa, sambil tengok pemandangan, kita dengarlah jugak info-info tentang Hong Kong yang diceritakan oleh tourist guide kami di Hong Kong. Menurutnya, rata-rata rumah kat Hong Kong berkeluasan 700sqf dengan 7 juta populasi. Padat tu hoii!

Dalam bas tu gak, dorang ada jual simkad Hong Kong bagi sape-sape yang nak. Oleh kerana ada yang tak kena dengan roaming Celcom PP, maka pompuan itu pun belilah simkad Hong Kong. Harga HKD99.

Simkad Hong Kong

Dengan trafik yang sesak, akhirnya jam 3.30 petang barulah kami tiba di IFC Hong Kong. Di bangunan ni lah terletaknya Head Office Prudential PLC.

Selain Head Office Prudential, dalam IFC ni jugak ada cinema, shopping mall, tempat makan dan sebagainya..



Tunggu lif nak naik ofis Prudential

Button lif dia kat tiang camni..

Kad visitor

Tahun ni merupakan ulangtahun 165 Prudential ditubuhkan di UK dan semasa kat Head Office Prudential Hong Kong tu, kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh mereka. Kami ditayangkan dengan video awal penubuhan Prudential sehinggalah sekarang Prudential menjadi syarikat insurans nombor satu di kebanyakan negara. Vangga!!

Moteeep muka gemuk macam bola. Ni PP la yang sabotaj amik gamba akak dari angle bawah ni.. Huh!


Orang kuat Prudential PLC Hong Kong. Dulu dia pun agent masa kat UK

Ni pemandangan dari bilik tayangan. Tinggi gilaaaaaaaa!!! Pastu siap boleh nampak laut bagai. Pergghhh!! Lawalah hoii!!


Dah sudah tu, kami dijamu dengan jamuan ringan..



Nyam nyam

Ima yang comel



Dah puas begambo-gambo tu, jom blah…

Dah selesai melawat Head Office Prudential Hong Kong, kami dibawa ke salah satu tempat yang menarik di Hong Kong. Nak tau tempatnya? Tungguuuu…

No Comments :(