Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Yeay!! Akak dah terima kad raya daripada boifren akak kat Brunei tu. Tengkiu sayang…

Hahaha. Jangan bergossif liar okeh.. Kang mampoihh akak kena tahan ISA. Boipren akak tu sape lagi kalo bukan Sultan Hassanal Bolkiah. Kan tetiap tahun akak bagi kad raya kat dia.

Aritu akak pos kad raya akak masa minggu kedua kita puasa. So, hari ni barulah dapat balasan. Ko hado?? Hehe…

Mari kita tengok apakah rupa kad raya baginda tahun ni..

20130823-102647.jpg

Seperti biasa.. Yang Mulia Cik Suzilah Zainuddin okeh… Yang tak tahan tu siap tulis Aspiring Unit Manager. Kad raya yang akak bagi kat Sultan Brunei ni sama dengan kad raya yang akak tempah khas untuk bagi kat client-client PruBSN. So, dalam kad tu memang ada tulis pangkat sekali. Tu yang Bendahara (suka-suki je petik nama Bendahara. Haha) dia yang mereply kad ni tulis pangkat tu jugak. Sabo je aku..

Rupa kad raya dari luar..

20130823-102743.jpg

Ni pulak rupa dalam…

20130823-102753.jpg

Amacam? Hensem tak bopren akak? Kah kah..

Akak banyak dapat keyword search yang masuk dalam blog akak ni bertulis “alamat Sultan Brunei“. Ada jugak reader yang SMS/Wasap direct kat akak bertanyakan alamat kalau nak bagi kad raya kat Sultan Brunei. Wohh!! Ramai peminat rupanya Sultan Brunei ni ya. Oke, bagi tidak menghampakan uols, camnilah alamat yang akak tulis kat sampul kad raya yang akak nak kirim kat Sultan Brunei. So, cekidaut…

YANG TERAMAT MULIA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH,
ISTANA NURUL IMAN,
BRUNEI DARUSSALAM.

Hahaha.. Sempoi je. Tak poskod takde hape. Alaa.. Posmen dorang sure tau mana nak anta.. So, tulis camni pon boleh sampai okeh.. Hehehe..

Ok, jom ramai-ramai tahun depan kita pakat anta lagi!! Saje nak kumpul sebagai hobi.. Heehee…

Daaa…

Alohaaa.. Dah separuh Syawal dah ni.. Masih ada yang beraya ke? Ofkosss la ada kan.. Akak pun sama. Hihi

Jumaat lepas, Prudential BSN Takaful buat open house. Kat Shangri-la Hotel, KL. Memula tu akak takdelah teruja sangat nak pegi. Maklumlah tengah diet kan. Ehem!! Tapi, ada yang menghasut akak dengan hasutan yang lebih kurang berbunyi “Ko rentikanlah dulu diet ko. Makanan kat Shang KL sedap gila!“. Terus akak termakan dengan hasutan beliau lalu akak menghodhirkan diri tetapi tetap makan secara berhemah (lah sangat!)

Akak pegi satu keta dengan kawan-kawan yang lain. Kami gerak dari ofis di Wangsa Maju dalam pukul 2 petang. Campur tolak jem sume, pukul 2.30 petang sampailah ke Shangri-la tu. Oleh kerana malas nak pusing-pusing carik parking, kami telah memoyokan diri menggunakan khidmat valet parking. Sekali park 20 hengget! Kongsi-kongsi, baru 5 hengget sorang. Okla tu. Feeling-feeling bawak Ferrari katanya. Hiks!

Sampai-sampai je kena register dulu. Masa register, dapatlah souvenir ni…

20130822-233602.jpg

Lepas register terus pose-pose kat pentas kecik dan backdrop PruBSN..

20130822-234131.jpg

20130822-235948.jpg

20130822-234252.jpg

20130822-234315.jpg

20130822-234336.jpg

20130822-234356.jpg

Dah puas bergamba, barulah reti nak masuk dalam. Masuk je dalam ballroom tu, teruslah angkat pinggan cedok makanan. Food spread memang banyak sangat. Macam biasalah. Nasik beriyani, ayam, rendang, lemang, ketupat, soto, sate haii macam-macamlah lagi. Akak nak amik gamba makanan tu macam malu pulak. Kang orang kata mental! Heehee..

Akak amik sate 3 cucuk, kuah kacang, ketupat palas, serunding dengan rendang ayam kot. Isi dalam satu pinggan. Pastu amik ABC. Tu jelah yang akak makan. Takde ulang bangun ke ape. Sekali tu je. Berhemah tak pemakanan akak? Diet kan? Hiks!

Kat dalam tu, sambung lagi pose-pose..

20130822-234719.jpg

20130822-234733.jpg

20130822-234757.jpg

20130822-234822.jpg

20130822-234842.jpg

20130822-234857.jpg

Tak lama pun kat situ. Sejam lebih je kot. Lagipun memang nak keluar cepat-cepat dari KL sebab takut jem. Dahla hari Jumaat. Akak tetapi, sebelum balik, tetaplah lagi nak bergamba-gamba. Apa nak jadi pun tataulah. Haha!

20130822-235115.jpg

20130822-235136.jpg

20130822-235153.jpg

20130822-235208.jpg

Dah tak larat nak poyosing tu, haa terus mintak jockey bawakkan keta ke lobby. Terus fefeeling mak datin. Muahahha.. Kitorang sampai opis semula dalam pukul 5. Alhamdulillah! Kenyang..

Tu jelah citer open house PruBSN ni.. Daaa…