Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Gilerr ahhhh!! Akak tak sangka domain yang akak beli dengan harga 35 hengget tahun 2003 dulu, dapat bertahan selama 10 tahun dah.. Wuhuuuu!!!!

20130906-071911.jpg

20130906-072006.jpg

Cer tengok.. 30 Aug 2003 akak register domain ni.. 30 Aug 2013 hari tu, genaplah 10 tahun umur dia.. Alhamdulillah!

Daripada niat asal tegedik-gedik nak ada domain dengan nama sendiri (maklumlah Programmer cabuk la kononn. Ptuii!!) kepada tempat untuk akak mencoret dan mencarut. Hiks! Akak ni boleh tahan jugakla tahap Alzheimernya, so dengan menulis kenangan-kenangan manis yang pernah akak rasa dan lalui, bolehla kot jadi tempat rujukan kalo kompem haku nyanyuk tua-tua nanti. Heehee…

So, agak-agak domain ni boleh bertahan berapa lama lagi ye?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

20130906-071927.jpg

Mampu tak agaknya bertahan sampai 50 tahun??!! Haha masa tu umur akak dah 75 woii!! Dah expired agaknya.

Anyway, congrats kepada diri sendiri yang bernama Ujie *tepuk bahu sebab berjaya mempertahankan ujie.com sampai 10 tahun ni..

20130906-073837.jpg

Ok, tata..

Hoii!! Tak abes-abes lagi cite pasal open house?? Biorkan. Selagi ada Syawal, kita bukak rumah bagi orang datang. Nanti dah abes bulan Syawal, tutup pintu jangan bukak-bukak lagi dah. Hihi..

Ni cite minggu lepas. 31 Ogos! Alang-alang cuti merdeka, kita buat makan-makan lagi sekali. Kan minggu satu lagi sebelumnya tu akak buat open house tapi untuk kawan-kawan. Yang minggu lepas masa Merdeka ni kononnya buat untuk family dengan geng mak akak je. Masak pun takdela beriya sangat sebab berapa kerat sangat pun yang datang. Kan? So, kali ni akak tak menggunakan chef jemputan. Masak sorang-sorang je..

Nak tengok apa menu kali ni? Ye ke tak beriya sangat masak?? So, dipersilakan masuk..

20130905-221130.jpg

Cencaru goreng cili api dengan petai

20130905-221208.jpg

Masak lemak pucuk paku

20130905-221218.jpg

3T – Tempe, tauhu, timun

20130905-221156.jpg

Spageti. Lagi!

20130905-221145.jpg

Ayam masak merah

20130905-221227.jpg

Kuah kacang dan rendang kerang

20130905-221239.jpg

Nasik pun nak tunjuk. Loser! Haha

20130905-222206.jpg

Fruit tart yang super sedap. Ni tempah je

20130905-221255.jpg

Mak akak tengah menjamu selera. Korek apentah dia.. Hiks!

Amacam? Tengok kuantiti makanan macam nak menjamu patploh orang. Yang datang tak sampai patblas orang. Ni sepupu akaklah ni. Kata nak datang, alih-alih haku dah siap masak, dia cakap ada hal pulak. Takpela, makanan lebih, mak akak angkut balik. Suka dia ikan cencaru petai cili api tu. Makanan lain pun ada geng mak akak yang suka. Macam spageti tu, bagi kat makcik tu je. Boleh dia makan ulang-ulang..

Lepas tu, akak saje wasap member akak, tanya dia dah makan ke blom. Kalau belum, mehla datang. So, kebetulan dia memang belum makan. Rezeki dialah kiranya.. Ini dia, member akak yang duduk Kotadem gak – Citot *nama sebenar malas nak tulis..Hihi..

20130905-221308.jpg

Mak akak & Citot

20130905-221326.jpg

Ni je yang ada..

20130905-221336.jpg

Merdeka!

Tak ramai pun, Alhamdulillah. Habis makanan. Akak suruh je dorang tapau. Citot pun akak ada bekalkan jugak. Takyah dia nak masak-masak sebab kan masa Merdeka tu, air kat Selangor pada tahap kritikal. Ada tampat yang takde air. Ada yang air kecik. Nasib baik rumah akak ada air. Takdelah kalut sangat nak masak memasak tu.

So, sekian sajalah cerita makan-makan di bulan Syawal. Besok dah 30 Syawal kan? Ke dah abes? Entah. So, cemana? Cukup puasa 6? Tahun ni akak sukses! Yeayyy!!

Walaupun Syawal dah abes, Sabtu ni ada lagi program makan-makan. Choiii sangat mensabotaj diri sendiri dengan makanan. Yang penting, berat menten tak naik balik macam sebelum puasa dulu. Alhamdulillah. Harap-harap boleh turun lagi 2 kg. Amin!

Ok, daaa…