Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Selalunya saya hanya terbaca sahaja kisah orang tersilap pergi kenduri kahwin di dalam majalah dan saya akan tergelak dan tertanya-tanya bagaimanalah perkara itu boleh berlaku. Tetapi hari ini saya mengalaminya sendiri. Huhu..

Majlis kahwin rakan saya ini dibuat di Bukit Subang. Lebih kurang 15 minit berkereta dari Kota Damansara. Saya ke sana bersama seorang member dan seorang lagi rakan saya, Cidi telah sampai terlebih dahulu di sana bersama anak dan isterinya.

Seperti biasa, kami mengikut papan nama pengantin untuk mendapat arah yang betul. Lalu saya sampai ke sebuah surau dan sampai sahaja di situ, saya nampak ibu dan abang pengantin lelaki. Setelah bersalam dengan ibu pengantin, mereka memberitahu bahawa majlis tersebut tidak diadakan di situ, tetapi di dewan di tepi jalan. Pengantin lelaki ni orang Sungai Choh juga dan ini majlis di sebelah perempuan.

Kami terus memandu ke dewan tersebut dan saya menghubungi Cidi agar kami dapat makan bersama-sama. Cidi masih berdiri di luar dewan bersama rakan kami (pengantin lelaki). Setelah sampai ke dewan tersebut, saya terus mengajak Cidi masuk ke dalam dewan untuk menjamu selera. Kata Cidi, pengantin lelaki sendiri pun pelik bagaimana persiapan untuk majlis bersanding sudah dilakukan dan tetamu yang hadir sudah mula menjamu selera sedangkan dia sendiri belum bernikah! Dia berdiri di luar dewan sementara menanti untuk dinikahkan! Saya fikir, itu normallah kan lalu dengan selambanya terus juga makan.

Tiba-tiba Cidi mendapat panggilan telefon mengatakan yang kami tersilap kenduri. Cepat-cepat saya lihat bekas buah tangan untuk tetamu iaitu cupcakes yang ada tertera nama pengantin.

“Terima Kasih daripada Azizul & Zarinah”

Eh!! Apa pula silapnya. Betullah nama kawan saya Azizul tapi isterinya saya tak pasti pula bernama apa sebab kami mendapat jemputan ke majlisnya melalui sms sahaja dan bukan melalui kad. Sebaik terbaca sahaja nama pengantin, saya dengan konfidennya kompom yang kami tak silap kenduri.

Selesai makan…Kelepak! kelepak! kelepak! kelempung! kelempung! kelempung! Akhirnya pasangan pengantin pun diarak masuk ke dalam dewan. “Eh!! Tu bukan Azizul kita laa…Bila masa pulak Azizul jadi besar nih…Ah sudah..jom blah..jom blah..” Kami tergelak-tergelak. Kami pun senyap-senyap keluar dari dewan dan menuju ke kereta masing-masing.

Huhu!! Patutla sorang tetamu pun saya tak kenal. Menurut Cidi, semasa rakan kami duduk di luar dewan dengan baju nikah tadi, seorang pun tidak memperdulikannya. Yelah, dah mereka tak kenal rakan kami tu kan..Haha…Pengantin kompius, mak pengantin kompius..kami lagilah kompius…

Hmm..cemanalah boleh nama pengantin yang sama di kawasan yang sama. Kami membuat andaian yang cupcakes itu memang untuk rakan kami tetapi tersilap dihantar ke kenduri orang lain! Haru..haru…

Hmm..perut pun dah kenyang…apa lagi..blahla woiii…Hahaha….(Gulpp!! Haram ke makan kenduri tu..kami tatau maaa…)

9 Comments

  1. chiko
    10:57 am on June 8th, 2008

    bodoh sungguh seorang engkau kan.. huhuhu.. haram2 tp diharuskan..!! (aku punya fatwa la)

  2. is
    4:19 pm on June 8th, 2008

    ishhh2…hehe lucu lak pas makan baru sedar salah umah…hehe

  3. muahahahahah ceta yg best! πŸ˜›

  4. pahmi
    12:04 am on June 12th, 2008

    SENGAL….

  5. kamilz
    12:09 am on June 12th, 2008

    Aku pernah sekali masa kat sekudai… dah kenyang makan kenduri.. nak balik dah member lalu.. Hpii.. Ko Makan kat rumah sapa tu.. alamak.. salah rumah ke… :-0

  6. cipan togel
    2:51 pm on July 9th, 2008

    kalau nak halal kena la minta halal dari tuan rumah, kalau tak nanti kira haram la sebab ko bukannya jemputan dia. Ada kawan aku bagi tau haram makan kenduri tu kalau tak di jemput. Tapi kalau tak sengaja tak tau lah. Walau cemana pun sepatutnya sebelum ko makan confirm la dulu rumah siapa, jangan main redah je… Lu sendiri pikir la…

  7. xxujiexx
    8:03 pm on July 9th, 2008

    encik cipan,

    terima kasih atas teguran encik cipan…

    sblm tu saye nak tanye..encik cipan baca tak entry ni dr mula?atau encik cipan kurang paham cerita saye

    1) mak + abang pengantin sendiri ckp…majlis anak/adik dorang dibuat kat dewan tepi jalan. (satu-satunye dewan yang ada kat situ)

    2) pengantin lelaki sendiri berdiri kat luar dewan tpt persandingan tu…

    3) gift yang kami terima tertulis nama pengantin iaitu AZIZUL dan pasangannya

    Tang mane yg encik cipan ckp saye tak cek lg dan main redah? cuma masa tengah makan dan pengantin diarak masuk dewan..baru kami nampak..rupenye pengantin lain..kawan kami sendiri pon tersilap pergi ke dewan tersebut..dan mak serta abg pengantin pon tersilap menunjukkan tpt yang salah kepada kami.

    rupanye majlis anak dorang dibuat di rumah pengantin perempuan aje.rumah flat kat area situ…hanya majlis nikah..kenduri kecil-kecilan je..

    so?lu pikirla sendiri encik cipan….

  8. mr_narami
    11:28 am on July 10th, 2008

    elleh ko tu sajer jer..dah sesat takut kena marah ngn member.wat2 betul umah jer..SENGAL pudi kencing tol la ko ujie

  9. […] ingat cerita saya tersilap kenduri 4 bulan yang lepas? Rakan saya tu sudah kembali ke rahmatullah pukul 6.30 pagi tadi akibat kebocoran […]