Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Cerita kereta lagi. Huhu..Khamis lepas, saya ke bengkel sekali lagi. Foreman tu janji nak repair kereta saya yang staff dia kemekkan. Saya sampai lebih kurang pukul 5 petang. Haruslah kena maki kan..

“Haiya kakak. Mau satu hari buat ini kereta. Ketuk, cat semua. Kakak datang lain kali lah. Hantar pagi, petang boleh ambil.”

“Ha, yelah. Minggu depan saya datang.”

“Kakak, ini kereta kurang satu nombor lah.”

“Ha??!! Kenapa? Plat kereta saya tercabut ke?”

“Bukan, semalam, lepas kereta ni accident, saya beli nombor. 1.9.7.8 (Nombor plat kereta saya 1978). Tapi nombor kakak tak naik. Grand Prize 1988. Kurang satu nombor. Banyak rugi ooo…”

“La, ye ke? Kalau nombor 1.9.7.8 menang, u dapat berapa ribu?”

“Menang Grand prize dapat seratus ribu lebih. Saya cat satu kereta kakak, FREE!!”

Saya gelak aje. Berani ko beli nombor ekor ikut nombor plat keta aku ye apek!

Kalau dia nak cat kereta saya lawa-lawa pun pakai duit menang loteri, tak hingin saya. Mau jugak kereta gua terbabas accident. Harraaamm gitteww…

Semasa saya tengah berborak-borak dengan apek tu, tiba-tiba..GEDEGANG!! Satu lagi accident. Kali ni, kereta dengan kereta. Salah satu kereta tu, kereta kerani dia plak. Bleh?? Bengkel dia ni, terletak di selekoh. Kalau anda biasa dengan Damansara Uptown, pasti anda boleh bayangkan kereta diparkir suka-suka hati. Dengan jalan bersimpang siur. Ada yang main terejah selamba jalan tak tengok kiri kanan. Inilah jadinya. Accident! Kerani bengkel tu menonong je bawak kereta tu walaupun kereta belakang dah hon sebab masuk laluan dia. Apa lagi, berdentum la.

Saya tak tau apa jadi lepas tu. Tapi saya sempat tengok nombor plat amoi tu, 5020. Saya sempat memberi sajesyen kepada apek tu.

“Ha, u boleh beli nombor 5020 pulak. Mana tau menang.”

Hiks! Apek tu gelak je. Huhu

Erm..Walau apa pun, nampaknya kena melawat apek tu lagilah minggu depan.

Artikel ini dipetik dari ruangan Bisnes Utusan Malaysia.

——————————————————

KUALA LUMPUR 20 Ogos – CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic) hari ini melancarkan produk terbarunya, Market Select yang menawarkan pulangan maksimum sehingga 23.6 peratus setahun untuk pelaburan bertempoh lima tahun.

Di sebalik keadaan ekonomi semasa yang tidak menggalakkan, dana perlindungan modal Syariah terbaru itu diyakini dapat menarik pelaburan berjumlah RM200 juta dalam tempoh tawarannya sehingga 19 September ini.

Market Select menawarkan pulangan yang tinggi berbanding deposit tetap dengan mengambil faedah daripada pertumbuhan pasaran baru yang sedang berkembang, selain jaminan perlindungan modal sehingga tempoh matang, kata Ketua Perbankan Runcit CIMB Bank, Peter England. CIMB Bank merupakan cabang perbankan konvensional Kumpulan CIMB.

Beliau berkata, secara umumnya, pelaburan dalam Market Select memberi pulangan purata tahunan sebanyak 16.5 peratus bagi pelan pelaburan selama tiga tahun dan 23.6 peratus untuk pelaburan lima tahun.

England berkata, produk itu akan dilaburkan di 17 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dan pasaran baru muncul di Asia seperti China, India, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

”Kita juga akan meneroka pasaran negara-negara yang bakal menjadi pasaran baru muncul pada masa depan iaitu Rusia, Afrika Selatan, Brazil, Mexico, Kazakhstan, Mesir, Turki dan Vietnam,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Market Select di sini hari ini.

Satu lagi ciri menarik Market Select ialah dana itu membolehkan para pelabur menjual balik tanpa menunggu tiba tempoh matang dan mengambil peluang meraih keuntungan ketika aliran pasaran meningkat tanpa sebarang penalti, tambah beliau.

Produk Market Select memerlukan pelaburan pokok minimum sebanyak RM25,000 dan pelaburan gandaan RM1,000.

——————————————————

Macam biasa, siapa yang berminat boleh contact saya 018-2045336/017-3189306. CIMB juga menawarkan free gift kepada pelanggan yang layak. Offer ni saya copy paste je dari pekeliling dalam sistem kami.

——————————————————

Date: 19 August 2008

To: All Agency Managers, Supervisors and Consultants

FREE GIFT FOR CIMB ISLAMIC MARKET SELECT!

gOoD NeWs!!

We are happy to announce that all customers would be entitled for a free gift as indicated below:-

 

Investment Amount

Free Gift

RM 50,000 to RM 99,000

Sony MP3 Player model: NWD-B103F/V

RM 100,000 and above

Apple iPod Shuffle 2G

 

The Gift will be couriered to qualified customers in three (3) weeks after the commencement of the Fund. The expected received date by customers is by 31 October 2008. The Fund will commence on 10 October 2008.

——————————————————

Apa tunggu lagi? Jom invest!